(SEMASA) Kacang Panggang Ayam Brand, Sajian Kegemaran Keluarga Anda Kini Lebih Sihat

Spread the love

Shah Alam, 16 Mac, 2023 – Cuti sekolah masih lagi berbaki dan tidak lama lagi sesi baharu persekolahan akan bermula. Sementara anak-anak masih di rumah, mereka tentunya mahukan snek dan hidangan baharu yang menyeronokkan serta aktiviti yang boleh mereka lakukan bersama anda. Ya, kami juga sering terdengar rungutan “Saya bosan” dan “Saya lapar” sepanjang musim cuti sekolah ini dan Ayam Brand bersedia untuk membantu.

Kacang Panggang Ayam Brand mempunyai pelbagai sajian utama dan snek sihat serta enak yang telah diuji dan dicuba yang pasti menarik selera anak-anak, selain memenuhi masa dan menggembirakan mereka. Atau seperti kata ibu bapa, aktiviti yang bukan digital pengayaan pengalaman dan berasaskan ganjaran bersama anak-anak.

Kebanyakan rakyat Malaysia, khasnya kanak-kanak, menggemari Kacang Panggang Ayam Brand. Mungkin disebabkan rasa dan tekstur kacang Northern Haricot yang besar dimasak sempurna, sos tomato yang enak dan menyelerakan, keriangan terpancar apabila ia dicucuk dengan garfu dihidangkan dengan hidangan sarapan Eropah mahupun hidangan pilihan ketika berkelah atau berkhemah bersama keluarga.

Kacang panggang menyediakan kebaikan serat dan protein berasaskan tumbuh-tumbuhan[1]. Ia juga merupakan sumber baik tiamina[2], zink[3] dan selenium[4] yang menyokong penghasilan tenaga, membantu fungsi imun dan kesihatan tiroid. Lindungi bumi demi kesejahteraan generasi masa depan dengan tidak memakan daging sekurang-kurangnya seminggu sekali dan menggantikannya dengan kacang panggang atau protein tumbuh-tumbuhan lain untuk meningkatkan pengambilan nutrisi, pada masa sama mengurangkan pelepasan karbon.

Kacang Panggang Ayam Brand adalah enak, sedia dimakan terus dari tin atau sebagai hiasan sajian kaya nutrisi. Ia boleh didapati dalam pilihan rasa Asli (Original), Light, Dengan Keju (Cheese) dan terkini, dengan pengenalan Kacang Panggang Organik Ayam Brand, hidangan kegemaran keluarga ini menjadi lebih sihat.

Kacang Panggang Ayam Brand, yang menerima pensijilan USDA, menggunakan ramuan yang ditanam dan dituai secara organik tanpa kandungan bahan kimia dan racun perosak. Ia mempamerkan label yang jelas memaparkan bebas MSG, tiada bahan pengawet dan GMO, seterusnya memberikan anda dan ahli keluarga ketenangan untuk mendapatkan nutrisi organik yang lebih bersih dan sihat.

Dengan lebih ramai rakyat Malaysia memilih pemakanan organik, kos dan waktu penyediaan sajian mungkin menjadi satu isu. Sungguhpun demikian, Kacang Panggang dalam Sos Tomato Organik Ayam Brand dijual pada harga mampu milik RM4.85 untuk setiap tin seberat 230g.

Mulakan langkah untuk mencipta momen-momen indah yang akan terus terpahat di minda bersama anak-anak anda semasa musim cuti ini dengan menggunakan Kacang Panggang Ayam Brand.

Cubalah resipi mudah, pantas dan enak ini bersama anak-anak anda. Pilih salah satu atau cuba kesemuanya untuk menarik perhatian anak-anak daripada mereka menghabiskan masa di hadapan peranti mudah alih. Ambil kesempatan ini untuk mengajar mereka mengenai nutrisi berkhasiat dan makanan organik. Jadilah ibu bapa gred A+.

Harga dan Ketersediaan

Kacang Panggang dalam Sos Tomato Ayam Brand disediakan dalam rasa Asli, Ringan dan Keju pada harga RM3.15 untuk tin 230g dan RM4.40 untuk tin tinggi. Kacang Panggang dalam Sos Tomato Organik Ayam Brand dijual pada harga RM4.85 untuk tin 230g.

Produk-produk Ayam Brand boleh didapati di rangkaian Aeon Big, Giant, Cold Storage, Jaya Grocer, Village Grocer, Bens, Hero, Mydin, TF Value, The Store/Pacific, Econsave dan Matahari. Ia juga boleh didapati di Ayam Brand Official di Shopee dan Lazada.

[1] https://www.healthline.com/nutrition/are-baked-beans-good-for-you#nutrition

[2] https://ods.od.nih.gov/factsheets/Thiamin-HealthProfessional/

[3] https://ods.od.nih.gov/factsheets/Zinc-HealthProfessional/

[4] https://ods.od.nih.gov/factsheets/Selenium-HealthProfessional/


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *