Packet One Networks Sdn Bhd (P1) hari ini mengumumkan promosi terbaru Kempen P1 ToGo, yang menawarkan langganan percuma satu (1) bulan bagi mereka yang melanggan di atas talian. Kempen P1 ToGo ini diadakan bertujuan untuk membolehkan para pelanggan terutamanya warga belia yang berusia dari 20 – 34 tahun, untuk terus berhubung dengan mudah dan tanpa risau tentang penggunaan data yang terhad. Segmen pelanggan ini mewakili 36% para pengguna tegar Internet, yang secara majoriti terdiri daripada warga kota.
Terkini, didapati trend untuk menyambungkan pelbagai peranti ke Internet secara serentak semakin meningkat di kalangan pengguna, terutamanya golongan warga belia. Di samping itu, pembelian kandungan definisi tinggi (HD) dan penggunaan peranti skrin besar secara meluas telah dikenal pasti sebagai punca utama kehabisan had data pengguna sebelum tempoh bil berakhir. Menyedari trend tersebut, Kempen P1 ToGo telah menawarkan lebih nilai kepada pengguna dengan memberikan data tanpa had dengan kelajuan sehingga 1Mbps, pada harga RM115.53 sebulan.
“Kami sangat teruja melihat trend aktiviti digital yang semakin meningkat di kalangan pengguna dari semua peringkat umur, terutamanya generasi milenium,” kata Lai Shu Wei, Ketua Pegawai Pemasaran P1. “Dengan penglibatan tinggi di kalangan pengguna di rangkaian sosial serta atas talian, keperluan untuk berhubung pada setiap masa, di mana sahaja, melalui pelbagai peranti, adalah tinggi. Di P1, kami bersedia untuk memenuhi keperluan ini untuk membolehkan pelanggan menggunakan Internet secara maksimum.”
“Ramai golongan belia berhijrah ke kawasan bandar untuk peluang kerjaya yang lebih baik. Majoriti daripada mereka memiliki pelbagai peranti dan bergantung sepenuhnya kepada Internet untuk mencari pekerjaan serta berhubung dengan keluarga,” tambah Shu Wei. “Modem MX230 yang ditawarkan dalam pakej P1ToGo ini dapat membantu memenuhi keperluan tersebut dengan keupayaan menyambungkan pelbagai peranti ke Internet secara serentak, sama ada ketika berada di dalam atau di luar bangunan, pada bila-bila masa. Dengan modem MiFi ini, pengguna dapat menyambung dan berkongsi pelbagai peranti mudah alih seperti komputer riba, telefon pintar, serta tablet, ke Internet; di mana-mana sahaja mereka berada,” kata Shu Wei. “Dan berita baik ialah, pengguna yang melanggan di sepanjang tempoh kempen ini akan diberikan langganan secara percuma untuk bulan pertama sekiranya mereka membuat langganan pakej di atas talian!”
Tempoh kempen bermula dari 6 April sehingga 13 Mei 2015. Maklumat lebih lanjut mengenai kempen ini boleh didapati di http://www.p1.com.my/mifi/