(SEMASA) GABUNGAN UNIK DALAM PIZA PASTRY CROWN TERBARU!

Spread the love

Pic1

Bagi memeriahkan lagi Tahun Baru dan musim perayaan yang bakal tiba, piza Pastry Crown yang merupakan keluaran terbaru daripada Pizza Hut Malaysia tampil dengan kombinasi dramatik piza sentuhan rasa Itali dengan pastri mentega garing keemasan! Produk terbaru ini adalah yang pertama seumpamanya dilancarkan di Malaysia.

 Pic3

Keunikan piza ini terletak pada kombinasi lapisan inti manis dan lazat beserta kerak keju tiga rasa yang dilapisi pastri mentega garing keemasan. Dengan gabungan limpahan topping ketulan meatloaf ayam, bawang, nanas, kapsikum merah, keju mozzarella, dan sos istimewa BBQ Tennesse, piza Pastry Crown ini pasti memberikan anda kejutan dalam setiap gigitan melalui keenakkan citarasanya yang luar biasa.

 Pic4

“Apabila kita menggabungkan elemen-elemen yang amat berbeza bagi mencipta sesuatu, ianya sama ada akan menghasilkan sesuatu yang janggal, atau sebaliknya akan melahirkan satu ciptaan yang benar-benar unik dan menakjubkan! Piza Pastry Crown adalah bukti kepada teori ini kerana kami telah berjaya mencipta satu kombinasi rasa kelazatan yang benar-benar tidak diduga. Anda perlu menikmatinya sendiri untuk memahami apa yang cuba saya sampaikan,” kata Low Kang Moon, Pengurus Besar Kanan, Pizza Hut Malaysia.

“Kami berasa amat berbesar hati kerana berpeluang untuk berkongsi ciptaan terbaru ini dengan para penggemar pada masa yang amat tepat, iaitu pada musim cuti dan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi. Keunikan rasa piza Pastry Crown ini pasti akan memeriahkan lagi suasana makan tengahari mahupun makan malam anda bersama sahabat handai dan keluarga tersayang,” tambah beliau.

Piza Pastry Crown baru ini boleh didapati secara makan di restoran, bawa pulang atau khidmat penghantaran mulai 28 Januari sehingga 31 Mac 2015, jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati piza yang pasti akan membangkitkan selera anda hari ini!

Dengan tambahan hanya RM6.00, anda turut berpeluang untuk menikmati hidangan piza Pastry Crown ini melalui kombo Huts Delight Meal dan Big Double Box. Pelanggan juga boleh menikmati Big New Year Box (sesuai untuk 3 ke 4 orang) pada harga yang istimewa iaitu RM47.90 (jimat RM11.80) dan kombo ini mengandungi  Piza Pastry Crown (saiz biasa), 6 ketul drummet New Orleans, roti bawang putih, 6 ketul spicy chicken fingers and 2 sup cendawan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *