KUALA LUMPUR, April 13, 2016 – Ketika cuaca panas terik di luar mencecah sehingga 40°C, pastinya kelibat aiskrim kopi yang sejuk beku bersama kon yang rangup akan membuat kita terliur?
Penggemar kopi di Malaysia pastinya teruja apabila Nestlé® Ice Cream memperkenalkan aiskrim berperisa kopi yang terbaru; Nestlé® DRUMSTICK® Caffè de Caramel!
Aiskrim perisa kopi yang diperbuat daripada biji kopi Robusta dan Arabika yang dilimpahi dengan sos karamel ala Itali. Rasa dan aromanya yang sungguh menyelerakan berupaya memikat citarasa walaupun bagi pencinta kopi yang paling cerewet. Dihidangkan dengan kacang badam pangang dari California, hidangan ini menawarkan keranggupan yang maksima, putaran sos bercoklat, serta hujung kon bercoklat yang pasti akan memuaskan hati penggemar aiskrim sehinnga gigitan akhir.
“Rakyat Malaysia sememangnya amat menggemari kopi dan kami di Nestlé® Ice Cream begitu teruja memperkenalkan kepada penggemar aiskrim rasa baru yang dipanggang, dibru dan dibekukan sehingga sempurna,” kata Pengurus Eksekutif, Perniagaan Bahagian Perniagaan Aiskrim, Nestlé® (Malaysia) Berhad, Yit Woon Lai.
“Berbeza daripada aiskrim yang lain, kami percaya bahawa kombinasi ramuannya yang premium meningkatkan rasa serta tekstur dan sekaligus menawarkan pengalaman yang gempak dalam setiap gigitan,” tambah beliau.
Sejak kebelakangan, ini Malaysia telah dilanda dengan kegilaan kopi. Minat ini menggalakkan perniagaan pelbagai jenama cawangan dalam dan luar negara untuk menawarkan berbagai jenis makanan, minuman dan pencuci mulut berasaskan kopi. Menurut Yit, ini membuka peluang kepada Nestlé®Ice Cream untuk mencipta dan membawa keriangan yang berpanjangan kepada pengguna mereka.
“Masa ini merupakan masa yang amat menyeronokkan bagi Nestlé® Ice Cream, walaupun terdapat banyak produk berasaskan kopi di pasaran. Kami mendapati kewujudan peluang untuk menawarkan sesuatu alternatif di kalangan belia Malaysia yang sentiasa menginginkan sesuatu yang baru, mencabar dan mengujakan. Kami percaya Nestlé® DRUMSTICK®Caffè de Caramel bakal mendapat sambutan yang hangat,” jelas beliau.
Sertailah aktiviti-aktiviti Nestlé®DRUMSTICK® Caffè de Caramel yang baru dilancarkan, seperti filem web yang dimuatnaik di media sosial YouTube dan Facebook. Bagi menghangatkan lagi kempen ini, aktiviti yang menarik dan menghiburkan akan diadakan di universiti-universiti, serta promosi istimewa di kedai-kedai petrol Semenanjung Malaysia. Ini bertujuan memperkenalkan Nestlé®DRUMSTICK® Caffè de Caramel yang baru kepada rakyat Malaysia.
Nestlé® DRUMSTICK®Caffè de Caramel boleh didapati di semua kedai di seluruh negara pada harga RM2.90.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Nestlé®, sila layari laman web Nestlé® di www.nestle.com.my atau laman Facebook Nestlé® Malaysia di www.facebook.com/Nestle.Malaysia.