(SEMASA) Diet Ideal untuk Kucing Anda: WHISKAS Malaysia menyarankan pemakanan bercampur

Spread the love

Whiskas Infographic (BM)

Apa yang anda berikan kepada haiwan peliharaan amat penting untuk memastikan kesihatan dirinya. Tidak seperti manusia, kucing memerlukan diet tinggi-lemak, kaya-protein dengan beberapa nutrien yang mampu meningkatkan kesihatan dan tumbesarannya, memberikan anda seekor kucing yang gembira dan sihat. Kucing secara semula jadinya adalah haiwan yang kompleks kerana ia memerlukan diet seimbang, berasaskan daging sama seperti saudaranya yang bertubuh besar, seperti singa dan harimau di hutan yang cergas dan sihat.

Pemilik kucing hari ini sangat beruntung, ada pelbagai makanan kucing komersial yang menawarkan hampir semua nutrien diperlukan haiwan itu untuk diet yang seimbang, dengan pilihan sama ada makanan kering atau basah. Menurut WHISKAS Malaysia, kira-kira 71% pemilik kucing di Malaysia memilih makanan kering sementara 28% sukakan makanan basah untuk kucing mereka. Walaupun ada yang yakin terhadap makanan basah dan yang lain lebih sukakan makanan kering, kajian daripada The Waltham Centre for Pet Nutrition mencadangkan yang kedua-duanya ada kelebihan masing-masing[1]. Kajian menunjukkan yang memberi makanan basah dan kering kepada kucing anda membolehkan ia meraih manfaat daripada kedua-dua amalan. Cara ini dikenali sebagai pemakanan bercampur[2].

Dr Susan Wan, Doktor Haiwan dan Ketua Pembangunan Pelanggan, Pakar Perdagangan untuk MARS Malaysia dan Singapura amat menyarankan diet pemakanan bercampur untuk kucing anda. “Pemakanan bercampur digalakkan setiap hari untuk memastikan kucing anda meraih manfaat daripada kedua-dua makanan kering dan basah. Anda boleh memberikan kucing anda makanan basah sebanyak dua kali dan makanan kering sebagai hidangan ketiga setiap hari atau pilih untuk mencampurkannya dalam setiap hidangan. Makanan kering akan membantu membaiki kesihatan mulut manakala makanan basah akan memberikan kucing anda air yang diperlukan untuk memastikannya kekal terhidrat. Pemilik kucing boleh menarik nafas lega kerana haiwan peliharaan kesayangan mendapat nutrien dan air diperlukan menerusi pemakanan bercampur.”

Program pemakanan-bercampur turut disarankan untuk pengurusan berat badan. Kajian menunjukkan yang memberi diet kelembapan tinggi kepada kucing anda mengurangkan selera makan berbanding kucing yang hanya diberi makanan kering. Sekurang-kurangnya 25% kalori keseluruhan kucing anda daripada pengambilan makanan harian sewajarnya datang daripada makanan basah. Tambahan lagi, pemakanan bercampur adalah bermanfaat tinggi jikalau kucing anda berdepan masalah saluran kencing, di mana 70% kalori keseluruhan diambil hanya daripada makanan basah[3].

Memberi kucing anda makanan basah meningkatkan pengambilan air lantas memulihkan kesihatan saluran kencing. Kandungan air yang tinggi di dalam makanan basah mencairkan air kencing sambil meningkatkan kekerapan membuang air kecil, kedua-duanya mengekang formasi kristal mineral atau batu karang[4]. Selain itu, makanan basah telah diketahui menggalakkan metabolisme sihat kerana kucing mampu menelan dan menghadam makanan tanpa perlu mengunyahnya[5]. Protein, lemak dan karbohidrat yang sihat dan seimbang mampu meningkatkan metabolisme kucing anda dan menggalakkan penghadaman yang mudah. Sama seperti makanan basah, makanan kering juga memiliki nutrisi lengkap dan seimbang dengan manfaat tambahan untuk membaiki kebersihan mulut kucing anda. Tekstur rangup makanan kering membantu membersihkan gigi kucing anda dengan menyingkir plak dan tartar, lantas menggalakkan kesihatan mulut yang baik[6].

Kucing 10 pound yang sihat memerlukan 220 ke 350 kalori setiap hari[7],di mana 40% daripada kalori itu perlu datang daripada protein daging atau ikan. Diet yang tidak baik kurang mineral itu yang boleh menambah masalah kesihatan kucing anda. Antara mineral penting yang diperlukan kucing anda adalah sodium, kalsium, fosforus dan magnesium[8]. Kira-kira 20% protein dalam diet yang seimbang akan digunakan untuk pertumbuhan metabolisme dan lagi 12% adalah untuk penyenggaraan tubuh kucing[9].

Bila memberi kucing makan, adalah penting untuk mengambil kira usia dan berat badannya kerana kucing memerlukan jumlah nutrien yang berbeza untuk setiap peringkat dalam hidupnya. Banyak iklan makanan kucing mampu memenuhi keperluan kucing untuk peringkat usia berbeza – daripada anak kucing ke dewasa malah yang tua. Justeru, adalah amat digalakkan untuk membeli produk yang sesuai untuk usia kucing anda. Sambil mengambil kira umur kucing anda adalah perlu untuk memberikannya nutrien yang betul, keadaan fizikal kucing anda juga sama pentingnya. Kucing yang obes tidak kelihatan menarik atau sihat. Memantau pengambilan makanan dan menetapkan diet bersama doktor haiwan membolehkan anda mengawal berat badannya.

Diet yang ideal untuk kucing anda biasanya diet sihat dan seimbang yang memenuhi keperluan kucing anda. Pemakanan bercampur adalah penyelesaian yang terbaik jika anda mahu memberikan diet bernutrisi lengkap 100% buat kucing anda. Bukan saja cara ini memberikan kepuasan kepada pemilik kerana mempunyai kucing yang sihat, tetapi kucing itu sendiri akan menyukai campuran makanan basah dan kering. Dengan itu, WHISKAS menawarkan pemilik kucing pelbagai jenis makanan kering dan basah untuk memastikan kucing mereka sihat dan gembira.

Untuk maklumat lanjut mengenai pemakanan bercampur, layari www.waltham.com

[1]http://www.waltham.com/document/nutrition/cat/cat-urinary-tract-health/276/

[2]https://www.petmixedfeeding.ca/faq

[3]http://www.waltham.com/document/nutrition/cat/cat-body-weight-management/291/

[4]http://www.waltham.com/document/nutrition/cat/cat-urinary-tract-health/276/

[5]http://www.factslides.com/s-Cats#

[6]http://mars.com/global/press-center/press-list/news-releases.aspx?SiteId=94&Id=3239

[7]http://www.wadsworthanimalhospital.com/blog/b_32182_good_nutrition_lays_the_foundation_for_your_pets_health.html?page=home

[8]http://www.whiskas.com/CatsCorner/Article/Your-Cats-Diet-Minerals

[9]http://www.waltham.com/document/nutrition/cat/cat-body-weight-management/291/


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *