(SEMASA) COURTS MALAYSIA DAN IM4U MELANCARKAN RUMAH AMAL COURTS

Spread the love

Photo 2

Peruncit barangan elektrik, IT dan perabot terkemuka di tanah air, Courts Malaysia, telah bergabung tenaga dengan 1Malaysia Untuk Belia (iM4U) untuk melancarkan Rumah Amal Courts secara rasmi hari ini. Program amal jariah ini diilhamkan sejajar dengan ulang tahun Courts yang ke-28 di Malaysia. Menerusi program ini, Courts bakal membekalkan barangan keperluan isi rumah yang bernilai RM200,000 kepada 28 rumah kebajikan dan keluarga pilihan iM4U.

 Photo 1

En. Tim Luce, Ketua Pegawai Eksekutif Courts Malaysia dan En. Azlan Rudy Malik, Ketua Pegawai Operasi iM4U bersama-sama merasmikan acara tersebut dengan menandatangani perjanjian kerjasama untuk mengembang dan mempromosikan Rumah Amal Courts. Seterusnya, mereka menyerahkan cek simbolik kepada tiga rumah kebajikan, yakni Raudhatul Ikhwan di Shah Alam, Pusat Jagaan Good Samaritan Home di Klang, dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah di Petaling Jaya yang masing-masing turut menerima barangan elektrik dan perabot dari Courts.

“Di Courts Malaysia, setiap keputusan yang dibuat adalah berasaskan keutamaan dan kepentingan pelanggan. Oleh itu, kami sentiasa berusaha untuk menyumbang balik kepada masyarakat. Peranan utama kami adalah untuk membekalkan barangan keperluan isi rumah kepada pelanggan untuk melengkapkan rumah mereka. Berbekalkan kesedaran ini, kami berazam untuk memberi bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan menerusi misi, kemampuan serta sumber kami sebagai peruncit,” kata En. Luce.

Beliau mengulas, “Sejak awal tahun ini kami telah berganding tangan dengan iM4U untuk mengenal pasti rumah kebajikan dan keluarga yang memerlukan bantuan, supaya kami dapat menyumbangkan barangan keperluan asas bagi meringankan tekanan emosi dan beban kewangan mereka. Kami ingin berterima kasih kepada iM4U kerana turut serta untuk memberi makna kepada kehidupan keluarga-keluarga dan rumah-rumah kebajikan ini.”

Sejak 2013, iM4U telah menggerakkan usaha untuk menyemai semangat sukarelawan dalam kalangan generasi muda di tanah air menerusi aktiviti-aktiviti pembinaan bangsa yang mampu memberi manfaat kepada komuniti-komuniti serta kumpulan-kumpulan sosial di tanah air.

En. Azlan Rudy Malik, Ketua Pegawai Operasi iM4U berkata, “Kami berbesar hati dan bersyukur kerana berpeluang bekerjasama dengan Courts Malaysia dalam program ini. Sebagai peruncit utama barangan elektrik, IT dan perabot di Malaysia, Courts mempunyai sumber serta kemampuan untuk menjana perubahan positif dalam komuniti di sekelilingnya. Semoga kami dapat mengubah kehidupan semua keluarga dan rumah kebajikan yang menerima bantuan kami ini.”

Menurut Penyelia Pusat Jagaan Good Samaritan Home, Encik Arumugam Ramu, sumbangan dari Courts merupakan satu bantuan besar yang amat dihargai.

“Kami bergembira menerima sumbangan dari Courts ini yang mampu menambah baik kemudahan-kemudahan di rumah kebajikan kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Courts dan iM4U atas kemurahan hati mereka untuk meningkatkan kualiti kehidupan penghuni-penghuni di sini,” kata beliau.

Sehingga hari ini, Rumah Amal Courts bersama iM4U telah memberi bantuan kepada 14 rumah kebajikan dan keluarga, dan akan membantu 14 lagi rumah kebajikan dan keluarga sepanjang tahun ini.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *