(SEMASA) BATIK – INSPIRASI GAYA BARANG KEMAS HARI RAYA HABIB

Spread the love

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2019 – Hari ini Habib meraikan Bazar Ramadhan, acara kemuncak kempen Rantaian Kasih sebagai tanda penghargaan buat pelanggan setia jenama ini yang senantiasa memberi sokongan.

Habib, jenama terkenal antarabangsa yang cukup sinonim dengan pembuatan barang kemas di kalangan penggemar tegar seluruh Malaysia mempersembahkan kempen tahunannya, Rantaian Kasih berinspirasikan motif batik yang diberi nafas baru menerusi elemen kotemporari.

Sebagai perintis dalam industri barangan kemas, inspirasi tahun ini berlatar belakangkan persamaan yang diambil daripada sejarah 60 tahun jenama ini dengan seni kraftangan batik.

“Habib memakan masa bertahun-tahun lamanya, bertungkus-lumus untuk menghasilkan barang kemas yang terbaik untuk para pelanggan. Seperti batik, ia memerlukan kepakaran dan pengetahuan yang dipelajari dan ditambah baik dari generasi ke generasi. Batik dan barang kemas masing-masing berkongsi estetik yang serupa, dari tona warna hinggalah ke motif bunga yang diguna-pakai dalam rekaan cincin, rantai tangan, rantai dan subang mahupun berlian dan batu permata”, terang Yasheedah Yashaiya, Pengurus Besar Korporat Komunikasi Kumpulan Habib.

Beliau menambah “Corak kain batik melambangkan identiti sesebuah negara. Bagi Habib terutamanya, barangan buatan Malaysia merupakan kebanggaan dan seni warisan batik menjadi akar tunjang koleksi tahun ini.”

Tahun ini, Habib melantik selebriti Rozita Che Wan dan si ciliknya Aisyaah Dhia Rana sebagai duta. Pemilihan duo ibu dan anak ini sangat sesuai dengan nilai murni yang ingin diketengahkan iaitu kasih sayang diantara ahli keluarga. Sesi beramah mesra bersama peminat dan pelanggan Habib diserikan dengan kemunculan selebriti termasuklah Mawi, Ifa Radziah, Nabil Mahir, Zain Saidin dan Ruhainies.

Bazar Ramadhan bermula 24 sehingga 26 Mei 2019. Acara hujung minggu 3 hari berturut-turut ini menawarkan diskaun tambahan antaranya potongan sehingga 70% untuk barangan berlian dan batu permata terpilih, potongan RM10 – RM25 segram untuk emas 916/999 terpilih dan kadar tukar-beli yang tertinggi. 100 pelanggan pertama berpeluang untuk memiliki loket dengan harga serendah RM89. Promosi ini berlangsung di 14 bilik-bilik pameran terpilih Habib seluruh negara.

Sepanjang Bazar Ramadhan, bilik pameran cawangan Ampang akan melanjutkan waktu operasi sehingga ke tengah malam. Sesi “Singgah Sahur” ini menyediakan juadah untuk pengunjung yang ingin singgah selepas selesai ibadah terawih. Bagi pelanggan yang membuat pembelian bernilai RM2000 ke atas dalam satu resit pula akan menerima hadiah misteri daripada Habib.

“Kami mengalu-alukan kehadiran pelanggan semua ke acara setahun sekali ini. Koleksi raya Habib juga boleh didapati di semua 30 bilik-bilik pameran Habib seluruh negara kini sehingga 4 Jun 2019. Marilah beramai-ramai berkunjung ke Habib untuk menyerikan lagi hari raya anda,” beliau mengakhiri kata.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *