KUALA LUMPUR, 27 September 2022 – Kira-kira hampir 8,500 unit kediaman dan pejabat untuk kuota Bumiputera ditawarkan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bermula dari RM200,000 ke atas. Program pemilikan kediaman BPEX Satu (1) Rumah Satu Keluarga Bumiputera Malaysia membawa pakej-pakej yang menarik terutama untuk golongan B40 dan M40 yang mana satu (1) inisiatif Pembiayaan Perumahan iaitu I-biaya akan memudahkan golongan ini memiliki kediaman di Lembah Klang yang mana Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) inisiatif dari Kementerian Kewangan bertujuan untuk membantu golongan yang tiada pendapatan tetap dan tiada slip gaji untuk memiliki rumah pertama mereka, seperti pemandu teksi, golongan petani dan perusahan kecil yang boleh memiliki rumah maksima berharga RM 400, 000.
Selain itu, Skim Rumah Pertamaku (SRP) oleh Cagamas juga akan membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah dengan kolaborasi bersama bank-bank yang terlibat seperti Maybank, Bank Muamalat, Bank Islam, dan Bank Rakyat dengan pembiayaan sebanyak 110 peratus dengan tiada bayaran pendahuluan. Selain itu, pilihan yang lain ialah Skim PRIMA Sewa Beli (RTO) yang mana mereka yang berpendapatan rendah berminat untuk menyewa dahulu dan kemudian baru membeli serta memilikinya. Kaum Bumiputera boleh merebut peluang ini selagi unit-unit masih ada dan inisiatif-inisiatif ini masih dikekalkan. Siapa cepat dia dapat.
Tujuan utama pameran ini adalah untuk meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam bidang hartanah dan menggalakkan Kaum Bumiputera khususnya orang Melayu, celik hartanah dan menyahut aspirasi kerajaan untuk meningkatkan pemilikan hartanah Bumiputera sebanyak 30 peratus hingga 60 peratus. Pembeli Bumiputera dapat membuat pelbagai pilihan hartanah dan menikmati harga promosi kuota Bumiputera dan juga diskaun sehingga 20 peratus serta rebat-rebat diskaun yang tinggi bagi memudahkan pembeli. Promosi lain berupa subsidi percuma perjanjian jual beli, setem duti dan pelbagai lagi seperti kelengkapan kabinet dapur, baucar perabot dan peralatan elektrikal percuma juga akan di sediakan oleh pemaju yang mengambil bahagian.
Dipetik daripada kenyataan Utusan Malaysia beberapa hari yang lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican berkata, di bawah program HOPE, kerajaan turut memperkenalkan inisiatif pemilikan perumahan Keluarga Malaysia (i-Miliki) melibatkan pemberian inisiatif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama mengikut kadar harga rumah. Bagi rumah berharga RM500,000 dan ke bawah, insentif pengecualian duti setem adalah sebanyak 100 peratus manakala rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta, insentif pengecualian sebanyak 50 peratus.
Ada 55 pemaju bakal mempamerkan unit kediaman masing-masing di mana 25 daripadanya dari Kuala Lumpur dan 30 dari Selangor. Antara pemaju yang terlibat dengan pameran ini adalah S SP Setia, Platinum Victory, PKNS, Mah Sing, Malton Berhad, OCR Group Berhad, MCT Berhad, IJM Corporation Berhad, UEM Sunrise, EUPE Corporation Berhad, MKH Berhad, Glomac Group, TS Law dan Sky World Development.
Pameran BPEX ini mendapat perhatian dan sokongon Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), yang mana majlis pembukaan pameran ini akan di rasmikan oleh YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd. Muttalib, Timbalan Menteri Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 1hb Oktober 2022 jam 5.30 petang dan majlis penutupan akan dihadiri oleh YB Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan pada 2hb Oktober 2022 jam 8.00 malam.
Anak-anak muda, yang baru di dalam alam pekerjaan, penjawat-penjawat awam, peniagapeniaga kecil mesti datang dan mengambil peluang hartanah di Lembah Klang dan menimba ilmu inisiatif-inisiatif dari kerajaan dan tawaran-tawaran hebat serta diskaundiskaun oleh pihak pemaju kerana kebanyakan pemaju tidak mengenakan wang pendahuluan yang tinggi untuk memiliki kediaman.
Pameran BPEX Satu Rumah Satu Keluarga Bumiputera Malaysia — Promosi akan di adakan pada 1 & 2 Oktober 2022 bertempat di Dewan 3, Pusat Pameran Mid Valley dari jam 11 pagi hingga 9 malam.
Kami boleh dihubungi di talian 03-4142 3658 atau 03-4142 1151 untuk mendapat maklumat lanjut.