(SEMASA) Izara Aishah wajah baru InnerShine

Spread the love

IMG_3476

Keberkesanan InnerShine® Pati Prun untuk menjaga kecantikan kini dipertingkatkan lagi dengan zat dan ramuan detoksifikasi tambahan melalui formula barunya yang diperkaya dengan buah Camu Camu dari hutan hujan Amazon yang digelar buah berkualiti tinggi (superfruit) kerana kehebatannya. Tiga ramuan utamanya, Camu Camu, Maltodekstrin Resistan dan pati prun California, mengandungi Vitamin C semula jadi yang optimum untuk menyihatkan badan serta menyerikan kulit dengan meningkatkan kelancaran penghadaman dan proses detoksifikasi. Inovasi ini menjadikan  InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu minuman kecantikan yang lebih baik untuk anda.

IMG_3472

Tidak ramai di Malaysia yang mengenali buah Camu Camu, tetapi ia dicatatkan sebagai sumber botanik Vitamin C terunggul di dunia. Kajian saintifik menunjukkan bahawa superfruit ini mengandungi khasiat 30 hingga 50 kali lebih kaya dengan Vitamin C semula jadi berbanding dengan oren. Vitamin C dapat menguatkan sistem imuniti badan dan membantu dalam penghasilkan kolagen untuk kulit yang lembut dan berseri. Maltodekstrin Resistan merupakan larutan serat pemakanan tambahan kepada serat prun dalam produk ini bagi melancarkan sistem penghadaman dan membantu badan menyahtoksik secara semula jadi. InnerShine® pati prun yang dihasilkan daripada buah prun California segar berkualiti tinggi yang amat kaya dengan serat pemakanan dan mengandungi banyak Vitamin C. Pati prun terkenal dengan sifat antioksidannya yang membasmikan radikal bebas untuk melambatkan kesan penuaan.

“Semua wanita inginkan kulit yang berseri untuk menguatkan keyakinan diri. Mereka juga ingin menampilkan wajah yang asli, anggun dan menawan dengan menggunakan persolekan yang minima. Ini boleh dicapai dengan hanya meminum InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu setiap hari,” kata Koh Joo Siang, Naib Presiden dan Pengurus Besar, Cerebos (M) Sdn. Bhd pada majlis gala makan malam yang diadakan khas untuk rakan perniagaan dan media.”

izzara 2small

Dalam majlis pelancaran tersebut, Izara Aishah diperkenalkan sebagai wajah baru kempen InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu untuk aktiviti pengliklanan televisyen, media cetak, promosi luaran dan dalaman serta online.

Seorang pelakon dan model yang makin popular di Malaysia, Izara yang amat berbakat lagi menawan ini, dengan tepatnya melambangkan konsep InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu – seorang wanita moden yang percaya akan pentingnya kulit yang lembut, berseri dan semula jadi sebagai rahsia di sebalik kecantikannya.

“Izara Aishah sememangnya sesuai menjadi duta InnerShine® kerana beliau memancarkan kecantikan asli dan keyakinan diri, sekali gus menguatkan imej produk kami sebagai penyelesaian yang paling selamat, halal dan semula jadi untuk menyihatkan badan dari dalam,” tambah Koh.

Tambahan pula, dengan menjalankan gaya hidup moden dan menjayakan kerjayanya sendiri, Izara mewakili jutaan wanita muda hari ini yang giat berusaha demi mencapai matlamat hidup sendiri dan menguruskan kehidupannya dengan baik.

INNER 2small

InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi seluruh negara. Produk hebat ini dijual pada harga RM30.50 untuk pek 42ml x 6 botol dan RM57.90 untuk pek 42ml x 12 botol.

Untuk maklumat lanjut mengenainya, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan BRAND’S di 1-300-228 300 atau layari laman web di www.innershine.com.my.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *