(SEMASA) ANEKA SAJIAN ENAK DARI NEGERI SELAT & ARAB KHAS DI V E HOTEL & RESIDENCE

Spread the love

dav

Kuala Lumpur, 18 April – Bermula pada 29 Mei sehingga 23 Jun 2017, V E Hotel & Residence (V E Bangsar South) mengalu-alukan kehadiran bulan mulia ini dengan berbagai-bagai jenis hidangan enak dari negara Arab serta tempatan bagi mengetengahkan citarasa unik Malaysia di restoran mereka, The Straits Estate.

dav

Di The Straits Estate, anda bakal dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan yang meliurkan, hasil pertembungan budaya kedua-dua rantau berkenaan. Sajian menu istimewa ini disediakan oleh pasukan chef yang diketuai Eksekutif Chef Sous Unaver Unabia. Chef Unaver yang berasal dari Sabah akan mempamerkan kepakarannya dalam menyediakan masakan Arab serta kecintaan beliau terhadap masakan tradisional Malaysia dalam aneka sajian bertemakan ‘Straits & Arabian Bazaar’ (Bazar Negeri Selat & Arab) tahun ini.

dav

dav

dav

dav

dav

dav

dav

dav

dav

“Citarasa rakyat Malaysia dalam menikmati pelbagai jenis makanan sudah tidak asing lagi , oleh sebab itu kami ingin mencari dan menyediakan sesuatu kelainan daripada selera tempatan bagi meningkatkan lagi mutu pengalaman kulinari di restoran kami.” kata Chef Unaver. “Memandangkan berbuka puasa bukanlah sesuatu perkara yang asing bagi komuniti di seluruh dunia, kami telah berusaha untuk menggabungkan elemen makanan rantau Arab tanpa mengetepikan citarasa unik Malaysia untuk santapan di bulan yang mulia ini.”

dav

dav

dav

sdr

dav

dav

dav

Falsafah makanan Chef Unaver berjaya menghasilkan menu yang diatur khas untuk ‘Straits & Arabian Bazaar’ yang memberikan keseimbangan antara hidangan Arab yang popular dengan hidangan istimewa Malaysia yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Para tetamu boleh menikmati jamuan berbuka puasa bersama yang tersayang dengan hidangan pembuka selera seperti Hummus, Babaganoush, Moutabel, Salad Fattoush, Kerabu Pucuk Paku Dengan Udang Kering, Serunding Ayam dan Daging dan banyak lagi.

dav

dav

Kemudian, rasailah hidangan utama Arab yang padat dengan aroma seperti Lamb Shank Tagine, Ouzi Kambing, Kebab dan Shish Taouk, Shawarma Ayam (makanan jalanan yang klasik), dan Sup Harira yang berkhasiat (sup tomato dan kekacang). Para pengunjung juga boleh menikmati masakan Melayu yang hebat seperti Kambing Golek dan Ayam Golek yang diperap dengan resipi tradisi Kelantan, Kari Kawah Kepala Ikan Ala Melaka dan Ayam Percik Terengganu yang dipanggang hingga sempurna. Tambahan lagi, anda juga boleh memuaskan selera makanan laut yang dibakar seperti Ikan Tenggiri Bakar, Ikan Pari, Ikan Tongkol, Ikan Cencaru dan banyak lagi.

sdr

dav

dav

dav

dav

dav

Bagi mengakhiri juadah ini, para tetamu juga boleh menikmati pemanis mulut seperti Pancuran Coklat dengan pelbagai kondimen, Tart Laici Rangup, Kek Mousse Strawberi atau hidangan manis tempatan seperti Bubur Serawa Nangka, Pengat Pisang, aneka kuih-muih Melayu dan berbagai-bagai jenis pemanis mulut yang lain.

dav

Pastikan anda tidak terlepas promosi Straits & Arabian Bazaar seperti berikut:
1. Bermula pada 29 Mei sehingga 5 Jun, hanya RM98 untuk dewasa bawah promosi “Early Bird
Savings”.
2. Bermula pada 6 Jun dan seterusnya, buat tempahan dan bayar sebelum 15 Mei 2017 bagi
menikmati potongan harga sebanyak 20%:
a. Harga biasa RM128 bagi dewasa
b. Set Muhibbah Dome (hidangan untuk 10 orang sahaja) berharga RM1,288 atau
RM1,588 semeja

Untuk membuat tempahan, sila hubungi +603 2246 2888 atau emel kepada dine@vehotel.com. Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai V E Hotel & Residence, sila layari http://www.vehotel.com/ atau log masuk ke https://www.facebook.com/VEBangsarSouth/ untuk melihat promosi atau aktiviti terkini mereka.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *