(SEMASA) Majlis Berbuka Puasa KPDNKK Bersama Media

Spread the love

6 Ogos 2012 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi  dan  Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Media dan juga Majlis Penyerahan Sumbangan kepada balu-balu serta ahli keluarga rakan media yang telah meninggal dunia semasa bertugas di lapangan kerja masing-masing. Majlis ini diadakan di Hotel Puteri Pan Pacific, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh rakan-rakan media dikesemua  lapisan media tidak kira dari media cetak atau media eletronik serta media-media online serta bloggers-bloggers. Tujuan utama majlis ini diadakan untuk menjalinkan serta mengeratkan perhubungan diantara pihak kementerian dan menghargai sumbangan kesemua golongan lapisan pengamal media kepada usaha dan liputan media terhadap semua aktiviti kementerian. Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi  dan  Kepenggunaan (KPDNKK) iaitu Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob .

kredit gambar : FAP images

kredit artikel : FA


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *