11 September 2023 – Seperti semua sedia maklum, kos untuk untuk menjalankan sesuatu majlis perkahwinan di Malaysia makin meningkat disebabkan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan. Walaupun, banyak penyedia pakej majlis perkahwinan yang menawarkan pakej-pakej yang mampu bayar namun masih ada segolongan rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan dalam menjalankan majlis raja sehari mereka walaupun secara sederhana atau kecil kecilan.
Selaras dengan konsep RAHMAH MADANI itu lah, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan pemilik restoran Ali Maju , Datuk Jawahar Ali Taib Khan mencadangkan pihak-pihak yang berkepentingan di dalam syiar agama dan kelompok masyarakat tempatan terutamanya masjid dan surau seluruh Malaysia agar membantu bakal pasangan yang kurang berkemampuan untuk mendirikan rumah tangga.
Bertitik tolak daripada satu program yang dijalankan di PPR Kg.Baru Air Panas, Setapak oleh sebuah NGO iaitu Pertubuhan Kebajikan Pesara Dan Warga Emas Islam Setiawangsa (Wamas) yang merupakan satu pertubuhan yang menjaga Kebajikan Pesara Dan Warga Emas Islam Setiawangsa yang membantu ahlinya melalui kutipan derma dan bantuan yang bersesuaian dalam menjalankan majlis perkahwinan berkonsepkan Rahmah bagi memudahkan golongan asnaf yang mengalami kekangan kewangan untuk berkahwin.
Berlandaskan konsep tersebut, PRESMA merancang untuk berkerjasama dengan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) bagi membantu pasangan warga emas yang bakal mendirikan rumah tangga pada pertengahan bulan September ini dengan harapan pada masa hadapan program ini dapat diteruskan untuk meraikan sekurang-kurangnya 5 pasangan baru yang ingin berkahwin boleh dijalankan secara gotong-royong dalam satu masa dan secara tidak langsung membantu membina ikatan halal mawaddah dan rahmah, ujar Datuk Jawahar Ali Taib Khan yang ditemui media pada majlis perkahwinan anak perempuanya Rizwana Jahan dengan pasangan, Muhammad Firdaus di Kampung Pengantin Gabion Garden disini pada sabtu lepas.
kredit photo : Malaysianews TV