(SEMASA) BMW Group Malaysia rai kehadirannya di Malaysia Autoshow 2024 dengan pelbagai tawaran istimewa.

Spread the love

Kuala Lumpur, 21 Mei 2024 – Sempena kembalinya mereka ke Malaysia Autoshow (MAS) 2024 yang dinanti-nantikan, BMW Group Malaysia memperkenalkan rangkaian tawaran eksklusif dan istimewa yang meliputi portfolio BMW, MINI serta BMW Motorrad, dipakej dengan teliti untuk dinikmati pengunjung sepanjang Mei dan Jun 2024.

Untuk BMW Malaysia, pelanggan dapat menikmati:

  • Diskaun terhadap komponen M Performance untuk BMW 520i – Pelanggan BMW yang membuat tempahan untuk BMW 520i (G60) yang baru sahaja diperkenalkan, dari sekarang hingga 30 Jun 2024 akan memperoleh diskaun 15 peratus bagi pelbagai jenis komponen M Performance yang berkualiti premium termasuk set tayar, pedal, rim, penutup cermin, ambang pintu, penutup antena dan banyak lagi.
  • Percuma BMW Motor Insurance selama satu tahun bernilai RM5,000 dan LEBIH – Bagi tempahan yang dibuat dan dihantar dari 1 hingga 31 Mei 2024 untuk model BMW 2 Series, BMW 3 Series dan BMW X yang terpilih, pelanggan boleh menikmati BMW Comprehensive Motor Insurance bernilai RM5,000 selama satu tahun secara percuma termasuk kadar pembiayaan yang menarik dengan BMW Group Financial Services atau memilih untuk menukar semua tawaran tersebut kepada rebat tunai hingga RM20,000 bagi memberikan lebih nilai terhadap pembelian mereka untuk model terpilih.
  • Lebih fleksibiliti dalam memiliki model BMW i – Di samping menawarkan pelbagai pilihan model kenderaan elektrik bateri (BEV) premium, BMW juga memberi kebebasan kepada pelanggan untuk menukar BMW Motor Insurance tahun pertama yang bernilai RM5,000 kepada rebat tunai segera secara percuma atau memilih pemanduan yang tenang menerusi kredit pengecasan ChargEV bernilai RM6,000 untuk model BEV terpilih.

Untuk BMW Motorrad, pelanggan berpeluang memperoleh:

  • Rebat tunai masa terhad untuk BMW CE 04 – Pengunjung Malaysia Autoshow 2024 yang memilih untuk Make Life a Ride dengan BMW CE 04 boleh mendapat rebat tunai hingga RM7,000. Tawaran ini berlangsung hingga 30 Jun 2024.

Selain itu, MINI Malaysia pula menawarkan:

  • MINI Wallbox percuma – Semua pelanggan yang menempah MINI Countryman SE baharu dan MINI Cooper SE baharu di MAS 2024 layak menerima pengecas MINI Wallbox secara percuma bernilai RM5,000 untuk pengecasan yang mudah di rumah.

Tawaran eksklusif daripada BMW Group Financial Services juga akan tersedia untuk pelanggan, seperti:

  • Rebat Tunai selama sebulan dengan BMW Easy Drive Financing – Pelanggan yang memilih BMW Easy Drive Financing apabila memulakan pengalaman pemilikan premium mereka akan menerima rebat tunai eksklusif Easy Drive hingga RM10,000 untuk model BMW termasuk BMW iX1, BMW iX2, BMW i5, BMW 520i dan BMW X5, di samping lebih banyak lagi tawaran rebat tunai yang lumayan untuk model BMW premium terpilih lain sepanjang Mei.
    • Sebagai bonus tambahan, model BMW yang terpilih juga layak mendapat rebat tunai tambahan, termasuk hingga RM5,000 untuk model BMW X Series terpilih, RM10,000 untuk model BMW 3 Series terpilih dan RM15,000 untuk BMW i4 M50.
  • Tawaran istimewa pembiayaan Easy Drive untuk model MINI baharu – Mulai sekarang hingga 30 Jun 2024, pelanggan yang membeli model MINI serba baharu termasuk MINI Countryman SE baharu, MINI Countryman John Cooper Works, MINI Cooper S baharu dan MINI Cooper SE baharu akan menikmati rebat tunai hingga RM10,000 dengan pembiayaan Easy Drive

Pengunjung boleh mendapatkan maklumat mengenai portfolio kenderaan baharu BMW Group Malaysia dan model premium lain di MAS 2024 hingga 26 Mei di Dewan A2 Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS) dari jam 10 pagi hingga 10 malam serta berpeluang menikmati semua tawaran eksklusif, di samping mencuba pandu uji dan tunggangan uji yang menarik untuk model terpilih.

Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh menghubungi pengedar sah BMW pilihan mereka untuk mengetahui lebih lanjut tentang promosi yang dinyatakan di atas. Tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut, layari laman web BMW Group Malaysia. Manakala, untuk tawaran BMW Financial Services boleh juga merujuk pada kalkulator pembiayaan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *