(SEMASA) Alamilah ‘Anugerah Warisan’ Ramadan ini di InterContinental Kuala Lumpur!

Spread the love

22hb Januari (Kuala Lumpur, Malaysia) — Menjelang Bulan Ramadan, InterContinental Kuala Lumpur memperkenalkan pengalaman makan bufet, pakej ‘Dinner, Bed & Breakfast’ dan juga pakej acara sosial yang kaya dengan unsur-unsur klasik warisan tempatan. Koleksi kulinari tahun ini, yang dinamakan “Anugerah Warisan” (13hb Mac hingga 9hb April 2024) , menawarkan perpaduan harmoni antara citarasa autentik tempatan dengan sentuhan gaya Timur Tengah yang disertai hidangan yang menyentuh hati.

Selaras dengan tema “Anugerah Warisan”, para jurumasak InterContinental Kuala Lumpur yang handal kini bersedia untuk menjamu anda pada Ramadan ini dengan resipi tradisional tempatan yang diturunkan dari generasi ke generasi. Chef de Cuisine Chef Hafizi membawakan citarasa asli Melaka Bandaraya Bersejarah ke meja dengan Asam Pedas Kepala Ikan Merah yang menggoda, Ikan Bakar arang ala Parameswara Melaka dan Nyonya Curry Laksa yang diilhamkan daripada resipi asal ibunya.

Untuk hidangan ekstravaganza yang lazat, Chef Sous Chef Nadzirah mempersembahkan Kaki Lembu 18KG direneh dengan sos BBQ yang diasinkan dalam campuran kaya 10 herba & rempah-rempah kemudian dipanggang perlahan selama 8 jam, serta Siput Sedut Masak Lemak &

Daging Dendeng Berlado, diilhamkan oleh mentornya, Chef Wan yang ikonik. Tetamu boleh makan Lemang Pulut & Ketupat Palas dengan Rendang Tok, Rendang Ayam Minang dan Rendang Itik Cili Padi, yang diilhamkan oleh nenek Chef de Partie Chef Syukur yang berasal dari Klang.

Chef Balqis pula mempersembahkan Sup Kawah Meletup Kambing Gearbox & Tulang Rawan dan Gulai Pucuk Ubi Ikan Bilis, diinspirasikan daripada masakan ibunya semasa dia membesar di Sarawak Bumi Kenyalang. Berasal dari negeri Kelantan Darul Naim, Chef Fatihah memperkenalkan pilihan Kerabu yang berperisa, termasuk Kerabu Sotong Kering, Kerabu Daging Bakar, Kerabu Kaki Ayam Cili Api dan Kerabu Mangga Muda klasik, semuanya dibuat menggunakan resipi Tok Wan Kampungnya yang terdiri daripada gabungan sayur- sayuran tempatan dengan cili giling.

Buffet Iftar Anugerah Warisan

Bufet buka puasa di Serena Brasserie menampilkan pelbagai hidangan tempatan yang popular serta sudut Timur Tengah yang unik dengan pengaruh Mesir, Morocco dan Lebanon.

Perjalanan gastronomik anda bermula dengan pelbagai hidangan pembuka selera & sup, seperti lapan jenis Sambal termasuk Sambal Tempoyak, enam jenis Jeruk, Bubur Lambuk klasik yang terkenal dari Kampung Baru dan pelbagai lagi. Selain itu, masakan kegemaran Arab termasuk Salad Fattoush, Salad Tabbouleh, Hummus, dan Baba Ghanoush juga terdapat di dalam hidangan bufet. Tidak tertinggal, pilihan-pilihan sup yang disajikan termasuk Sup Harira Morocco yang lazat.

Serena Brasserie membawa para tetamu ke Selat Melaka dan Laut Borneo dengan pilihan hidangan laut yang menggoda selera, termasuk udang harimau rebus, kerang hitam, kerang scallop merah jambu, ketam dan ‘slipper lobster’. Untuk citarasa rempah, Pembakar Tandoor InterContinental Kuala Lumpur menawarkan Shish Tawook, Kebab Kambing, Moussaka Terung, Shakshuka Daging Lembu, Aloo Masala, Kofta, dan banyak lagi.

Telusuri perjalanan nostaljik dengan hidangan Malaysia yang penuh kenangan seperti Gulai Masak Lemak Labu, Gulai Daging Salai, Satay Daging & Ayam, Otak-otak, Asam Pedas Ikan Pari, Ketam Masak Kham Heong, dan juga hidangan Ramadan seperti Lemang Pulut dan Ketupat Palas – yang disajikan dengan Serunding daging atau ayam.

Untuk citarasa Timur Tengah, para tetamu dapat menikmati pelbagai hidangan panggang yang lazat seperti, Kambing Ouzi Arab, Kambing Kabsa Arab & Madghout Kambing, sementara Pembakar Shawarma Autentik InterContinental menampilkan Shawarma Ayam & Daging Lembu Lebanon yang menggiurkan.

Nikmati selera manis di kaunter pencuci mulut dengan Onde-onde Panna Cotta serta 15 jenis kuih Melayu yang beraneka, antara lain Apam Balik, Aiskrim Potong, Ais Kacang & Cendol, puding kurma. Terdapat juga stesen yang menghidangkan Coconut Milkshake secara langsung, serta manisan Timur Tengah yang berupa empat jenis Baklava & Sweet Kunafa yang tentunya akan membuat anda rambang mata.

RM278nett untuk dewasa

RM168nett untuk kanak-kanak

*Kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah diberi makan secara percuma

Harga eksklusif early bird menanti anda apabila anda tempah sebelum 11hb Mac 2024!

Tempoh Makan: 13hb hingga 18hb Mac & 2hb hingga 9hb April 2024

Tawaran Early Bird: RM195nett untuk dewasa dan RM117nett untuk kanak-kanak

Tempoh Makan: 19hb Mac hingga 1hb April

Tawaran Early Bird: RM208nett untuk dewasa dan RM125nett untuk kanak-kanak

Sepanjang tempoh Ramadan, anda juga boleh menikmati diskaun sebanyak 30% untuk kumpulan 50 orang ke atas.

Tao Chinese Cuisine: Buffet Yum Cha Dim Sum

Nikmatilah jamuan dim sum yang bercita rasa oriental di Tao Chinese Cuisine – pemenang Restoran Cina Mesra Muslim Terbaik oleh Anugerah Industri Pelancongan Malaysia 2022 InterContinental Kuala Lumpur menjemput semua tetamu untuk menikmati pelbagai jenis dim sum yang dikukus dan digoreng, dengan hidangan istimewa seperti Itik Panggang gaya Hong Kong, Kulit Ikan Ranggup dengan Telur Masin, Ketam Kulit Lembut dan pelbagai lagi.

Tao Yum Cha Weekdays RM128+ untuk dewasa

RM64+ untuk kanak-kanak

Tao Yum Cha Weekends RM158+ untuk dewasa

RM79+ untuk kanak-kanak

*Kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah makan secara percuma

Tatsu Japanese Cuisine: Buffet Makan Malam Anugerah Warisan

Bermula 18hb hingga 29hb Mac, pelbagai jenis hidangan kegemaran Malaysia akan ditawarkan di Tatsu Japanese Cuisine, InterContinental Kuala Lumpur. Terdapat pula pelbagai hidangan yang menggoda selera anda serta banyak pilihan pelbagai makanan tempatan. Pengalaman makan ini berharga RM238nett untuk dewasa dan RM142nett untuk kanak-kanak, di mana kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah diberi makan secara percuma.

Harga eksklusif early bird menanti anda apabila anda tempah sebelum 11hb Mac 2024!

Tempoh Makan: 18hb – 29hb Mac 2024

Tawaran Early Bird: RM178nett untuk dewasa dan RM106nett untuk kanak-kanak.

Nikmatilah diskaun sebanyak 30% untuk kumpulan 50 orang ke atas.

IHG One Rewards Points Ramadan Giveaway

Sepanjang bulan Ramadan antara 13hb Mac hingga 9hb April 2024, para tetamu berpeluang untuk memenangi 5,000 IHG One Rewards points, dengan sekurang-kurangnya 6 dewasa yang membayar dalam satu resit untuk mana-mana pengalaman makan malam Anugerah Warisan.

Hadiah Raya

Dibuat dengan tangan mahir para juru masak patisserie InterContinental Kuala Lumpur, nikmatilah versi moden Kuih Raya untuk diberikan sebagai hadiah atau dinikmati di keselesaan rumah anda.

Almond London RM 29 nett
Macadamia Cookies RM 29 nett
Chocolate Sable Cookies RM 29 nett
Peanut Cookies RM 29 nett

Hamper Warisan

Untuk hadiah sempena perayaan, Hamper Warisan disertakan dengan pelbagai jenis 4 bekas Kuih Raya, dodol kegemaran semua rakyat Malaysia, sebotol jus berbuih, kuih lapis, sambal oelek berjenama, dan kurma Tunisia. Hamper ini berharga RM188+ setiap unit.

Untuk membeli sebarang tawaran makanan dan minuman sempena bulan Ramadan ini, sila layari intercontinentalklshop.com

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan dengan tempahan makanan, sila hubungi pasukan F&B InterContinental Kuala Lumpur di fnb.admin@ickualalumpur.com.my atau 016 202 4623.

Pakej Penginapan Makan Malam, Tidur & Sarapan Ramadan

Pada bulan Ramadan ini, dengan hanya RM950++ untuk setiap bilik setiap malam, mulakan percutian anda di bandar dan rehatkan diri dalam keanggunan klasik InterContinental Kuala Lumpur dengan pakej penginapan yang lengkap, termasuk sarapan/sahur dan buffet iftar Anugerah Warisan.

Untuk membuat tempahan penginapan, sila layari: intercontinentalkl.com/Ramadan2024Stays

Perhimpunan Buka Puasa Ramadan dan banyak lagi!

InterContinental Kuala Lumpur juga menawarkan pelbagai pakej acara Ramadan di ruang acara tanpa tiang yang serbaguna serta menawan. Acara majlis Buka Puasa bermula dari RM218.80nett seorang, manakala pakej acara majlis Hari Raya Open House bermula dari RM238.80nett seorang, dengan ganjaran istimewa seperti bilik percuma, baucar, dan 2X mata ganjaran IHG Business Rewards dengan perbelanjaan minimum setiap acara.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan dengan acara perhimpunan, sila hubungi: salesmarketing@ickualalumpur.com.my

Hubungi InterContinental KL melalui:

Facebook & Instagram: @intercontinental.kualalumpur Laman Rasmi: www.kualalumpur.intercontinental.com


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *