(SEMASA) Ayam Brand Menyemai Langkah Awal untuk Kanak-Kanak dengan Diet yang Lebih Sihat

Spread the love

AYAMBRAND_01

Ayam Brand, terkenal sebagai jenama makanan dalam tin berkualiti selama lebih daripada 120 tahun  melalui rangkaian produk tanpa bahan pengawet dan tambahan MSG, terus konsisten dalam usaha menggalakkan diet seimbang kepada golongan kanak-kanak dan dewasa.

Jenama itu membuktikan makanan dalam tin juga sesuai dijadikan menu diet sihat terutamanya kepada kanak-kanak melalui jalinan kerjasama dengan badan profesional, sekolah, rumah kebajikan dan pusat edutainment dalam mempromosikan tabiat makanan yang sihat, sekaligus menggalakkan ibubapa dan pengasuh untuk membuat pilihan makanan yang lebih baik untuk jagaan mereka.

Initiatif ini juga merupakan satu tanda sokongan kepada usaha Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membendung masalah obesiti di kalangan kanak-kanak. Antara usaha yang dijalankan adalah memberi pendedahan mengenai pemilihan makanan sihat dan mengajar mereka cara penyediaan menu ringkas dan sihat.

Usaha berterusan dari Ayam Brand dalam penjenamaan, pemasaran, kerja kemasyarakatan dan pendidikan mengenai tabiat pemakanan sihat diiktiraf oleh pengguna dengan memilih Ayam Brand sebagai di antara 5 jenama pilihan terbaik di Malaysia oleh Kantar Worldpanel’s 2014 Brand Footprint Study.

Kepercayaan rakyat Malaysia juga telah melayakkan Ayam Brand, yang sinonim sebagai jenama makanan bertin berkualiti tinggi, dipilih di antara 3 Jenama Pilihan Terbaik di Malaysia bagi Kategori Makanan dan Minuman dalam tinjauan yang sama.

Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Marie-Magali Falcoz berkata, perjuangan memperkenalkan pemakanan sihat dari usia yang muda kini diteruskan dengan meningkatkan kesedaran dan mengubah persepsi masyarakat mengenai nutrisi yang baik.

“Perubahan gaya hidup menyebabkan sebahagian daripada kita tidak berkesempatan untuk menyediakan makanan sihat yang dimasak sendiri di rumah lantaran kesuntukan masa. Sehubungan dengan itu, Ayam Brand cuba mendidik kanak-kanak mengenal jenis nutrisi yang baik dan memberikan mereka tunjuk ajar dalam penyediaan makanan ringkas dengan sendiri.

“Pada masa sama, kami juga menawarkan kepada ibu bapa dan pengasuh pilihan makanan yang cepat, mudah, sedap dan semestinya menyihatkan melalui rangkaian produk Ayam Brand. Selain itu, kami turut menyediakan koleksi resipi juadah antarabangsa dan tempatan yang boleh dimuat turun secara dalam talian termasuk yang bersesuaian untuk si kecil,” terang Falcoz.

Sepanjang tujuh tahun yang lalu, Ayam Brand telah menekankan manfaat produk ikan dalam tin kepada ratusan rumah kebajikan dan ribuan golongan yang kurang bernasib baik yang tidak berpeluang untuk menikmati menu ikan seperti tuna dan ikan kembung. Kedua-dua jenis ikan tersebut kaya dengan Omega-3 iaitu asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh.

Antara kebaikan Omega-3 ialah mencegah serangan sakit jantung, menggalakkan aktiviti saraf, meningkatkan penyerapan vitamin, mengekalkan sistem imun yang sihat dan membantu dalam pertumbuhan sel. Omega-3 juga penting dalam perkembangan daya penglihatan dan otak untuk kanak-kanak.

Bermula dari tahun 2011, Ayam Brand telah menganjurkan Nutrifun School Roadshow dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) di bawah program Nutrition Month Malaysia (NMM) yang bertujuan bagi meningkatkan kesedaran dan mendorong tabiat pemakanan sihat di kalangan ibu bapa dan pelajar sekolah dengan mendidik mereka mengenai prinsip-prinsip asas pemakanan sihat.

Salah satu aktiviti yang diadakan oleh Ayam Brand dalam siri jelajah tersebut adalah permainan ‘Tic Tac Tuna’ yang memberi informasi berguna kepada pelajar mengenai kebaikan tuna sebagai sumber asli protein dan Omega-3. Sepanjang kolaborasi bermanfaat dengan NSM itu, Ayam Brand berjaya mendapat penyertaan seramai 3,600 pelajar sekolah dalam masa tiga tahun sejak ia mula dianjurkan.

“Ayam Brand sangat menitikberatkan produk tanpa bahan pengawet dan tambahan MSG selain mengurangkan penggunaan gula dan garam bagi membantu orang ramai mendapat pemakanan yang sihat selari dengan usaha yang dijalankan oleh NSM.

“Nutrifun School Roadshow ini menjadi platform dalam menyampaikan mesej penting tabiat pemakanan yang baik kepada golongan kanak-kanak sekolah dalam cara yang kreatif dan menghiburkan,” ujar Falcoz lagi.

Pada bulan Mac 2012, Ayam Brand melancarkan Sekolah Memasak Ayam Brand di KidZania, Petaling Jaya iaitu sebuah pusat edutainment untuk kanak-kanak berumur yang 4 hingga 14 tahun. Di situ, mereka dapat merasai pengalaman menyediakan makanan yang lazat dan berkhasiat dan sesuai dicuba sendiri di rumah dengan menggunakan bahan-bahan sihat. Menu yang terdapat di Sekolah Memasak Ayam Brand akan ditukar setiap masa bagi membolehkan pengunjung berulang mencuba resipi baharu untuk dimasak setiap kali.

Buat masa ini, pengunjung kepada Sekolah Memasak Ayam Brand di Kidzania akan diajar cara membuat puff tuna. Kesemua resepi yang terdapat di KidZania ini mesra kanak-kanak dan boleh dimuat turun menerusi laman web http://www.ayambrand.com.my/junior-chef.html.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Ayam Brand, layari www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *