(SEMASA) Ayam Brand™ Rai Hidangan Kegemaran Keluarga dengan Kempen ‘All Happy Families’

Spread the love

AB_001

Dalam usaha menceritakan keenakan hidangan kegemaran keluarga, Ayam Brand™, terkenal dengan rangkaian produk makanan dalam tinnya yang mudah dan menyihatkan, telah menjelajah ke serata dunia bagi memahami bagaimana kewujudan produknya di Asia selama 120 tahun menjadikan Ayam Brand sebahagian daripada tradisi masakan keluarga, menerusi kempen ‘All Happy Families’ – Season 2.

 AB_004

Resipi yang dikongsi oleh semua keluarga ini membuktikan betapa mudahnya produk Ayam Brand™ digunakan untuk sebarang masakan dan menggalakkan semua orang di mana-mana sahaja untuk mencuba sendiri resipi-resipi ini.

Ditubuhkan sejak tahun 1892, Ayam Brand™ terkenal dengan logo ayamnya. Ia merupakan salah satu jenama konsumer tertua di Asia yang masih beroperasi dengan pejabat di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand, Australia, China, Perancis dan Jepun dan boleh didapati di lebih daripada 30 buah negara di seluruh dunia. Ayam Brand™ sentiasa konsisten berada di kalangan 500 jenama konsumer teratas di Asia.

 AB_003

Tahun ini, empat lagi keluarga dari Perancis, Thailand, Jepun dan Indonesia telah dipilih menyertai kempen ‘All Happy Families’ bertujuan untuk berkongsi nilai dan tradisi masakan keluarga masing-masing yang menggunakan produk Ayam Brand™. Antara resipi yang dikongsi oleh keluarga ini adalah Crème Brulee Kelapa, Tom Yam Sardin, Jacket Kentang dan Kacang Panggang dan Pizza Cili Tuna.

Bagi merangsang amalan makan bersama keluarga, satu siri temuramah video keluarga-keluarga ini boleh didapati di laman web dan laman Facebook Ayam Brand™. Orang ramai dipelawa mengambil bahagian dalam kempen antarabangsa ini dengan berkongsi pendapat mereka mengenai keluarga, tradisi dan Ayam Brand™.

Kempen ini berlangsung dari tahun 2014 hingga 2016 dalam tiga siri, satu siri setiap setahun diikuti dengan aktiviti turun padang, yang dihebahkan melalui media cetak dan atas talian, di negara-negara aktif Ayam Brand™.

Diketuai jurufoto ternama dunia dan pemenang Anugerah Kewartawanan Dunia 2013, Stefen Chow, kempen ini juga memaparkan gambar hubungan rapat keluarga yang menyertai kempen ini berlatarbelakangkan bangunan-bangunan ikonik yang menjadi lambang negara mereka berserta kisah dan tradisi masakan mereka.

 AB_002

Bagi menyebarkan kisah Ayam Brand™ ke peringkat global, kempen ini juga diterbitkan dalam bentuk iklan di dalam majalah dalam penerbangan syarikat-syarikat penerbangan utama dunia.

Selain itu, orang ramai juga berpeluang memenangi ‘gift box’ eksklusif Ayam Brand™ dengan hanya mengambil gambar iklan yang tertera pada majalah dalam penerbangan AirAsia, Jetstar, Lion Air, Silk Air, Thai Airways dan TigerAir. Mereka hanya perlu memuat naik gambar tersebut ke laman Instagram dengan hashtag #allhappyfamilies dan nama negara anda untuk berpeluang memenangi hadiah. Contohnya, hashtag #allhappyfamilies #malaysia jika anda tinggal di Malaysia.

Menurut Pengarah Pemasaran Kumpulan Ayam Brand™, Encik Herve Simon, “Kempen ‘All Happy Families’ berfungsi sebagai platform strategik bagi menyebarkan rasa hebat dan kualiti terbukti produk Ayam Brand™ ke pengguna global dengan berkongsi tradisi sebenar masakan keluarga dari serata dunia.”

“Bagi kebanyakan kita, tiada yang lebih harmoni daripada makan bersama keluarga di rumah atau di luar. Kami gembira kerana selama lebih daripada 120 tahun, Ayam Brand™ telah memainkan peranannya menyatukan keluarga berbilang generasi,” tambah Encik Simon.

Untuk maklumat mengenai Ayam Brand™, kempen ‘All Happy Families’, dan resipi-resipinya, layari http://ayambrand.com.my/allhappyfamilies atau https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *