(SEMASA) GALAKSI MEDIA ONLINE ‘UNBOXING’ SAMSUNG GALAXY S24 FE

Spread the love

Samsung Galaxy S24 FE telah dilancarkan pada sekitar awal Oktober tahun ini merupakan pengganti kepada kesinambungan Galaxy S23 FE. Galaxy S24 FE merupakan peranti “Edisi Peminat” lebih mengfokuskan kepada untuk prestasi dan pengalaman unggul pada harga yang lebih rendah berbanding peranti bertaraf flagship yang lain.

Galaksi Media Online (GMO) telah dibekalkan satu peranti telefon pintar baru Samsung yang telah pun dilancarkan sekitar awal bulan Oktober tahun ini iaitu Samsung Galaxy S24 FE. Samsung Galaxy S24 FE merupakan salah satu telefon pintar yang dilancarkan di bawah siri Galaxy S24 antaranya Samsung Galaxy S24+ dan Samsung Galaxy S24 Ultra.

Kotak pembungkusan Samsung Galaxy S24 FE mengekalkan tona warna hitam sebagai asasnya seperti kotak Galaxy S23 FE sebelum ini. Gambaran depan menunjukkan warna dan rupa bentuk telefon pintar tersebut. GMO diberikan peranti berwarna hijau lembut dan dilabelkan sebagai ‘Mint’. Walau bagaimanapun, saiz kotak Galaxy S24 FE juga lebih nipis seperti saiz kotak peranti Samsung lain seperti Galaxy A series sebelum ini.

Berbalik kepada isi kotak tersebut, di bawah telefon disertakan satu kabel USB-C tanpa pengecas penyesuai plag (adapter charger) berserta kad waranti dan buku panduan. Adapter charger ini perlu dibeli berasingan berdasarkan maklumat di dalam kotak tersebut. Adalah sedikit kelainan dan kekurangan pada pembeli memandangkan selama ini peranti-peranti telefon di pasaran kebiasaanya didatangkan dengan adapter charger bersama di dalam kotak dan telefon pintar tersebut.

Bercakap mengenai fizikal telefon pintar tersebut, material telefon ini adalah berasaskan material aluminium (aluminum frame) dan dibahagian belakang dibalut dengan kemasan kaca Gorilla Glass Victus+ yang berkilat, berkilau, dan bersinar (glossy) menjadikannya ia selesa untuk dipegang di tangan tetapi mudah menyebabkan bekas cap jari melekat pada permukaan tersebut. Berdasarkan maklumat sesawang Samsung, terdapat pilhan empat warna untuk model ini iaitu  Blue (biru), Graphite (hitam keluli kelabu), Gray (kelabu) dan Mint (hijau lembut).

Secara asasnya, telefon pintar ini mempunyai beberapa ciri asas yang menarik iaitu reka bentuk nipis tetapi mempunyai keberatan sekitar 213 gram, paparan skrin 6.7″ (1080 x 2340 piksel) Dynamic AMOLED 2X dengan kecepatan penyegaran 120Hz dan sokongan HDR10+, kamera resolusi tinggi 50MP yang dilengkapi dengan OIS untuk kestabilan semasa mengambil foto serta dilengkapkan dengan bateri berkapasiti 4700 mAh yang masih menyokong pengecasan pantas 25W yang sama melalui USB-C dan mampu bertahan selama 2 hari. Peranti telefon pintar ini turut dilengkapi sistem pengimbas cap jari di bawah skrin serta lubang kamera depan Infinity-O yang terletak di garisan tengah.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *