BANGKOK, THAILAND – 9 Oktober 2015: Wakil Malaysia ke pertandingan Miss Grand International (MGI) 2015 telah selamat tiba di Thailand dengan harapan besar untuk menyerlah di pertandingan ratu cantik antarabangsa itu. Santhawan Boonratana disambut dengan sorakan gemuruh daripada media dan penonton pad majlis rasmi pengenalan peserta dan siding akhbar yang diadakan di Central World, Bangkok pada Rabu yang lalu.
“Hari ini sambutan dan sokongan daripada orang ramai sangat menakjubkan dan ini seperti mimpi yang telah menjadi kenyataan bagi saya apabila berdiri di pentas dan dengan bangganya memperkenalkan negara saya Malaysia,” kata Santhawan dengan penuh harapan dalam satu temu bual telefon.
Semasa pertandingan yang berlangsung selama tiga minggu, Santhawan dan deligasi MGI 2015 dijangka melawat wilayah Trat dan Samut Songkram di Thailand untuk tujuan mempromosikan destinasi pelancongan. Pada masa yang sama, pertandingan untuk persembahan baju renang terbaik dan kostum tradisional terbaik akan berlangsung manakala pertandingan pusingan kelayakan akan berlangsung pada 23 Oktober dan pertandingan akhir pada 25 Oktober.
“Saya tidak sabar untuk memperagakan pakaian kebangsaan yang direka oleh Borneo Republik. Kostum ini direka dengan inspirasi utama dari Mak Yong, di mana pakaian tersebut mengungkap kisah perjalanan Anak Raja Gondang. Pakaian ini telah dikaji dengan teliti dan dicipta dengan baik jadi saya gembiar untuk memperagakan ini kepada dunia, “sambung Santhawan.
Edisi ketiga MGI akan melihat 75 deligasi dari seluruh dunia bersaing untuk mahkota dan wang tunai sebanyak USD40,000. Pemenang sebelumnya ialah Daryanne Lees dari Cuba (2014) dan Janelee Chaparro dari Puerto Rico (2013).
MGI berhasrat menjadi pertandingan ratu cantik terkemuka di dunia melalui sokongan tajaan daripada kerajaan dan organisasi yang menyokong pendirian untuk kebaikan umat manusia. Diasaskan oleh Nawat Itsaragrisil, seorang hartawan media Thai menjangkakan MGI menjadi acara kemuncak yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia. Lebih 1.5 bilion orang telah menonton pertabalan MGI di televisyen tahun lepas termasuk di YouTube.
Untuk menyokong wakil Malaysia di MGI 2015, rakyat Malaysia boleh menunjukkan sokongan mereka kepada Santhawan dengan mengundi beliau sebagai Miss Popular di mana pemenang bagi anugerah ini akan mara ke peringkat sepuluh terbaik. Miss Grand App boleh didapati di kedua-dua iOS dan Android.
Ikuti Santhawan di laman Facebook (Santhawan Miss Grand Malaysia) dan Instagram (@santhawan). Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pertandingan dan deligasi bertanding pada tahun ini, lawati www.missgrandinternational.com