(SEMASA) MEIZU Perkenal Pro 6 Plus dan M5 Note di Malaysia

Spread the love

KUALA LUMPUR, 13 APRIL – Meizu, yang merupakan salah sebuah syarikat pengeluar telefon pintar paling laris di dunia yang mula meneroka pasaran Malaysia dengan dengan telefon M3s dan M3 Note hari ini memperkenalkan model Pro 6 Plus dan M5 Note sebagai tambahan kepada barisan produk yang sedia ada di negara ini yang diedarkan secara eksklusif oleh Dynamics Distribution Sdn. Bhd.

Meizu yang diasaskan pada 2003 telah menjadi salah sebuah pengeluar telefon paling berpengaruh di dunia. Syarikat berkenaan baru-baru ini telah menerima pelaburan berjumlah USD650 serta sumber dan sokongan dalam bidang e-perniagaan, Internet, perkhidmatan Internet mudah alih, analisis data serta sistem pembayaran daripada Alibaba Group Holding Ltd. dalam satu usaha sama yang strategik.

Telefon-telefon keluaran Meizu dikenali dengan beratnya yang ringan, rekabentuk yang selesa, kualiti bunyi premium, kamera berdefinisi tinggi, serta interface yang ringkas tetapi anggun yang menggabungkan prestasi, ciri mudah guna dan fungsi serta ketahanan yang diperlukan bagi penggunaan harian.

Sambutan terhadap produk-produk Meizu telah mendorong para peminatnya untuk menjadikan jenama berkenaan sebagai satu simbol ikon budaya. Pada 2009, Meizu telah menjadikan para penggunanya sebagai nilai asas jenama berkenaan yang membawa kepada penubuhan MY+ (komuniti dalam dan luar talian peminat Meizu). Ketika ini MY+ mempunyai keahlian sebanyak 2 juta ahli 50 bandaraya di lebih dari 40 buah negara.

Malaysia merupakan pasaran terbaharu Meizu dan menjadi tambahan kepada jaringan antarabangsanya di Eropah, Asia Tenggara, Timur Tengah, Asia Tengah dan Oceania.

Pengarah Rantau Asia Pasifik, Meizu Technolgy, En. Gary Xu berkata, pihaknya amat teruja dengan pasaran Malaysia.

“Trend menunjukkan bahawa Asia sedang mendahului dunia dalam adaptasi dan penggunaan telefon pintar. Malaysia telah kami pilih sebagai titik mula pelaburan untuk pasaran rantau Asia Tenggara.

“Meizu yang bermula dengan memenuhi dan menerokai keperluan pengguna kini menumpukan usaha untuk memperhebatkan lagi pengalaman pengguna bagj memenuhi keperluan bukan sahaja dari sudut fungsi malah kami juga membawakan seni dan keindahan dalam setiap produk Meizu dan ini merupakan satu lonjakan besar dalam memperhalusi pengalaman pengguna telefon pintar tradisional yang mana kami percaya telah menjadikan jenama kami lebih mudah untuk memasuki dan diperkenalkan di pasaran Malaysia,” kata En. Gary.

Kenyataan beliau disokong oleh pengarah urusan Dynamics Distribution Sdn Bhd., Steven Tan.

“Kami amat berbangga terpilih sebagai pengedar eksklusif bagi telefon pintar MEIZU di Malaysia. Pasukan kami amat yakin dengan ciri-ciri unik MEIZU seperti Flyme dan mBack, yang kami percaya akan membawa pengalaman baharu kepada pengguna Malaysia,” jelas beliau.

Flyme, Nadi Produk MEIZU

Flyme ialah sistem operasi telefon mudah alih yang direka khusus oleh Meizu berdasarkan sistem operasi Android. Sebagai teras kepada telefon-telefon Meizu, Flyme menjadi “nadi kepada produk-produk Meizu” yang mana rekabentuk sistemnya yang tersendiri dan menarik memberikan pengalaman layaran yang menyeronokkan dengan animasi yang lincah dan halus. Dengan ciri-ciri utama seperti aplikasi yang direka bentuk semula sepenuhnya, penggunaan satu tangan dan mengoptimakan prestasinya, Flyme dicipta untuk memberikan para pengguna telefon pintar yang ringan dan lancar penggunaannya.

Fungsi mBack merupakan satu inovasi besar dalam sistem Flyme yang membolehkan operasi kekunci “home”, “back” dan operasi imbasan cap jari dengan hanya menggunakan satu butang fizikal yang memberikan pengguna satu sistem dengan fungsi yang amat berkuasa tetapi ringlas operasinya yang amat sesuai dengan kesibukan hidup ketika ini.

Sementara itu, enjin kepintaran buatan One Mind pula mampu menyesuaikan prestasi sistem mengikut kegemaran pengguna. Ia boleh mengenalpasti aplikasi kegemaran pengguna dan menetapkan sumber tambahan kepada aplikasi berkenaan untuk menjadikannya berjalan dengan lebih lancar. Lebih 400 ciri baharu telah ditambah kepada Flyme 6, termasuklah proses tangkapan gambar yang diperbaharui serta pembantu carian telefon hilang yang dikemaskini.

MEIZU Pro 6 Plus (harga jualan: RM1,999)

Digelar sebagai “Lebih Kuat Daripada Biasa” MEIZU Pro 6 Plus bakal menarik perhatian dengan binaan badan keluli tunggal berserta reka bentuk arca mikro yang menawan juga lengkongan badan yang direka bentuk semula dan telah melalui 30 langkah dan 150 jam kerja tangan halus. Jika anda mengalihkan pandangan terlalu cepat anda akan terlepas pandang perincian unik dan halus seperti garisan CD kamera, lingkaran lampu flash dan rekabentuk antena yang minimalis.

Disebalik badan keluli tunggal berkenaan terdapat pemproses sepantas kilat Exynos 8 berfrekuensi 2.0 GHz yang digabungkan dengan Senibina SCI Samsung juga GPU yang berkuasa dala, satu cip yang boleh mengendalikan apa jua aplikasi besar atau berat yang anda gunakan.

Sebagai tambahan kepada skrin selebar 5.7 inci, PRO 6 dipadankan dengan resolusi Quad HD 2K. Modul screen berkenaan hanya setebal 1.65 mm, tetapi ia cukup tebal untuk menunjukkan gilapannya. Ditambah pula dengan paparan Samsung Super AMOLED, skrin berkenaan boleh dilihat dari mana-mana sudut dengan paparan warna yang terang dan jelas.

Ianya turut dilengkapi dengan kamera belakang 12 megapiksel yang mampu mengambil gambar biasa dan malam yang tajam dengan penstabil imej optikal 4 paksi, apetur f/2.0 yang lebih besar, bulatan lampu flash 10-LED dan lensa 6P. Generasi terbaharu pemproses imej ISP berprestasi tingginya memperbaiki penghasilan semula warna, ketajaman dan mengurangkan gangguan kepada gambar dan video.

Inovasi lain yang ketara daripada Meizu adalah inovasi cetakan 3D yang menunjukkan prebiu aplikasi dengan menekan ikonnya. Ia juga mempunyai pengimbas cap jari yang telah dioptimakan bagi membolehkan imbasan cap jari yang lebih pantas. Peranti ini menggunakan piawai USB terkini dan bukannya USB mikro lama iaitu Type-C dan USB 3.1 yang menyokong transmisi jalur lebar 5 Gbps dan teknologi pengecas pantas Meizu. Pengecas mikro merupakan satu lagi inovasi terkini Meizu yang mampu mengecas dengan pantas betri dengan jumlah kapasiti 3400 mAH yang mana pengecasan selama 30 minit akan dapat mengecas bateri berkenaan sebanyak 60 peratus dengan pantas, mudah dan selamat.

MEIZU M5 Note (Retail Price: RM849)

Seperti yang digambarkan oleh cogan katanya “Lebih Prestasi, Lebih Cantik” MEIZU Note 5  dilengkapi dengan badan keluli semua dalam satu, dengan pilihan warna Emas Champangne, Kelabu dan Perak. Garisan antena baharunya menjadikan M5 Note kelihatan lebih menarik dan bergaya berbanding peranti siri M yang lain. Kemasan 12 langkah sandblasting menjadikan M5 Note selesa dipegang. Kualiti bunyinya diperhebatkan lagi dengan lubang keluar berpetak yang unik yang direka bentuk menggunakan ketepatan CNC bagi menghasilkan bunyi yang lebih sekata dan semulajadi.

M5 Note didatangkan dengan paparan 5.5 inci Full HD yang menawarkan pengalaman tontonan dengan kepelbagaian warna, keterangan dan kehalusan yang lebih baik disamping mengurangkan tekanan kepada mata melalui mood perlindungan mata. Sisi lengkung menggunakan kaca 2.5D menjadikan M5 Note peranti yang amat menyeronokkan untuk diguna.

Peranti ini juga dilengkapi dengan generasi terkini pemproses 64-bit lapan teras yang memberikan tahap frekuensi tertinggi sehingga 1.8 GHz serta 3GB RAM bersama storan 32GB yang bersesuaian dengan pilihan pengguna.

Walaupun hanya setebal 8.1 mm, M5 Note menawarkan bateri berkapasiti 4000mAh yang dilengkapi dengan teknologi bateri terbaik yang sedia ada untuk mencapai prestasi yang unik dalam kelas harganya.

M5 Note juga didatangkan dengan generasi terbaharu teknologi pengecasan pantas. Disokong dengan tenaga 18W, MEIZU M5 Note hanya mengambil masa 90 minit untuk dicas, 40% lebih pantas berbanding model-model sebelum ini. Peranti ini juga mempunyai pengesan cap jari yang boleh anda gunakan untuk membukanya selain menyempurnakan pembayaran mudah alih.

Untuk maklumat lanjut dan spesifikasi lain telefon-telefon pintar Meizu, sila lawati laman web mereka di pautan https://www.meizu.com.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *