Kuala Lumpur, 10 Januari, 2018 –TOP, Jenama pencuci nombor satu di Semenanjung Malaysia[1] dalam kategori Bahan Pencuci membawakan keceriaan kembali ke sekolah kepada lebih daripada 400 orang kanak-kanak dari seluruh negara menerusi kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ yang berjaya mengumpul dana untuk membeli pakaian seragam sekolah, kasut dan stokin baharu.
TOP bekerjasama dengan peruncit terkenal, Giant untuk melaksanakan kempen mengumpul dana itu mulai 13 November hingga 13 Disember. 30 sen daripada jualan produk-produk terpilih TOP dari semua cawangan Giant di seluruh negara disalurkan untuk membeli keperluan persekolahan bagi pelajar berusia 7 hingga 17 tahun dari 18 pusat jagaan.
Kit keperluan persekolahan ini merangkumi pakaian seragam, kasut dan stokin untuk setiap kanak-kanak.
Kempen ini mempunyai dua objektif iaitu memberikan masa depan yang cemerlang kepada kanak-kanak melalui pemberian pakaian seragam sekolah baharu yang boleh membina keyakinan diri mereka; serta menanamkan sifat tanggungjawab untuk menjaga pakaian sendiri supaya ia sentiasa bersih dan dicuci dengan sempurna.
Pakaian seragam untuk kanak-kanak dari pusat jagaan di seluruh negara telah diedarkan sebelum sesi persekolahan bermula. Ia pasti memberi ketenangan minda kepada mereka kerana boleh memakai pakaian baharu bersedia untuk mencapai kejayaan sepanjang sesi persekolahan baru nanti.
Sebagai komponen pendidikan, pasukan Southern Lion telah mengadakan demonstrasi interaktif membasuh pakaian seragam untuk para kanak-kanak dari Rumah Solehah dan Rumah Kebajikan Karunai Illam di Rumah Solehah.
Kanak-kanak ini terlibat secara langsung dalam belajari maksud pelbagai jenis label pakaian supaya pakaian boleh dicuci dengan cara yang betul. Selain daripada ini, kanak-kanak juga dapat belajar cara penggunaan mesin basuh dengan betul. Terutamanya, sukatan penggunaan detergen pencuci pakaian dan pelembut fabrik dengan bilangan pakaian yang dicuci. Sesi praktikal “basuhan tangan” juga diadakan dalam bengkal ini, kanak-kanak semua gembira bermain dengan air dan buih-buih sabun.
Pada akhir acara, mereka telah mencuba kit keperluan persekolahan baharu masing-masing, semuanya nampak kemas dan tersenyum lebar.
Pengurus Besar Southern Lion Sdn. Bhd., Carmen Foo mengucapkan terima kasih kepada Giant dan para pelanggannya kerana bermurah hati untuk menyokong program ini, yang memberikan harapan serta kegembiraan kepada lebih daripada 1,200 orang kanak-kanak dari pusat-pusat jagaan di seluruh negara sejak ia dimulakan dua tahun lalu.
“Kami berbesar hati atas sokongan Giant dan para pelanggannya yang menyokong hasrat murni yang sememangnya dekat di hati kami ini. Ia memberi makna besar kepada kanak-kanak yang sentiasa kekurangan, sedangkan kita sering ambil ringan. Sokongan mereka jelas memberi harapan dan kegembiraan kepada kanak-kanak yang tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan dengan pakaian seragam baharu, seperti rakan-rakan yang lain.
“TOP juga gembira kerana dapat berkongsi inovasi dan manfaat produk kami kepada semua. Kami berbangga kerana menjadi sebahagian daripada satu inisiatif yang memberi inspirasi kepada lebih ramai kanak-kanak untuk menikmati masa depan yang lebih cerah. Terima kasih kepada semua pengguna TOP yang menjayakan kempen ini selama tiga tahun berturut-turut,” kata Foo.
Pengendali Rumah Solehah, Cik Fathiiah menyatakan bahawa TOP telah tampil untuk membantu kanak-kanak ini dengan cara yang penuh makna dan ceria. “Kami amat menghargai sumbangan yang telah banyak membantu kami untuk memenuhi keperluan dan mendidik anak-anak ini agar bertanggungjawab menjaga seragam sekolah masing-masing,” kata Cik Fathiiah.
“Kami amat menghargai pakaian seragam sekolah, kasut dan stokin yang diberikan kepada kami. Memang gembira untuk memulakan sesi persekolahan dengan seragam sekolah yang bersih dan baru. Kami juga seronok apabila mengambil bahagian dan belajar dalam bengkel yang dianjurkan. Ia pasti membantu saya untuk menjaga seragam sekolah dan pakaian lain dengan lebih baik” kata pemastautin Rumah Kebajikan Karunai Illam, Yamini A/P Jagen.
Dirumuskan oleh LION Corporation Japan, TOP merupakan jenama pencuci No. 1 di Semenanjung Malaysia[2], tersohor dengan konsep kehidupan bersih menyeluruh dengan menggunakan teknologi berinovasi untuk cucian yang lebih bersih, peningkatan keselesaan dan kesejahteraaan yang lebih baik.
Baru-baru ini, jenama ini telah memperkenalkan TOP ‘Micro-Clean Tech’ baharu yang dirumuskan dengan inovasi Anti-Sebum yang akan menembusi jauh ke dalam teras fiber pakaian untuk membersihkan sepenuhnya sebum dan kesan peluh yang terperangkap dengan lebih berkesan. Inovasi Anti-Sebum memberikan satu penyelesaian praktikal yang amat diperlukan oleh pengguna, khasnya yang tinggal di negara beriklim tropika seperti Malaysia.
TOP Micro-Clean Tech™ dengan rangkaian Anti-Sebum merangkumi semua fungsi yang dimasyhurkan oleh TOP termasuk anti-bau hapak, anti-debu hama, anti-bakteria manakala rangkaian Blooming pula mempunyai fungsi tambahan iaitu teknologi wangian FreshCare™ untuk kesegaran berkekalan sehingga 30 hari selepas membasuh.
TOP Micro Clean Tech dengan teknologi anti sebum boleh didapati di seluruh negara. Antara varian TOP cecair pencuci pakaian adalah Stain Buster, Brilliant Clean, Blooming Pleasures, Odour Buster, Colour Protect untuk mesin basuh muatan atas dan varian Smart Clean untuk mesin basuh muatan depan. Varian serbuk pencuci pula termasuklah Super White, Super Colour, Super Hygienic dan Blooming Freshness untuk mesin basuh muatan atas serta Super Low Suds untuk mesin basuh muatan depan. Pelembut pakaian TOP Day Fresh diformulasikan untuk kedua-dua jenis mesin basuh dan didatangkan dengan varian yang termasuk Romantic Pink, Sensual Purple dan Serene Blue. TOP Lite pula ialah untuk fabrik lembut.
Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.
Antara 18 Rumah Kebajikan:-
Kuala Lumpur/Selangor | |
1 | Rumah Kebajikan Karunai Illam |
2 | Rumah Solehah |
Kedah/Perlis | |
3 | Pertubuhan Bela dan Didik Anak-Anak Yatim & Miskin Daerah Padang Terap |
4 | Batu Grace Home |
Penang | |
5 | St Joseph Penang |
6 | Rumah Permata Kasih |
Kelantan/Terengganu | |
7 | Persatuan Kebajikan Islam (PERKASA) Terengganu |
8 | Rumah Anak Yatim dan Dhuafa’ Siti Aminah (RAYSA) |
Perak | |
9 | Ipoh Boys Home |
10 | Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Nurul Iman |
Pahang | |
11 | Pertubuhan Anak Yatim & Kebajikan Darul Izzah (Girls) |
12 | Pusat Jagaan Wanita dan Kanak-kanak Casa Harapan |
Negeri Sembilan | |
13 | Vinashini Home |
14 | Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA) |
Melaka | |
15 | Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Daerah Jasin |
16 | Pusat Jagaan Kanak-Kanak Harapan Bukit Baru |
Johor | |
17 | Rumah Anak anak Yatim Shafar |
18 | Esther & Daniel Home |
[1] Berdasarkan kategori Indeks Runcit untuk kategori Detergen untuk 12 bulan berakhir pada bulan September 2017 di Semenanjung Malaysia. (Hakcipta © 2017, Nielsen Company (M) Sdn Bhd)
[2] Berdasarkan Perkhidmatan Indeks Runcit dalam Kategori Pencuci Fabrik untuk 12 bulan, berakhir pada September 2017 di Semenanjung Malaysia. (Hakcipta © 2017, Nielsen Company (M) Sdn Bhd)