Domino’s Pizza baru-baru ini menganjurkan parti hari jadi sempena ulang tahun ke-7 Lazada! Untuk memperingati hari yang penuh istimewa ini, kanak-kanak dari Rumah Perlindungan al Nasuha, tokoh media sosial dan juga peminat setia dijemput untuk menyertai sambutan.
Suasana riang ria menceriakan sambutan apabila kanak-kanak dan tetamu jemputan menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk Lazada, dan seterusnya menikmati kek hari jadi yang lazat serta pelbagai sajian makanan yang disediakan oleh Domino’s Pizza. Selain piza, tetamu disajikan berbagai-bagai hidangan sampingan termasuk tawaran terbaru Royale Chicken Wings daripada Domino’s Pizza, yang membawakan ayam kuning telur masin dan pencuci mulut seperti Blueberry Cheesecake Lava Cake yang menjadi kegemaran ramai. Para tetamu jelas teruja apabila Lazzie, mascot Lazada, muncul untuk meluangkan masa pada petang itu bersama kanak-kanak dan tetamu lain.
Menurut Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, “Kami amat teruja untuk merayakan ulang tahun ke-7 Lazada bersama dengan semua tetamu kami pada hari ini. Kami percaya kerjasama kami yang utuh ini membawa nilai dan pengalaman yang amat bermakna bagi para pelanggan kami. Oleh itu, kami benar-benar menghargai sokongan dan kerjasama kami dengan Lazada selama ini. Berpegang teguh kepada janji kami ‘It’s All About You’, kami percaya penghargaan bukan sahaja patut diberikan kepada pelanggan kami, tetapi juga kepada rakan-rakan kerjasama kami yang dihargai atas dedikasi mereka yang tidak berbelah bahagi. Kami harap perkongsian dengan Lazada ini dapat diteruskan bagi tahun-tahun akan datang!”
Andrew Gnananantham, Ketua Pegawai Pemasaran Lazada Malaysia, berkata, “Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Domino’s Pizza kerana menganjurkan parti hari jadi ke-7 Lazada. Dengan transformasi Lazada kepada destinasi gaya hidup setempat, kami ingin menyatukan pelanggan menerusi pengalaman yang lebih menyeronokkan dan boleh dikongsi dengan keluarga dan kawan-kawan, menerusi hiburan, permainan dan sudah tentu piza! Lazada membawakan tawaran eksklusif Domino’s untuk pelanggan kami sambil merayakan parti hari jadi ini, untuk anda!”
Selain menjamu selera, tetamu jemputan juga berpeluang untuk menyertai permainan dan kuiz yang menyeronokkan, dan memenangi baucar daripada Domino’s Pizza dan Lazada. Kanak-kanak dari Rumah Perlindungan al Nasuha juga menerima beg hadiah yang disediakan khas untuk mereka sebagai tanda penghargaan kerana menghadiri parti hari jadi Lazada.
Sempena ulang tahun ke-7 Lazada, Domino’s Pizza akan menawarkan peluang kepada pelanggan di seluruh Malaysia untuk merayakannya menerusi Set Parti Hari Jadi Lazada, yang meliputi 8 tawaran berharga RM77.70 dan ke atas. Pelanggan boleh jimat RM63.65 apabila mereka membeli set ini yang mengandungi 4 Piza saiz Regular (Biasa), 1 Crazy Chicken Crunchies (Original/Tomyam), 1 roti Breadstix/Cinnastix, 1 Botol Minuman dan 1 Chocolate Lava Cake PERCUMA. Untuk setiap Set Parti Hari Jadi Lazada yang dibeli, pelanggan akan menerima kod baucar daripada Lazada.
Untuk merayakan dan mengukuhkan pakatan antara Lazada dan Domino’s Pizza, Lazada juga akan mengagihkan 7,000 kupon diskaun kepada pelanggan setia Domino’s bernilai RM84,000. Di samping itu, Lazada juga akan menawarkan 7 jenis Tawaran Kupon Hari Jadi Domino’s bagi peminat setia Domino’s. Tawaran ini boleh didapati dari 27 Mac 2019 hingga 27 April 2019.
Untuk maklumat lanjut tentang tawaran Domino’s Pizza Malaysia menerusi Lazada dan juga promosi lain, sila layari laman http://www.dominos.com.my/ atau https://www.lazada.com.my/