(SEMASA) ELITE – Gaya Rambut Terpacak & Bebas Dari Kelemumur

Spread the love

Elite by Dashing Group-01

Gaya rambut lelaki sentiasa melalui transisi evolusi dengan trend gaya terbaru. Seperti pakaian, gaya rambut yang trendy dan sesuai mencerminkan personaliti lelaki.  Namun kebebasan untuk mengayakan stail rambut terkini mungkin tidak dapat direalisasikan kerana masalah kelemumur.

Kelemumur adalah masalah yang  sering dialami oleh kebanyakan lelaki. Kepingan-kepingan putih yang tampak ketara pada rambut dan pakaian haruslah di atasi dalam memastikan anda tampil yakin dengan gaya rambut yang tersendiri.

Memahami kepentingan untuk mengatasi masalah ini, ELITE memperkenalkan rangkaian gel rambut anti-kelemumur ELITE Combat Dandruff & Flakes.  Perlancaran rangkaian produk  terbaru ini memperkukuhkan kedudukan jenama ELITE sebagai pakar penggayaan rambut lelaki.

“Rangkaian gel rambut ELITE Combat Dandruff & Flakes baharu diformulasi khusus dengan agen anti-kelemumur bagi mengawal dan mencegah kelemumur. Ia turut diperkaya dengan nutrien phyto, SEPICAP, untuk perlindungan daripada UV dan pencemaran. Ia tidak sekadar memastikan rambut bebas daripada kelemumur, malah memberi gaya rambut kekal terpacak,” ujar Jade Young, Pengurus Kanan Produk Wipro Unza (M) Sdn. Bhd.

Rangkaian produk penggayaan rambut ELITE Combat Dandruff & Flakes membolehkan lelaki menggayakan rambut mengikut stail keinginan mereka serta yakin bebas dari masalah kelemumur.  Produk ini juga diperkaya manfaat hebat yang mampu mengurangkan sebum kulit kepala serta perlindungan yang memastikan rambut lebih kuat serta kulit kepala yang lebih sihat.

ELITE Combat Dandruff & Flakes boleh di dapati sama ada di dalam  gel atau gel air.

Bagi mereka yang mahukan penampilan gaya rambut terikini yang rapi dan mampu bertahan lama! Gel Rambut ELITE Combat Dandruff & Flake adalah penyelesaiannya.

Bagi mereka yang mahu menyerlahkan penampilan dengan gaya rambut maskulin ELITE Combat Dandruff & Flakes Water Gel adalah pilihan terbaik. Produk ini memberikan anda efek kilat semula jadi serta gaya terpacak sepanjang hari.

Rangkaian ELITE Combat Dandruff & Flakes dijual pada harga RM5.50 dan boleh didapati di semua farmasi, pasar raya besar dan pasar raya utama di seluruh negara.

Layari laman Facebook Elite by Dashing di https://www.facebook.com/EliteEdgyEFX untuk maklumat lanjut mengenai produk serta aktiviti menarik.

ELITE diterajui oleh jenama penjagaan peribadi lekaki tempatan terulung, DASHING memberikan rangkaian dan pengalaman produk keterampilan yang lengkap bagi lelaki.

Gel Rambut ELITE  Combat Dandruff & Flakes

Gel 100g-01-horz

 

Bentuk gaya rambut dan penampilan yang terhangat tanpa bimbang tentang masalah kelemumur dan kepingan-kepingan keputihan. ELITE mengandungi agen anti-kelemumur dan diperkaya dengan nutrien phyto, SEPICAP.

Sesuai untuk mereka yang memiliki rambut  paling pendek sehingga sederhana pendek.

  • Megawal & mencegah kelemumur
  • Mengurangkan sebum kulit kepala untuk rambut & kulit kepala lebih sihat
  • Melindungi rambut daripada UV dan pencemaran
  • Menguatkan rambut
  • Tanpa alkohol

 

Boleh di dapati dalam pek:

  • 100 g (Tiub)  RM 5.50
  • 50 g (Tiub)  RM 8.20
  • 250 g (Tub) RM 9.30

ELITE Edgy EFX  Combat Dandruff & Flakes Water Gel

Water Gel-01

Kekal bergaya dan tampil yakin dengan gaya rambut idaman anda bebas daripada kelemumur. Lawan dan cegah kelemumur menggunakan gel cair ELITE dengan formulasi  kawalan kuat produk yang mampu memberikan kilauan semula jadi. Ia diperkaya dengan nutrien phyto SEPICAP yang melindungi rambut daripada UV dan pencemaran serta menguatkan rambut.

Sesuai untuk rambut pendek sehingga sederhana pendek. Disediakan dalam pek: 200 ml  RM 12.30


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *