(SEMASA) Kuasai Drift: Golf R Pemasangan Tempatan Kini Ditawarkan Pada Harga Bermula RM332,990 Termasuk VAP

Spread the love

KUALA LUMPUR – Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan penjualan rasmi Golf R pemasangan tempatan pada harga cadangan RM332,990. Harga tersebut termasuk Pakej Jaminan Volkswagen Assurance Package (VAP) yang merangkumi penyelengaraan, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

Golf R dilengkapi dengan “R Performance Package” sebagai standard, yang merangkumi ekzos titanium Akrapovič, rim aloi Estoril bersaiz 19 inci, spoiler belakang baharu serta mod pemanduan “Drift” dan “Special”.

Mod “Drift” dan “Special” boleh diakses menerusi butang “R” pada stereng yang menawarkan pelbagai mod ubah suai pada rangkaian kuasa serta chasis untuk menyuntik lebih keterujaan ketika memandu.

Dalam mod “Drift”, kuasa tork ditumpukan kepada roda belakang untuk membolehkan kereta mendorong dengan lancar dan secara terkawal. Sementara mod “Special” pula mengubah suai tetapan suspensi untuk memberi cengkaman maksimum, sekaligus menjanjikan pengalaman pemanduan yang terbaik.

Direka khas untuk litar Nürburgring-Nordschleife, mode “Special” memberikan Golf R talaan yang mampu memenuhi keperluan khusus yang dituntut oleh litar lumba paling mencabar di dunia itu.

Enjin turbo 4 silinder 2.0TSI berupaya menjana kuasa sehingga 320PS dan tork 400Nm. Dengan transmisi klac basah 7-kelajuan DSG, Golf R boleh memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 4.8 saat dan mencatat kelajuan maksimum 250km/j. Aspek keselamatan dan cengkaman dikekalkan menerusi sistem pacuan semua roda 4MOTION serta ‘torque vectoring’ berprestasi tinggi.

Secara visual, rangkaian Golf paling atas ini dapat dikenal pasti melalui bampar hadapan dan gril radiator “R” yang diinspirasikan daripada sukan bermotor. Terdapat tiga pilihan warna iaitu biru signatur (Lapiz Blue), hitam (Deep Black) dan putih (Pure White).

Rekaan dalaman Golf R yang sporty jelas kelihatan menerusi kemasan “R” berwarna kelabu (Carbon Grey), tempat duduk dibalut kulit premium Nappa yang lengkap dengan gayaan “R”, stereng berprestasi “R” bersama lampu latar berwarna biru pada butang kawalan dan paddle shift.

Ciri-ciri baharu yang lain termasuklah Head-Up Display (HUD) yang dipancarkan ke cermin utama, sistem infohibur Discover Pro bersaiz 10 inci, sistem bunyi Harman Kardon 480-watt, audio dengan 10 unit pembesar suara, pengecasan tanpa wayar dan bantuan lampu tinggi automatik.

Golf R disokong oleh teknologi IQ.DRIVE dan sistem bantuan pemandu termaju seperti Bantuan Perjalanan dengan Kawalan Jelajah Adaptif (Travel Assist with Adaptive Cruise Control, ACC), Bantuan Sisi (Side Assist), Bantuan Hadapan (Front Assist), Bantuan Lorong (Lane Assist) dan Bantuan Kecemasan (Emergency Assist).

Pengarah Urusan VPCM, Denyu Bostandzhiev nyata berbesar hati untuk memperkenalkan Golf R di Malaysia. “Golf R membuktikan keupayaan sebenar pasukan Volkswagen R. Model-model R berpaksikan kepada jentera paling berkuasa dan terbaik. Golf R ialah model paling sporty dan menjentik emosi daripada Volkswagen yang memberi inspirasi buat para peminat hatchback bergenerasi lamanya.”

“Memasang tempatan hatchback berprestasi tinggi seperti ini sememangnya satu pencapaian besar buat kami. Tambahan pula, kami sungguh gembira dapat memperkenalkan model yang mencatat sejarah ini pada harga yang sangat kompetitif. Stok adalah terhad, jadi saya sarankan supaya para peminat untuk membuat tempahan pada hari ini!”

Golf R akan dipamerkan pada acara Malaysia Autoshow yang berlangsung pada 22 hingga 26 Mei 2024 di MAEPS Serdang. Turut dipamerkan di ruang pameran Volkswagen yang terletak di Hall 2 ialah Touareg 3.0TSI V6 R-Line 4MOTION baharu dan Arteon 2.0TSI R-Line 4MOTION.

Pelanggan hadir di Malaysia Autoshow akan menerima lebih banyak ganjaran kerana Volkswagen kini menawarkan promosi istimewa iaitu penjimatan sehingga RM36,000. Mereka yang membeli Arteon juga akan menikmati penyelenggaraan percuma selama tujuh tahun.

Bukan itu sahaja, sesiapa yang menempah mana-mana model Volkswagen pada acara Malaysia Autoshow berpeluang untuk memenangi percutian mewah yang ditanggung sepenuhnya untuk dua orang ke The Banjaran Hotsprings Retreat di Ipoh, Perak. Promosi ini juga ditawarkan ke seluruh negara sehingga 31 Mei 2024.

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.volkswagen.com.my.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *