(SEMASA) KOLEKSI RYANEES – HIJAB FOR TRAVELERS

Spread the love

Jenama RYANEES adalah berasal dari nama ‘RYAN’ iaitu anak tunggal pengasas RYANEES dan gabungan nama pengasas ‘RinEE’ dan suami pengasas ‘Syahrein’. RYAN adalah faktor utama RYANEES diwujudkan di mana pengasas berhasrat untuk meninggalkan legasi RYANEES kepadanya suatu hari nanti.
RYANEES ditubuhkan pada bulan Februari 2016. Operasi perniagaan bermula dari sebuah bilik di SOHO di Shah Alam, Selangor yang agak kecil. Setelah perniagaan semakin berkembang, RYANEES kini beroperasi dari sebuah butik yang juga di Shah Alam, Selangor.

Tagline RYANEES iaitu ‘Hijab for Travelers’ telah didaftarkan di MyIPO Kuala Lumpur pada tahun 2017. Hijab RYANEES adalah diperbuat daripada sejenis kain kapas berkait (‘knitted cotton’) yang tidak kedut dan ia merupakan hijab separa instant (‘semi instant’). Cara pemakaian asas adalah sarung dan lilit dan ia tidak memerlukan penggunaan pin dan kerongsang. Ciri-ciri hijab begini amat sesuai untuk wanita yang mementingkan kesenangan dan keselesaan dalam pemakaian hijab.

Fokus utama pasaran RYANEES adalah golongan wanita yang gemar melancong di antara umur 25 sehingga 55 tahun. Oleh kerana faktor ini, nama-nama koleksi design RYANEES adalah berdasarkan nama bandar-bandar yang pernah dilawati oleh pengasas sejak tahun 1993 sehingga sekarang iaitu sebanyak 44 negara dalam masa 25 tahun. Setakat ini, koleksi design RYANEES adalah sebanyak 137 design yang dinamakan bersempena nama bandar-bandar ini. Konsep pemasaran begini adalah unik dan menarik perhatian yang belum pernah digunakan oleh mana-mana jenama hijab lain di Malaysia.

Untuk menekankan lagi kaitan antara aktiviti melancong dan RYANEES, RYANEES mengadakan pertandingan ‘Ingat Travel, Ingat RYANEES’ secara berterusan di mana pelanggan RYANEES yang mengambil gambar ketika melancong dengan memakai design RYANEES yang mempunyai nama yang sama dengan bandar yang dilawati, akan memenangi hadiah hijab dari RYANEES.

Kaedah jualan RYANEES adalah menggunakan konsep borong kepada Ejen dan Ejen Dropship di mana mereka menjual secara online atau offline kepada pelanggan atau kepada ejen-ejen di bawah mereka iaitu ‘sub-agent’ di negeri atau kawasan masing-masing. Pembelian boleh juga dibuat secara retail di butik RYANEES.

Setakat ini, RYANEES mempunyai lebih 150 ejen yang berdaftar dari seluruh Malaysia, Singapore dan Brunei. Jumlah ini tidak termasuk ejen-ejen di bawah ejen iaitu ‘sub-agent’.

Di antara kelebihan-kelebihan menjadi ejen RYANEES adalah:
– Kadar keuntungan hasil jualan yang tinggi bergantung kepada ‘sales volume’
– Senarai design terkini dan senarai stok yang ada yang dihantar setiap hari
– Masa kerja dan cara jualan yang fleksibel di mana mereka boleh menjual secara online dan offline
– Ganjaran untuk hasil jualan tertinggi setiap bulan
– Ganjaran untuk hasil jualan tertinggi setiap tahun untuk 3 ejen

Untuk tahun 2017, RYANEES memberi 2 tiket penerbangan ke London, Sydney dan Hong Kong untuk setiap 3 ejen ini.

Untuk tujuan mempromosikan dan memperkenalkan lagi RYANEES, penyanyi dan pelakon Linda Rafar telah diambil sebagai duta RYANEES pada bulan Oktober 2017. Linda Rafar dipilih kerana beliau masih dikenali ramai dengan jumlah pengikut di laman sosial yang tinggi dan juga kerana peribadi dan rupa paras yang menarik; bersesuaian dengan imej wanita berhijab yang mahu diketengahkan oleh RYANEES. Linda Rafar juga baru sahaja mengeluarkan single terbarunya ‘Satu Lagi’ beberapa bulan yang lalu yang ditujukan khas untuk arwah anak beliau. Bersesuaian dengan konsep hijab untuk wanita yang gemar melancong, RYANEES telah membawa Linda Rafar ke India pada tahun lepas dan Morocco pada tahun ini untuk tujuan rakaman video dan TV.

RYANEES pernah dipaparkan di beberapa media cetak iaitu:
– Hijab Fesyen, Hijabista, Mingguan Wanita, Jelita, dan Harian Metro
Di televisyen pula, RYANEES muncul di:
– TV Alhijrah untuk program capsule ‘Bubur Lambuk International’ di Rabat, Morocco yang disiarkan pada bulan Ramadhan yang lalu.

Untuk Drama TV, antara pelakon wanita yang pernah memakai RYANEES adalah:
o Catriona Ross untuk drama ‘Jangan Padam Rindu’ (TV1 RTM, Jun 2018)
o Linda Rafar untuk drama ‘Cinta Fatamorgana’ (slot Akasia TV3, Apr 2018)
o Liza Rafar untuk drama ‘Zahir Tak Terucap’ (slot Akasia TV3, Mac 2018)
o Farisya Irwayu untuk drama ‘Tiada Arah Jodoh Kita’ (slot Akasia TV3, Feb 2018)
o Farisya Irwayu untuk drama ‘Cinta Hati Batu’ (slot Lestary TV3, Dis 2017)
o Noniswara untuk drama ‘Jurnal Suraya’ (slot Zehra TV3, Nov 2017)
o Kay Maria untuk drama ‘Sein & Luna’ (slot Lestary TV3, Dis 2016)
o Wan Sharmila untuk drama ‘7 Hari Mencintaiku’ (slot Akasia TV3, Nov 2016)

RYANEES juga muncul di stesen Radio KoolFM.

Untuk media sosial, RYANEES mempunyai Twitter, Facebook dan Instagram ‘ryanees2016’. ‘Ryanees Hijab for Travelers’ pula adalah YouTube channel untuk RYANEES.

RYANEES merupakan ahli Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan dan Profesyen Malaysia yang juga dikenali sebagai Peniagawati. Peniagawati adalah persatuan yang membangunkan usahawan Bumiputera di dalam perniagaan dan profesyen dari segi kuantiti dan kualiti serta meningkatkan taraf kehidupan wanita.

RYANEES akan menyertai ‘Malaysia Fashion & Business Mission to New York 2018’ pada bulan September ini di New York City, USA di bawah Peniagawati dengan sokongan dari pihak MATRADE (Malaysian External Trade Development Corporation) di dalam usaha untuk memperkenalkan RYANEES di luar negara.

Pihak RYANEES ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para tetamu dan media yang hadir pada majlis ‘Riang Ria Raya Ryanees’ bertemakan songket yang diadakan di The Majestic Hotel Kuala Lumpur pada 6 Julai 2018 baru-baru ini.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *