(SEMASA) Art of Speed Malaysia 2022 – Kustom Kulture kembali gemilang untuk sambutan ulang tahun yang ke-10

Spread the love

Art of Speed, acara tempatan Malaysia yang terkenal dengan Kustom & Counter Culture kembali dengan acara tahunannya yang kesepuluh tahun ini, selepas dua tahun menyepi dek penangan pandemik Covid19. Acara ini bakal kembali dengan motosikal kustom, kenderaan radikal, pameran restorasi seni dan budaya kustom. Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS), akan menjadi tapak acara Art of Speed 2022 (AOS 2022) pada 2 Julai 2022 (10:30 pagi – 8:00 malam) dan 3 Julai 2022 (10:30 pagi – 8:00 malam).

Art of Speed Malaysia (AOSM) disokong oleh Tourism Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 yang telah dilancarkan YB Dato’ Sri Hajjah Nancy Shukri dengan slogan ‘Cuti-cuti Malaysia 2022’ dalam usaha meningkatkan pelancongan domestik.

Kembali untuk AOS 2022 adalah tetamu dari luar negara dari komuniti kustom dan juga media antarabangsa:

  1. Emi Suganuma, “Sunny” Yano & Michi “NATQQ” dari MOONEYES; Jepun
  2. Scott Johnson dari Mama Tried Motorcycle Show; Amerika Syarikat
  3. Warren Heir Jr. dari Flat Out Friday; Amerika Syarikat
  4. Yaniv Evans dari Powerplant Motorcycles; Amerika Syarikat
  5. Artis Chopper dan Kustom; Russell Murchie “MOW” dari Australia
  6. Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com; Jepun
  7. Yasuo Sekijima dan Satoru Ise dari Vibes Magazine; Jepun
  8. Artis pinstripe Mil dari Millart, Irvine Jasta dan Fahmi Freeflow; Indonesia
  9. Aekalak Kitdusitpong pembuat model skala diecast dari AKARA; Thailand

Sorotan khas untuk AOS 2022 akan merangkumi:

  1. Art of Speed Invitational Bike Build Off 2022 akan menyaksikan 7 pembina khas bersaing untuk merebut hadiah wang tunai RM10,000 (pemilihan juri) & wang tunai RM5,000.00 (pilihan awam). Pembina khas yang bersaing ialah:
  • Skatecture dari Sarawak; pembina khas adalah Mohammad Nasir bin Morni
  • Chaos Kustom dari Sarawak; pembina khas adalah Azizan Abdul Rahim
  • Acid Welding dari Johor; pembina khas adalah Abd Rasid Ismail
  • Jewa Lukha dari Pulau Pinang; pembina khas adalah Farhan Uzair Sabri
  • Motorburuk Garage dari Pulau Pinang; pembina khas adalah Mohd Aidzam
  • RGF dari Perlis; pembina khas adalah Fazrul Izham bin Azizan
  • Zuhal Fast Custom dari Johor; pembina khas adalah Abdul Halim Jamaludin
  1. Jelajah Hot Wheels Legends akan kembali dan akan dilancarkan pada 18 Jun 2022 di Publika dengan pameran hebat yang menampilkan Monster Truck Bone Shaker bersaiz sebenar di tapak acara AOS 2022. Peserta tahun ini terdiri daripada pembina khas dan pengubahsuai kereta dari rantau Asia Pasifik dan Malaysia – pemenang pastinya bakal teruja apabila mengetahui kereta sebenar mereka akan ditransformasi menjadi salah satu model unik untuk kereta diecast Hot Wheels. Pendaftaran untuk Jelajah Hot Wheels Legends akan tersedia dalam talian pada 18 Jun 2022 serta di tapak acara AOS 2022. Pengunjung yang sudah lama mengimpikan pengalaman Hot Wheels yang istimewa ini akan dapat memandu dan mengambil gambar profesional dengan kereta mereka dengan latar belakang blister Hot Wheels saiz sebenar. Pengalaman unik ini adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat dan pengunjung boleh memuat turun salinan foto daripada media sosial kami selepas tamat acara tersebut. Terdapat juga hadiah dengan pembelian iaitu gift with purchase (GWP) kereta edisi terhad Hot Wheels Nissan Skyline GT-R (R32) AS serta 200 poster Hot Wheels yang ditandatangani oleh pereka Hot Wheels.
  1. Dengan kerjasama NoEqual.co adalah NEAT Fest yang kembali di Dewan C, menampilkan paparan kolektif kenderaan yang terpilih dari seluruh Malaysia dengan nama “Garage Life”.
  1. Hail Vintage kembali untuk AOS 2022 dan akan dihoskan di Dewan C. Bakal menampilkan pameran pakaian kerja vintaj dan 32 vendor terpilih – peningkatan dua kali ganda daripada tahun 2019. Turut serta dalam Hail Vintage tahun ini dalah Jubilee Antique Café yang akan menampilkan citarasa makanan kopitiam Kelantan yang istimewa.
  1. Dihoskan di dalam Dewan D pula adalah gaya hidup perkhemahan iaitu Off The Grid – konsep baharu dalam “outdoor lifestyle” yang akan diadakan di dalam dewan dengan keselesaan berhawa dingin dan banyak aktiviti telah dirancang untuk dinikmati semua pengunjung yang akan membawa seisi keluarga.
  1. Kustom & Koffee Talk bersama NoEqual.co di wawancara oleh Qhalis Najmi akan berlangsung di dalam Dewan A pada pukul 3.30 petang pada hari Sabtu bersama-sama panel dari luar negara seperti Scott Johnson dari Mama Tried Motorcycle Show dan Warren Heir Jr. dari Flat Out Friday. Forum ini akan membincangkan topik-topik terkini di dalam industri permotoran.

Lain-lain aktiviti di AOS 2022 termasuk:

  • Roda Rumble 2022 – Perhimpunan Dua Roda & Festival disokong oleh Retro Mania
  • La Cultura – Perhimpuanan Penghargaan Budaya Chicano yang pertama di Malaysia
  • Tapak Makanan yang akan menampilkan Lori Makanan, Bazar Jualan kini dengan tapak terlindung di tingkat paling bawah di Dewan D
  • Pasar Lambak Vintaj
  • Perhimpunan Pemilik Kereta Alfa Romeo
  • Hot Wheels Club Malaysia (HWCM) Convention (Dewan D)
  • Bazar fesyen moden Streetware Con (Dewan D)
  • Demo dan paparan Mini Crawlers RC
  • Perasmian produk di atas pentas
  • Zon Pandu Uji untuk motorsikal (Ducati, Royal Enfield, Vespa, Aprilia dan Harley-Davidson)

Turut kembali untuk AOS 2022 adalah Festival Sound Circus yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat hiburan tanah air. Barisan artis Festival Sound Circus* akan menampilkan Hujan sebagai persembahan utama dengan band-band lain seperti Sekumpulan Orang Gila, SweetAss, Iqbal M., Balok People dan ramai lagi.

 

*Festival Sound Circus pada hari Sabtu adalah untuk pengunjung berumur 18 tahun dan ke atas SAHAJA!

 Untuk menamatkan acara pada hari Ahad akan diadakan cabutan bertuah untuk bukan seorang, tetapi untuk DUA pemenang bertuah. Dua pemenang bertuah ini akan pulang dengan SATU (1) unit Skuter Vespa Klasik EV yang telah direstorasi oleh Kluk Klek Soul dan pengubahsuaian EV oleh Elders Elettrico, dan seorang lagi pelanggan Hausboom di tapak acara yang bertuah akan memenangi  sebuah  Vespa Klasik EV yang diubah suai khas oleh Hausboom.

AOS 2022 akan memperkenalkan tiket Speed Lane, yang dibuka satu jam lebih awal pada pukul 9.30 pagi berharga RM55 sah untuk dua hari. Pengunjung boleh menikmati satu jam tambahan di dalam dewan utama dan juga Dewan C dan D. Tiket hujung minggu biasa (tanpa konsert Sound Circus) berharga hanya RM35 sahaja. Kanak-kanak di bawah 12 tahun masuk secara PERCUMA. Pemegang Pas OKU juga akan menikmati kemasukan percuma. Tiket Festival Sound Circus (outdoor) telah habis dijual, tetapi tiket kombo Festival Sound Circus + Tiket Hujung Minggu masih lagi dijual di dalam talian.Tiket dalam talian boleh didapati di  http://aos2022.qtic.my/

Sejak penubuhannya, Art of Speed Malaysia (AOSM) telah berjaya mengetengahkan entiti AOSM sebagai perhimpunan bukan sahaja untuk peminat motosikal dan kereta, tetapi juga pengamal seni, pemuzik, pengumpul vintaj serta hobi dan seumpamanya. Dalam masa yang sama ia akan mengelolakan acara tahunan kemuncak yang berskala besar seperti acara tahunan ini,” kata En. Asep Ahmad Iskandar, Pengarah Festival, Art of Speed Malaysia (AOSM). “Untuk acara tahun ini, AOSM akan meraikan ulang tahunnya yang ke-10 dan dengan itu, akan menyemarakkan semangat pengunjung setia dengan acara yang ditunggu-tunggu iaitu Festival Sound Circus!”

Pada tahun ini, jenama NASTY iaitu pengeluar produk Global ENDS turut bersama sebagai penaja utamanya. “Kami merupakan peminat tegar AOSM sejak dari mula dan apabila dipelawa untuk bekerjasama bagi meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya, ia merupakan sebuah penghargaan besar yang tidak harus kami dipersiakan,” jelas Encik Shariffudin Bujang, selaku Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif NASTY.

Maklumat lebih lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *