Lebih 50,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang kini sedang menduduki peperiksaan yang ditangguhkan berbulan lamanya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan telah diberikan suntikan tenaga dengan bekalan seminggu minuman berkhasiat MILO® UHT. Kejutan dibuat oleh MILO® baru-baru ini di sekolah-sekolah yang berkenaan ketika para pelajar kembali ke sekolah setelah untuk menghadapi minggu pertama peperiksaan.
Tahun 2020 amat mencabar bagi para pelajar yang terpaksa membiasakan diri dengan norma baharu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah dan mengikuti kelas dalam talian, dengan waktu pengajaran dan pembelajaran bersemuka dengan guru-guru mereka yang terhad dan singkat. Impak ini khususnya dirasai para pelajar Tingkatan Lima yang bukan sahaja tidak dapat menghabiskan tahun terakhir mereka di sekolah menengah dengan rakan-rakan, malah membataskan peluang untuk memanfaatkan tempoh penting dalam kehidupan mereka ini.
Demi menyuntik semangat ke dalam pelajar-pelajar ini ketika mengharungi saat genting peperiksaan, MILO® telah menyediakan bekalan minuman kotak UHT yang mengandungi gabungan khasiat yang unik bagi membantu membekalkan tenaga yang diperlukan untuk membantu mereka terus menumpukan fokus semasa peperiksaan.
Menurut Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan – MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad, “Penjagaan nutrisi dengan baik amat penting lebih-lebih lagi ketika menghadapi situasi yang tidak pernah dialami seumpama ini. Justeru, kami komited meneruskan peranan untuk membekalkan kebaikan khasiat dan tenaga MILO® agar para pelajar dapat meneruskan perjuangan menuju garisan penamat.”
Mengulas lebih lanjut, “Situasi unik ini juga membuktikan kecekalan dan kesungguhan para pelajar. Walau kesabaran mereka diuji, semangat juara takkan gentar sedikitpun tidak luntur. Semoga nilai-nilai murni ini mendorong mereka untuk mencapai kejayaan baik dalam peperiksaan mahupun masa hadapan.”
Tuan Haji Izmi bin Haji Ismail, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor berkata pihaknya amat menghargai inisiatif MILO®️ dalam menyumbangkan minuman percuma kepada 25,000 murid-murid terpilih di negeri tersebut. “Usaha ini dilihat sebagai satu tanggungjawab sosial korporat pihak MILO®️ dalam membekalkan minuman berkhasiat untuk manfaat murid-murid yang menduduki SPM agar kekal sihat dan cergas,” tambah beliau.
Sementara itu, salah seorang penerima sumbangan dari SMK Seksyen 8 Kota Damansara, Adrina Sophea binti Ahmad Fadzil berkata, “Menduduki peperiksaan dengan perut kosong memang tidak digalakkan. Oleh itu, saya minum MILO®️ untuk sarapan pagi supaya saya dapat menumpukan fokus dengan lebih baik sewaktu menjawab soalan. Sokongan MILO®️ amat saya hargai.”
Mudah dipadankan dengan hidangan yang seimbang, MILO® UHT diperbuat daripada kebaikan malt barli, susu dan koko, serta mengandungi gabungan vitamin dan mineral penting untuk membantu membebaskan tenaga daripada makanan. Selari dengan matlamat jenamanya, MILO® menyokong rakyat Malaysia dalam mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif menerusi pelbagai inisiatif sukan di peringkat akar umbi.
Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan khasiatdan tenaga MILO®, layari https://www.milo.com.my/