(SEMASA) GUARDIAN HIDUPKAN KEMBALI NOSTALGIA DENGAN GARFIELD ON-THE-GO

Spread the love

????????????????????????????????????

Para peminat Garfield kini dapat mengimbau kenangan kerana Guardian Malaysia telah ‘menghidupkan’ semula watak kucing gemuk kesayangan ramai ciptaan kartunis Jim Davis yang terkenal dengan jenaka harian yang mencuit hati sejak ia diperkenalkan pada tahun 1978.

Program penebusan barangan Garfield On-the-Go itu telah dilancarkan oleh Peter J. Dove, Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd di majlis makan malam tahunan bersama rakan-rakan kongsinya hari ini.

Ketika melancarkan program tersebut, beliau berkata: “Selain memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berubah, Guardian Malaysia terus mencari cara sekreatif mungkin untuk memberi ganjaran kepada para pelanggan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.”

“Kucing ikonik Garfield bukan sahaja mengimbau kenangan buat ramai golongan dewasa, ia juga turut diminati oleh golongan remaja dan kanak-kanak. Siri beg dan bagasi Garfield On-the-Go Guardian menawarkan suatu yang istimewa buat seisi keluarga, menceriakan pengembaraan mereka walau ke mana jua,” tambah beliau.

Dalam ucapan beliau, Dove telah berkongsi beberapa rancangan Guardian Malaysia untuk memperluaskan lagi perniagaannya, dengan fokus diberikan kepada perkara-perkara berikut:

  1. Perlaksanaan SRD (Space/ Range / Display)

Guardian akan terus mencorak dan menyelaraskan operasinya untuk memberi tumpuan kepada meningkatkan pengalaman membeli-belah melalui susun atur semula, pengubahsuaian dan menaik taraf jenama serta farmasinya di seluruh negara (200 farmasi pada tahun 2016).

  1. Perlaksanaan sistem

Guardian Malaysia akan melabur dalam perlaksanaan sistem yang terdiri daripada Saturn, SAP Fico dan SAP Retail, bagi melancarkan proses kerja-kerja dalaman, meningkatkan kecekapan untuk manfaat para pelanggan.

  • Meningkatkan hubungan kerja

Satu lagi keutamaan Guardian adalah untuk meningkatkan hubungan kerja antara rakan-rakan kongsi dalaman dan luaran. Guardian Malaysia percaya hubungan kerja yang harmoni dan kuat, terutamanya dengan rakan-rakan perniagaan, yang akan membolehkan usaha mereka untuk meningkatkan pengalaman pengguna menjadi lebih menarik.

“Dengan Guardian Malaysia menjadi sebahagian daripada keluarga Dairy Farm, kumpulan peruncitan Pan Asia terbesar, ia pasti diyakini ramai. Komitmen dan minat untuk mengembangkan perniagaan adalah sangat kuat, dan jika terdapat keperluan untuk pelaburan dalam perniagaan, kami pasti melakukannya. Kami akan berusaha untuk mengekalkan kedudukan sebagai peneraju dengan menjadi yang terbaik dalam industri dan rakan peruncit terbaik yang pernah anda bekerjasama,” tambah Dove.

BUTIRAN PROGRAM PENEBUSAN GARFIELD ON-THE-GO:

Untuk mendapatkan sekeping setem, para pelanggan hanya perlu membuat pembelian sebanyak RM20. Apabila 20 setem telah dikumpul, mereka boleh menebus barangan Garfield pada harga diskaun. Pelanggan juga boleh mendapatkan setem ekstra dengan membeli barangan belian-hebat (star-buy).

Setem-setem akan dikeluarkan di semua farmasi Guardian yang mengambil bahagian di seluruh negara:

  • Daripada 19 November 2015 sehingga 29 Februari 2016 bagi Semenanjung Malaysia
  • Daripada 3 Disember 2015 sehingga 29 Februari 2016 bagi Sabah dan Sarawak

Apabila 20 setem telah dikumpulkan, pelanggan boleh:

  • Menebus sebuah overnighter Garfield pada harga RM29 (harga runcit RM79);
  • Menebus sebuah beg sandang Garfield pada harga RM39 (harga runcit RM99);
  • Menebus sebuah beg sekolah troli Garfield pada harga RM69 (harga runcit RM199);
  • Menebus sebuah bagasi beroda Garfield 18” pada harga RM129 (harga runcit RM399).

Penebusan boleh dibuat bermula 19 November 2015 sehingga 14 Mac 2016.

Para pelanggan juga boleh membeli satu set dua organiser pelbagai guna pada harga RM19, dengan setiap pembelian RM20.

Bukan itu sahaja, para pelanggan berpeluang memenangi sebuah Vespa! Mereka hanya perlu membeli produk berjenama Guardian sebanyak RM30 dan mengikuti akaun rasmi Guardian Malaysia LINE. Terdapat sembilan buah skuter Vespa, baucar Guardian, patung LINE dan pelbagai hadiah menarik lain untuk dimenangi jadi jangan ketinggalan!

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.guardian.com.my


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *