Syawal bakal menjelang dan tibalah masanya untuk menyambut keriangan Aidilfitri! KSK Land memeriahkan Aidilfitri dengan pemasangan kesenian menarik yang mencerminkan semangat muhibbah rakyat Malaysia.
Digelar ‘Ketupat Wonderland’, arked yang diubah suai di Bangunan KSK itu bertujuan untuk menyemarakkan tema Keriangan Raya dan semangat keakraban di kalangan orang ramai. Reka bentuk ini diinspirasikan daripada ketupat yang merupakan makanan ruji pada Hari Raya yang sentiasa melahirkan perasaan kepulangan yang menggembirakan.
Arked tersebut mereka semula corak anyaman daun kelapa tradisional menggunakan warna-warna yang terang dan menyegarkan, menandakan pelbagai kemungkinan dan harapan jiwa rakyat Malaysia dalam menyambut Aidilfitri kali ini.
Ianya meraikan negara Malaysia yang kaya dengan pertembungan pelbagai tradisi dan warisan. Sebagai syarikat pemaju gaya hidup dan reka bentuk, KSK Land juga sentiasa mencari peluang untuk menggabungkan elemen-elemen istimewa untuk mencipta hasil baharu yang menarik.
Joanne Kua, Ketua Pegawai Eksekutif KSK Group dan Pengarah Urusan KSK Land berkata, “Keriangan Raya bagi saya melangkaui perayaan semata dan ia sebenarnya melambangkan semangat kemasyarakatan di Malaysia, yang menjalin ikatan dan merentasi segala budaya dan kepercayaan.
Corak tenunan ketupat yang terkenal mengingatkan kita walaupun kita berbeza dan telah melalui arus pemodenan, kita tetap saling berkait antara satu sama lain apabila kita berkumpul bersama tanpa mengira waktu dan tempat, dan itu adalah sesuatu yang harus kita raikan.”
“Setelah dua tahun kita bersederhana menyambut Hari Raya akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang berterusan, kami berbesar hati kerana kita semua dapat beraya bersama lagi, terutamanya bersama mereka yang baru pulang dari luar negara selepas pembukaan semula sempadan Malaysia.
KSK Land mengalu-alukan orang ramai untuk datang dan berkongsi Keriangan Raya ini bersama kami dan turut mencipta kenangan raya baharu bersama kami,” tambah Joanne.
Siri kod QR di arked ini merupakan elemen interaktif yang menawarkan lebih banyak aktiviti apabila diimbas. Dapatkan cerita di sebalik tabir pemasangan ‘Ketupat Wonderland’, nikmati siri Kisah Raya peribadi rakyat Malaysia daripada setiap lapisan masyarakat atau jadilah bintang di ‘Ketupat Wonderland’ dan ambil gambar anda dengan cara yang paling kreatif. Muat naik pengalaman anda di sini untuk berpeluang memenangi beberapa hadiah yang menyeronokkan. Ikuti halaman Instagram @8conlay dan @kskland untuk mengetahui lebih lanjut.
Dibuka sekarang hingga 31 Mei 2022, ‘Ketupat Wonderland’ dibuka kepada orang ramai setiap hari dari 9 pagi hingga 10 malam, di Bangunan KSK, Jalan Yap Ah Shak. Pengunjung yang datang untuk menikmati pengalaman Keriangan Raya KSK juga dialu-alukan untuk mengunjungi Galeri 8 Conlay.
8 Conlay ialah pembangunan bercampur bersepadu di tengah bandar yang terdiri daripada Hotel Kempinski pertama di Malaysia, kediaman berjenama YOO8 yang diservis oleh Kempinski dan kuarters runcit gaya hidup. Projek ini menjangkakan penyerahan milikan kosong untuk menara pertamanya (“Menara A”) menjelang akhir tahun 2022, manakala puncak Menara B dijangka siap menjelang pertengahan Mei 2022. Untuk butiran lanjut tentang 8 Conlay layari discover.8conlay.com atau hubungi +603 2698 0788.