(SEMASA) Kongsi petua balik kampung dengan artis-artis pujaan anda untuk menyeronokkan pengalaman balik kampung mereka dengan Shell V-Power!

Spread the love

 Picture 1

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Shell V-Power telah melancarkan satu pertandingan, “Jalan-Jalan Balik Kampung Dengan Shell V-Power” bertujuan untuk mempertingkatkan perjalanan balik kampung anda dengan Shell V-Power – satu formula yang memberikan prestasi yang menakjubkan.

Pertandingan selama sebulan ini akan memberi kesempatan kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi petua balik kampung mereka dengan personaliti-personaliti yang terkenal, termasuk pelakon komedi Nabil Ahmad, penyanyi Heliza Helmi dan pasangan Farid Kamil (pelakon dan pengarah) dan Diana Dianielle (pelakon dan model) untuk menjadikan perjalanan balik kampung mereka dengan Shell V-Power suatu pengalaman yang menyeronokkan.

“Hari Raya merupakan satu perayaan yang disambut di seluruh negara, di mana kita akan pulang untuk bersama orang tersayang. Kini, rakyat Malaysia dapat berkongsi pengalaman serta keterujaan bersama selebriti-selebriti kegemaran mereka dengan berkongsi petua balik kampung untuk memenangi satu sesi ramah-mesra dengan artis pujaan tersebut. Di samping tiba di destinasi dengan selamat, kami juga berharap mereka dapat menikmati perjalanan mereka bersama Shell V-Power,” kata Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd.

Peserta yang menyertai pertandingan ini berpeluang memenangi satu sesi makan malam untuk dua orang serta pengalaman memandu bersama artis pujaan mereka. Dua pemenang bertuah bagi setiap selebriti akan dipilih berdasarkan petua balik kampung yang paling menarik. Peminat-peminat boleh berkongsi petua-petua seperti tip memandu ataupun lokasi persinggahan yang indah dan makanan yang enak, sekali gus mengujakan pengalaman balik kampung personaliti kegemaran mereka bersama Shell V-Power.

“Antara bahan api yang paling canggih di dunia, Shell V-Power menjaminkan pengalaman memandu yang menakjubkan, serta kecekapan kereta anda. Shell V-Power bukan sekadar petrol bagi kereta, ia merupakan rumusan bagi memberi kepuasan memandu. Di samping memastikan pemandu-pemandu mendapat terbaik dari kereta mereka, Shell V-Power adalah satu-satunya bahan api bagi penggemar kereta yang inginkan pengalaman memandu yang mengasyikkan. Rumusan istimewanya dihasilkan menerusi jalianan kerjasama teknikibersama pasukan Ferrari berdasarkan pengalaman yang diperolehi daripada perlumbaan Formula One,” tambah Tuan Haji Azman.

Selebriti-selebriti yang terbabit turut menyampaikan keterujaan mereka mengenai perjalanan balik kampung mereka bersama Shell V-Power.

“Balik kampung selalunya adalah perkara yang paling dinanti-nantikan setiap Hari Raya Aidilfitri. Saya tak sabar-sabar lagi untuk memulakan perjalanan balik kampung saya! Saya suka menikmati pemandangan yang indah sambil memandu. Perjalanan balik kampung kali ini pastinya akan lebih menarik bersama Shell V-Power,” kata Nabil yang berasal dari Kampung Baharu Mambau, Negeri Sembilan.

“Memandu pulang ke Kedah selalunya satu nikmat bagi kami,” kata Farid yang akan memandu bersama isterinya, Diana Dianielle. “Walaupun perkara yang paling bermakna bagi kami adalah perayaan bersama keluarga, kami juga gemar menikmati panorama yang indah sepanjang perjalanan kami! Ia seolah-olahnya satu pengembaraan bagi kami. Kini kami berharap perjalanan kali ini akan lebih menakjubkan bersama Shell V-Power.”

Penyanyi terkenal Heliza Helmi turut berkongsi keseronokan mengenai perjalanan pulang ke kampung halamannya di Kuala Terengganu. “Saya  tertarik semasa memandu ke Pantai Timur kerana jalannya luas serta pemandangan laut amat mempersonakan. Dengan Shell V-Power, pengalaman balik kampung saya pastinya best sekali!”

“Jalan-jalan Balik Kampung Dengan Shell V-Power bakal bermula pada 14 Julai 2014 dan tamat pada Ogos 2014. Dalam tempoh empat minggu ini, peminat-peminat boleh menyertai pertandingan ini dengan berkongsi petua balik kampung mereka di www.shell.com.my/balikkampung. Para peminat juga boleh mengikuti artis-artis kegemaran mereka di media sosial dengan hashtag #vpowerbalikkampung, dan juga di saluran-saluran Astro sepanjang tempoh Ramadan dan Syawal.

Di samping itu,  pelanggan dalam perjalanan balik kampung mereka juga boleh singgah di Pusat Perkhidmatan Shell Helix terpilihuntuk mendapatkan pemeriksaan kereta 15-poin yang percuma dari 17 hingga 27 Julai 2014. Pelanggan juga boleh mendapatkan sampul duit raya serta menikmati sampel makanan yang percuma di stesen Shell terpilih dari 23 hingga 27 Julai 2014 dan 30 Julai hingga 3 Ogos 2014.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *