(SEMASA) Kempen Media Sosial Bausch and Lomb Malaysia Berjaya Mengutip RM8,880 untuk Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia sempena Hari Penglihatan Dunia 2015

Spread the love

Bausch and Lomb

Sebuah kempen media sosial yang unik inisiatif daripada Bausch and Lomb Malaysia, yang dinamakan kempen Penjagaan Mata Anda telah menghasilkan kejayaan dengan kutipan berjumlah RM8,880. Kempen sepanjang dua bulan ini yang telah berlangsung dari 11hb Ogos hingga 30hb September, bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran mengenai kesihatan mata dan penjagaan mata yang betul disamping mengutip dana untuk Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia. Para pengguna Facebook diminta merakamkan video pendek masing-masing semasa melakukan senaman mata untuk membantu meregangkan otot-otot mata, memuat naik video tersebut ke laman Facebook mereka dengan #bauschandlombmalaysia & #careforyoureyes dan tag tiga orang rakan untuk melakukan perkara yang sama.

Dr S Radha

Untuk setiap video yang dimuat naik, Bausch and Lomb Malaysia berikrar untuk menyumbangkan RM5 kepada Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia (MAB). MAB memberikan perkhidmatan dan peluang untuk penyertaan, penglibatan dan integrasi yang lebih luas, kepada orang-orang cacat penglihatan dan juga mempromosikan pencegahan kecacatan penglihatan.

IMG_0002

Kempen Penjagaan Mata Anda ini telah berjaya menarik minat para selebriti tempatan dan seterusnya menjadi sebuah kempen penuh sokongan bintang-bintang ini, dengan penyertaan video-video mereka melakukan senaman mata mereka sendiri. Oleh itu, para pengguna Facebook dapat menyaksikan pelbagai video dari Model Terkemuka Malaysia, Amber Chia, Naib Juara Miss Chinese Cosmos SEA 2012, Kim Low, Hos Selebriti TV Belinda Chee, Hos Selebriti TV Nadia Heng, Hos Selebriti TV Daphne Iking, Aktres Atikah Suhaime, pencipta lagu dan penyanyi Malaysia Diandra Arjunaidi, Selebriti You Tube Malaysia Joyce Chu, Pengacara Radio Cassey Soo dan Vivian Liu yang turut melakukan senaman mata tersebut.

DSC_0906

Pada majlis Penyampaian Cek yang diadakan di Ibu Pejabat Bausch and Lomb Malaysia, Jake Kim, Pengarah Urusan Bausch and Lomb, Singapura & Malaysia telah menyerahkan cek bernilai RM8,880 kepada Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia, yang diwakili oleh Dr. S. Radha Krishnan, Timbalan Presiden untuk Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia.

DSC_0384

“Kami gembira kerana dapat mencapai kedua-dua objektif kami untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mata dan penjagaan mata yang betul disamping mengumpul dana untuk Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia melalui kempen Penjagaan Mata Anda ini. Dengan projek ini, kami berjaya menyumbang semula kepada masyarakat disamping mendidik orang ramai tentang cara-cara untuk menjaga kesihatan mata mereka dengan lebih baik. Kami sebagai pelopor inovasi, berharap untuk terus menjalankan kempen-kempen unik seumpama ini pada masa akan datang’, kata Jake Kim, Pengarah Urusan Bausch and Lomb, Singapura & Malaysia.

DSC_0381

Video Senaman Mata:

Model Terkemuka Malaysia Amber Chia:

https://www.youtube.com/watch?v=RrIjR3rsxqE&feature=youtu.be

Naib Juara Miss Chinese Cosmos SEA 2012 Kim Low:

https://www.facebook.com/KimLowPage/videos/989973231054322/

Hos Selebriti TV Belinda Chee:

https://www.facebook.com/BelindaC/videos/10153117592476794/

Hos Selebriti TV Host Daphne Iking:

https://www.facebook.com/daphneiking/videos/vb.184821307570/10154125915017571/?type=2&theater

Hos Selebriti TV Host Nadia Heng:

https://www.facebook.com/official.nadiaheng/videos/1008927899160112/

Aktres Selebriti Atikah Suhaime:

https://www.facebook.com/atikahsuhaime/videos/524998740986983/

Penyanyi dan Pencipta Lagu Malaysian Diandra Arjunaidi:

https://www.facebook.com/diandraarjunaidi/videos/10153699808102223/

Selebriti You Tube Malaysia Joyce Chu:

https://www.youtube.com/watch?t=10&v=OP8rTbnD1kg

Pengacara Radio Cassey Soo:

https://www.facebook.com/CasseySoo/videos/857899577612190/

Pengacara Radio Vivian Liu:

https://www.youtube.com/watch?v=DQ1MlFAaCxY


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *