(SEMASA) CHEF-CHEF SELEBRITI MENIKMATI KESERONOKAN MEMASAK DENGAN LEBIH MUDAH BERSAMA GO SHOP

Spread the love

photo1Kuala Lumpur, 20 September 2016 – Kemeriahannya cukup terasa apabila selebriti-selebriti terkenal seperti Scha Alyahya, Lisa Surihani, Dynas Mokhtar, Awal Ashaari, Johan Raja Lawak, dan Ozlynn Waty masuk ke ‘dapur’ untuk bersaing antara satu sama lain dan menonjolkan hidangan terbaik mereka yang dihasilkan dengan peralatan dapur dari Go Shop! Acara yang diadakan di sebuah restoran yang baru dilancarkan, Eat With Mune, milik Dynas Mokhtar dan Chef Mune ini diacarakan oleh pengacara-pengacara popular Go Shop iaitu Aina Wahida Amran dan Hazim Shauki.

Para pengacara Go Shop juga membantu kumpulan selebriti tersebut dengan mendemonstrasikan bagaimana peralatan dapur Go Shop yang paling laris seperti Happycall Frying Pan Set, Konstar Master Chopper Set dan Shimono Core X Multifunctional Blender boleh digunakan untuk memasak pelbagai hidangan lazat yang cukup digemari oleh rakyat Malaysia. Banyak tip untuk menjadikan proses memasak lebih mudah dan membantu pengguna menjimatkan masa untuk menghasilkan hidangan yang lazat turut dikongsi. Peralatan dapur yang digunakan boleh didapati dari saluran TV membeli-belah dari rumah dan platform dalam talian Go Shop.

Keistimewaan Go Shop bukan hanya terletak pada ketelitiannya memilih peralatan yang terbaik untuk dapur, rumah dan banyak lagi, serta menawarkan nilai yang terbaik kepada pelanggan, tetapi juga dalam mendidik pengguna dengan mendemonstrasikan manfaat dan nilai setiap peralatan mengikut konteks tempatan. Untuk memastikan pengguna terus menonton, demonstrasi produk dilakukan dengan cara yang informatif dan menghiburkan.

Go Shop juga memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik, di mana ia membolehkan pelanggan memilih bagaimana mereka ingin membeli-belah. Pelanggan boleh memilih dan membeli produk yang diingini dengan menonton dua saluran 24 jam (Saluran 118 dalam Bahasa Malaysia dan Saluran 318 dalam Bahasa Mandarin) di Astro, NJOI, laman web Astro-On-The-Go atau aplikasi mudah alih atau dalam talian di www.goshop.com.my melalui peralatan pilihan mereka. Pelanggan juga boleh memilih pelbagai kaedah bayaran. Perkhidmatan selepas jualan boleh didapati melalui talian bebas tol 24 jam (1800-82-0088), melalui e-mel (wecare@astrogoshop.com.my) atau media sosial (#shopatgoshop di Facebook, Instagram dan Twitter). Bukan itu sahaja, penghantaran bagi kebanyakan produk ke Semenanjung Malaysia juga dibuat tanpa sebarang caj.

“Saya dan keluarga suka membeli-belah di Go Shop kerana ia mudah sekali. Kami boleh membeli dari telefon bimbit, tablet dan komputer, atau telefon saja dan bercakap dengan Go Shopper – mungkin lepas ini kami tak perlu pergi ke pusat membeli-belah lagi!” kata Dynas Mokhtar.

Pengacara Go Shop, Aina Wahida Amran berkata, “Pertandingan memasak bersama selebriti ini adalah contoh apa yang kami paparkan di TV setiap hari – rancangan hiburan berinformasi yang boleh dinikmati oleh semua orang. Kami bukan hanya menjual produk. Saya percaya demonstrasi yang kami lakukan benar-benar membantu dalam kehidupan rakyat Malaysia. Ada banyak kemahiran hidup dan ‘helah’ yang boleh mereka pelajari dan gunakan dalam kehidupan seharian. Saya sangat gembira kerana dapat memperkayakan kehidupan rakyat Malaysia dengan Go Shop.”

Pertandingan memasak tersebut diakhiri dengan jamuan makan tengahari bersama para tetamu jemputan, selebriti dan pengacara Go Shop, yang masing-masing berkongsi pengalaman mereka di dapur bersama Dynas dan Chef Mune.

Untuk maklumat lanjut mengenai Astro Go Shop, layari www.goshop.com.my


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *