(SEMASA) CIKAMIE KU GENGSTER beralih arah !!

Spread the love

Sebut sahaja tentang pempengaruh laman sosial, Cikamie Ku Gengster, tentu ramai yang terbayangkan video tik tok atau youtube yang tular terutama “Bini bila masuk kedai RM2 hinggit”.

Cikamie Ku Gengster, yang merupakan pasangan selebriti tik tok dan youtuber media sosial Malaysia kelahiran Kelantan ini amat dikenali dengan koleksi video-video pendek yang kelakar dan menghiburkan serta bersahaja. Pemilik nama Puan Alamin binti Mohammad atau lebih dikenali sebagai MAMI dan pasangan beliau Mohd. Azuan bin Mohd. Noor lebih senang dikenali sebagai DEDI banyak menerbitkan seloka video dalam bahasa negeri Kelantan.

Bertempat di Third Avenue Cyberjaya, Cikamie Ku Gengster atau MAMI DEDI telah beralih arah ke bidang perniagaan dengan pelancaran segmen perniagaan produk Kopi Durian Belanda dan makanan ringan Popia Ranggup di bawah Syarikat CKG Empire.

Selepas dua tahun pasangan ini bersketsa, mereka berhasrat untuk mengeluarkan produk sendiri. Seperti yang sedia maklum, MAMI merupakan seorang pengemar kopi berbanding suami beliau. Walau bagaimanapun, mereka melancarkan produk Kopi Durian Belanda organik tanpa menekankan isu kopi khusus untuk menjaga kesihatan atau merawat penyakit tetapi penekanan kepada sejenis produk minuman seisi keluarga yang mengandungi ekstra durian belanda dan madu. Produk kopi ini merupakan hasil penyelidikan dari sebuah syarikat yang mempunyai ladang yang besar di Negeri Sembilan dan Perak yang menjalankan penanaman durian belanda organik. Pada tahun 2023, MAMI DEDI telah berjaya melahirkan seramai 58 orang usahawan atau stokis jualan produk Kopi Durian Belanda dan makanan ringan Popia Ranggup di seluruh Malaysia dan menyasarkan jumlah jualan sebanyak RM1 juta setahun.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *