(SEMASA) MTPN iktiraf 32 elit korporat, perkenal 5 teras idea pengguna kosmopolitan      

Spread the love

Johor Bahru – Anugerah Pilihan Pengguna Malaysia (Consumers’ Choice Award, CCA) dan Tokoh Pintar Terbaik (Best Intelligent Figures, BIF) mengiktiraf pemimpin korporat dari pelbagai bidang, menghargai usaha mereka dalam menyumbang kepada masyarakat dan menyediakan produk serta perkhidmatan berkualiti kepada pengguna.

Anugerah Pilihan Pengguna Malaysia adalah hasil usaha Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) untuk menaikkan jenama dan syarikat yang menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti untuk pengguna di pasaran.

Seramai 32 elit korporat telah meraih anugerah tersebut. Selain itu, 20 elit lagi berjaya mencapai Tokoh Pintar Terbaik. Majlis anugerah ini merupakan anjuran bersama Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) dan China Press, dengan matlamat untuk memilih elit korporat yang memiliki kebijaksanaan, kepintaran dan IQ yang tinggi.

Malam anugerah yang diadakan dengan meriah ini berlangsung di Restoran Loon Sing Taman Daya Johor, dengan kehadiran wakil rasmi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Yang Berbahagia Tuan Haji Alaodeen bin Hameed, Setiausaha Agung World Humanitarian Drive (WHD), Prof Dato Dr GP Doraisamy a/l Govindasamy, Presiden Kebangsaan MTPN, Dato’ Paduka Dr. Kevy KV Yeo dan Pengurus besar Media Chinese International Limited, Vincent Lee.

Yang Dipertua MTPN Johor, Noorman Kamsani dalam ucapannya berkata, 8 hak pengguna yang diperkenalkan pada tahun 1983 sempena Hari Pengguna Sedunia perlulah diperhalusi dan seiring dengan perubahan semasa era digital.

“Saya ingin berkongsi idea yang dilhamkan oleh Ybhg Dato’ Paduka Dr. Kevy KV Yeo dibantu oleh Tuan Alston Tan Chaw Xian ini akan diperkenalkan sebagai langkah baharu yang merujuk kepada pandangan atau sikap yang menekankan pada keuniversalan, inklusiviti, dan pemahaman saling menghormati antara individu atau kumpulan dari pelbagai budaya, bangsa, atau latar belakang.

“Pengguna Kosmopolitanisme mencari peluang untuk belajar dari kepelbagaian, memupuk pemahaman antarabangsa, dan menghargai perspektif global dalam interaksi kehidupan mereka” katanya.

Jelasnya lagi, Dasar kosmopolitanisme pengguna ini akan melibatkan penekanan pada keadilan, hak asasi manusia, dan penyesuaian kepada keperluan pelbagai komuniti. Kesedaran terhadap budaya dan nilai-nilai global yang akan diintegrasikan untuk memastikan penggunaan yang bertanggungjawab dan memperkaya pengalaman digital.

5 teras ekologi yang telah digariskan MTPN merangkumi; ekologi pendidikan, ekologi dasar, ekologi budaya, ekologi ekonomi dan ekologi pengguna.

“Kesemua 5 elemen ekologi ini akan memberi petunjuk kepada sebuah indikator yang besar secara keseluruhannya yang dapat memberi keseimbangan kepada sebuah gagasan komuniti pengguna yang lebih harmoni dan adil kepada semua bangsa” ujarnya lagi.

Selaras itu, MTPN berharap anugerah ini dapat meningkatkan keyakinan pengguna terhadap syarikat dan jenama tempatan, serta meningkatkan taraf ekonomi negara.

Disamping itu, MTPN turut menyeru kepada semua pihak untuk bekerjasama dengannya, menjadikan Majlis Tindakan Pengguna Negara sebagai standard penilaian kualiti oleh pengguna.

Selain itu, Presiden Kebangsaan MTPN,  Dato’ Paduka Dr. Kevy KV Yeo menambah bahawa pihak penganjur telah menerima sebanyak 181 permohonan pencalonan tetapi hanya 32 syarikat dan 20 elit perniagaan baru layak dipilih. Walau bagainmanapun, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua calon atas penyertaan aktif dan sumbangan mereka kepada masyarakat.

Beliau juga berkata bahawa pembangunan sebuah syarikat yang kukuh dan besar memerlukan jalinan rangkaian perniagaan bagi menggalakkan kerjasama perniagaan dan perkongsian pengalaman serta sumber. Oleh itu, beliau percaya bahawa BIF dan CCA akan menjadi sokongan terbaik untuk golongan elit korporat.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *