(SEMASA) Gabungan NGO Menjayakan Program Kasih 21 Hari Mesra Gelandangan dapat pengiktirafan The Malaysia Book Of Record (MBOR)

Spread the love

Setiap hari ada saja NGO atau Badan Bukan Kerajaan serta individu yang tampil menghulur sumbangan kepada golongan yang memerlukan bantuan. Sememangnya rakyat Malaysia cukup terkenal dengan sikap permurah hati kerana sejak kecil kita dididik dengan kesopanan dan kesusilaan yang merupakan rukun negara kelima.

Malah dalam agama Islam juga digalakkan umatnya untuk bersedekah yang membawa maksud pemberian atau amal kebaikan yang diberikan dalam bentuk rohani atau fizikal. Jesteru itu, Persatuan Muafakat Darul Ehsan (PAKAT) dengan luhur hati telah menganjurkan Program Kasih 21 Hari Mesra Gelandangan yang bermula pada 2 Mac 2022 hingga 22 Mac ini.

Antara lokasi yang dikunjungi oleh ahli NGO Program Kasih 21 Mesra Gelandangan setiap hari bermula pukul 8 malam hingga 10 malam adalah di kawasan Masjid Jamek,  Masiid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Chow Kit dan Jalan Ipoh.

Ketua Pengarah Program tersebut, Dato’ Seri Nor Hasnal memberitahu, Program 21 Hari Kasih Mesra Gelandangan anjuran PAKAT itu dijayakan bersama dengan rangkaian Pertubuhan NGO sera agensi kerajaan Malaysia.

“Mula-mula rancang nak buat sehari atau dua hari saja seperti selalu. Entah macam mana nak buat kelainan, itu yang datang idea buat 21 hari, Ramai yang tanya saya, betulkah nak buat program selama 21 hari, siapa nak tanggung nanti?

“Bagi saya, bila sudah ada niat teruskan saja, dana fikir kemudian. Alhamdulillah dari awal mesyuarat hinggalah program ini dilaksanakan, Allah permudahkan segala urusan, Ada saja pihak yang tampil untuk menghulur bantuan.

“Kita jalin kerjasama dengan NGO yang sedia ada dan sehingga kini sudah ada 101 NGO yang turut serta, Hingga saat akhir masih ada lagi liga NGO yang menyertai dan kesemuanya adalah 115 NGO yang mengambil bahagian,” jelas Nor Hasnal.

Memandangkan in adalah kali pertama banyak NGO bergabung, program tersebut turut diktiraf oleh Malaysia Book Of Records sebagai Program Amal Gelandangan dengan Penyertaan NGO Terbesar di Malaysia.

Program Kasih 21 Hari Mesra Gelandangan dengan tema Tangan Dihulur, Budi Ditabur, Kasih Disemai itu bertujuan untuk membantu golongan gelandangan dan insan terjejas akibat pandemik Covid- 19 dengan menyediakan barangan keperluan seharian dan juga makanan buat mereka.

“Program ini memainkan peranan penting untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui bantuan yang disediakan, pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab strategik.

“Malah pelaksanaan program ini juga bertujuan untuk melahirkan ahli-ahli, pelapis pertubuhan serta persatuan yang jelas matlamat dan tujuannya serta lancar gerak kerjanya hasil daripada kesepakatan bersama.

“Diharapkan program in dapat memberikan manfaat kepada semua pihak. Segala kerjasama dan sokongan semua pihak sama ada terlibat secara langsung atau tidak amat diharapkan,” kata Nor Hasnal lagi.

Katanya, sepanjang program berlangsung, setiap hari 40 orang peserta dari setiap NGO akan bergerak menyantuni gelandangan sekitar Kuala Lumpur. Setiap hari, 200 pek makanan dan barang keperluan asas seperti kit penjagaan kebersihan diri dan makanan kering diberikan selama 21 hari.

Jumlah sumbangan makanan dan kit kebersihan diri yang diberikan kepada gelandangan sepanjang program berjalan adalah sebanyak 4,500 pek. “‘Sebenarnya, objektif program ini adalah untuk memberikan pengalaman sebenar kepada peserta (ahli NGO) untuk mendekati masyarakat yang terbiar.

“Selain itu, ia bertujuan untuk memastikan aktiviti yang positif dijalankan dalam membentuk peserta yang berilmu, berketrampilan, mapan dan bertakwa sebagai persediaan membentuk generasi pelapis dalam masyarakat.

“Menerusi program sebegini, kita dapat mendekati masyarakat gelandangan bagi mengetahui punca sebenar berlakunya keadaan sedemikian but mereka bagi menghindarkan persepsi negatif dalam minda masyarakat,” katanya.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli NGO yang menyertai program ini untuk membentuk pembangunan insaniah dalam diri dan mewujudkan rasa simpati dan empati dalam diri mereka supaya memikirkan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh ummah.

Ujar Nor Hasnal, data gelandangan akan dibawa ke pihak agensi kemahiran kerajaan untuk tujuan mendapatkan latihan yang bersesuaian dan memperkasa jati diri gelandangan.

Menjalinkan hubungan kerjasama dengan badan-badan NGO seta menilai apakah tindakan yang sewajarnya diambil bagi mengatasi golongan gelandangan ini.

“‘Hajat saya sebenarnya adalah saya nak NGO lain atau badan korporat turn padang untuk memberi rezeki kepada gelandangan. Kita memang ada perancangan nak buat program begin di luar Kuala Lumpur selepas ini.

“Di sini, kira titik mula, lepas ini kita akan pusing satu Malaysia. Apa pun kita kena cari data base tentang golongan gelandangan dulu untuk memudahkan kerja.

“Timbul idea nak buat di luar ibu kota apabila ada NGO dari luar KL turn sama. Macam NGO dari Sarawak bawa penari untuk menghiburkan gelandangan pada majlis penutup nanti. Ahli silap mata pun ada.

“Kita nak memberi keceriaan kepada mereka dan di waktu yang sama kita kumpul maklumat semasa gelandangan di tapak program untuk dijadikan bahan rujuakn pihak berkaitan pada masa akan datang,” katanya.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *