(SEMASA) GALAKSI MEDIA ONLINE ‘UNBOXING’ SAMSUNG GALAXY S25

Spread the love

Samsung Galaxy S25 telah dilancarkan secara rasmi pada 23 Januari 2025. Barisan Samsung Galaxy S25 Ultra, S25+ dan S25 terkini menggunakan cip Snapdragon 8 Elite for Galaxy dan tidak lagi menggunakan cip Exynos seperti sebelumnya.Galaksi Media Online (GMO) telah dibekalkan satu daripada barisan terkini Galaxy S25 peranti telefon pintar baru Samsung untuk dinilai dan dicuba.

Kotak pembungkusan Samsung Galaxy S25 mengekalkan tona warna hitam sebagai asasnya seperti kotak Galaxy S24 sebelum ini. Gambaran depan menunjukkan warna dan rupa bentuk telefon pintar tersebut. GMO diberikan peranti berwarna perak dan dilabelkan sebagai ‘Silver Shadow’. Saiz kotak Galaxy S25 juga lebih nipis seperti saiz kotak peranti Samsung lain seperti Galaxy A series sebelum ini.

Berbalik kepada isi kotak tersebut, di bawah telefon disertakan satu kabel USB-C tanpa pengecas penyesuai plag (adapter charger) berserta kad waranti dan buku panduan. Adapter charger ini perlu dibeli berasingan berdasarkan maklumat di dalam kotak tersebut. Adalah sedikit kelainan dan kekurangan pada pembeli memandangkan selama ini peranti-peranti telefon di pasaran kebiasaanya didatangkan dengan adapter charger bersama di dalam kotak dan telefon pintar tersebut.

Bercakap mengenai fizikal telefon pintar tersebut, material telefon ini adalah berasaskan material aluminium (aluminum frame) dan dibahagian depan serta belakang  dibalut dengan kemasan kaca Gorilla Glass Victus 2 yang berkilat, berkilau, dan bersinar (glossy) menjadikannya ia selesa untuk dipegang di tangan tetapi mudah menyebabkan bekas cap jari melekat pada permukaan tersebut. Gorilla Glass Victus 2 bukan sahaja tahan daripada retakan tetapi skrin ini juga dapat menangani sebarang kesan calar. Berdasarkan maklumat sesawang Samsung, terdapat pilihan tujuh warna untuk model ini iaitu  Icy Blue, Mint, Navy, Silver Shadow, Pink Gold, Coral Red dan Blue Black

Secara asasnya, telefon pintar ini mempunyai beberapa ciri asas yang menarik iaitu reka bentuk nipis tetapi mempunyai keberatan sekitar 162 gram, paparan skrin 6.2″ (1080 x 2340 piksel) Dynamic LTPO AMOLED 2X dengan kecepatan penyegaran 120Hz dan sokongan HDR10+, kamera resolusi tinggi 50MP yang dilengkapi dengan OIS untuk kestabilan semasa mengambil foto serta dilengkapkan dengan bateri berkapasiti 4000 mAh yang masih menyokong pengecasan pantas 25W yang sama melalui USB-C dan mampu bertahan selama 2 hari. Peranti telefon pintar ini turut dilengkapi sistem pengimbas cap jari di bawah skrin serta dilengkapkan dengan sistem operasi One UI 7 berasaskan Android 15 dengan beberapa ciri Galaxy AI baharu yang bakal diperkenalkan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *