(SEMASA) Ikon Fesyen Berprestij dihidupkan melalui Seni

Spread the love

Grand Prize winner Leong Keen Ming with Faber-Castell, Dasein, QE-3.com representatives

Pelajar dari Dasein Academy of Art baru-baru ini memberi penghormatan kepada ikon fesyen terkemuka dari seluruh dunia yang disampaikan melalui usahasama khas antara Faber-Castell dengan laman web kecantikan, fesyen dan gaya hidup di Malaysia WWW.QE3.COM.

Pertama seumpamanya, MY Faber-Castell Front Row merupakan pertandingan ilustrasi seni fesyen yang meminta para pelajar untuk mengenal pasti ikon fesyen yang menjadi pilihan mereka dan menghidupkan ikon tersebut dengan menggunakan rangkaian medium bahan Seni & Grafik profesional yang disediakan oleh Faber-Castell.

Pertandingan yang berlangsung selama dua bulan ini menyaksikan penyertaan oleh seramai 80 orang pelajar dari akademi tersebut dan antara ikon yang ditampilkan termasuklah pereka kasut busana anggun, Datuk Jimmy Choo; pasangan selebriti penuh bergaya David dan Victoria Beckham; Ketua Editor majalah Vogue yang amat berpengaruh, Anna Wintour; manakala model terkemuka Kate Moss, Cara Delevingne, Chloe Mortez dan Karlie Kloss antara yang mengungguli senarai pilihan.

Para pelajar mempamerkan bakat kreativiti mereka,menggunakan serta menggabungkan pelbagai jenis medium untuk melakar potret, dari tona indah pensil warna air Faber-Castell’s Albretch Durer, pastel Polychromos dan Pen Artistik PITT hinggalah kepada penghasilan warna monokrom menggunakan arang batu, grafit aquarelle dan pensil bermata karbon.

Bagaimanapun lakaran potret model terkemuka Karlie Kloss yang menggunakan warna air oleh Keen Ming telah berjaya memenangi hati para pengadil.  Pemenang hadiah utama ini menggunakan gabungan pensil warna air Faber-Castell’s Albretch Durer dan grafit aquarelle yang larut air untuk menghasilkan lakaran potret yang bersih indah dan diserlahkan dengan mengkontraskan keanggunan sifat feminin Kloss dengan renungan mata yang tajam memukau; di mana mata yang indah menawan ini telah memberi tarikan yang mengilhamkan beliau untuk menggunakan Kloss sebagai bahan lakaran dalam pertandingan ini.

Naib Juara Pertama, Lai Wen Hao, 18 telah mendapat ilham untuk melukis potret model dan pelakon menawan Chloe Moretz dengan menggunakan motif rama-rama dan bunga untuk menyerlahkan kecantikan beliau yang suci murni dan mencipta potret yang kelihatan hidup dengan menggunakan pensil warna Faber-Castell’s Fine Artist Polychromos dan pensil grafit.

Manakala Naib Juara ke-2, Choong May Yee, 18 mengaplikasikan kaedah monokrom menggunakan pensil Monokrom Pitt tona-tanah untuk mewujudkan suasana penuh kemesraan melalui penampilan suasana sebuah keluarga yang penuh harmoni dipamerkan melalui ikon keluarga Beckham yang sentiasa mengayakan fesyan bertaraf tinggi.

Tiga pemenang utama menerima produk Faber-Castell bernilai RM1,500, RM1,000 dan RM500 mengikut turutan manakala pemenang saguhati Lee Li Sze, Loke Kah Man, Chuah Jia Chi, Chew Ming Chern, Gan Kwang Yee dan Toh May Xuen menerima hadiah produk bernilai RM150 setiap seorang.

Pertandingan ilustrasi ikon fesyen MY Faber-Castell Front Row membuat penilaian berasaskan kepada bakat kreatif dan kemahiran yang dipamerkan oleh pelajar.

Pengetua Dasein Academy of Art, Mr Gooi Hean Chai berkata, “Penganjuran pertandingan seperti ini membuka peluang kepada para pelajar untuk membangunkan portfolio mereka, di mana mereka dapat mengaplikasikan segala pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang seni dan reka bentuk.  Sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi yang terulung di Malaysia, kami amat mengalu-alukan inisiatif seperti ini yang akan membolehkan para pelajar mengalami latihan amali dan meraih pengalaman yang akan membantu kami untuk melahirkan lebih ramai bakat profesional.”

“Usahasama ini membawakan nafas baru kepada pertandingan ini di mana ia bermatlamat untuk menyampaikan tanda penghormatan kepada ikon dunia fesyen generasi masa kini, sama ada mereka merupakan orang yang berpengaruh dalam industri, model terkemuka mahu pun hanya dikenali ramai di seluruh dunia melalui gaya berpakaian dan stail mereka yang memukau,” ujar Dr. Toh Yan Peng, Pengarah Urusan, Faber-Castell Asia Pasifik.

“Faber-Castell terlibat secara aktif dengan pelbagai akademi dan institusi seni dan reka bentuk dengan matlamat untuk mendokong atau menjana aktiviti yang mampu memupuk dan membangunkan bakat kreatif.  Melalui usahasama seperti ini, kami berharap agar dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada generasi artis akan datang untuk mengapai impian unggul yang akan menerajui Malaysia memasuki dunia seni pada peringkat global,” ujar Dr. Toh selanjutnya.

Berteraskan kualiti sebagai keutamaan, kebanyakan produk dalam rangkaian artis Faber-Castell memiliki jaminan tiga-bintang yang menjanjikan kegemilangan silauan warna selama sekurang-kurangnya 100 tahun, berpadanan dengan standard tinggi yang ditetapkan oleh pelbagai muzium dan galeri seni dan telah lama mendapat sanjungan dan reputasi tinggi dikalangan golongan seni termasuklah pereka fesyen Karl Lagerfeld dan artis-artis terunggul seperti Vincent van Goh dan Edvard Munch.

Dihasilkan di Jerman, rangkaian produk profesional Seni & Grafik ini boleh didapati dari Kedai Faber-Castell di Suria KLCC, Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid, 1Utama, Setia City Mall; East Coast Mall, Kuantan; Plaza Merdeka, Kuching; Queensbay Mall dan Gurney Paragon, Pulau Pinang.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *