(SEMASA) PEJABAT BARU MFORCE KUALA LUMPUR DIRASMIKAN, PUSAT SERVIS MOTOSIKAL TERBESAR DI MALAYSIA.

Spread the love

KUALA LUMPUR, 1 FEBRUARI 2026 – Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mencatat satu pencapaian penting bagi suku pertama tahun 2026 menerusi Majlis Perasmian Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur yang terletak di Segambut.

Dengan keluasan keseluruhan 77,000 kaki persegi, fasiliti Mforce Kuala Lumpur kini merupakan pusat servis motosikal terbesar di Malaysia, direka bagi menyokong kapasiti penyelenggaraan berskala tinggi serta meningkatkan kecekapan operasi.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Datuk Wee Hong, Pengerusi Malaysia Motorcycle & Scooter Dealers Association (MMSDA). Turut hadir ialah barisan pengurusan tertinggi Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Dato’     Sri     Tan     Lean     Heah,     Pengarah     Urusan,     bersama     Asri     Ahmad, Ketua Pegawai Operasi; Tang Hai Teik, Pengurus Jualan Kanan; Alex Lim Juinn Han, Pengurus Jualan; serta Woon Huey Li, Pengurus Jualan.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran rakan prinsipal Mforce dari global, Tuan Muhammad Zameer Bin Zahur  Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd., wakil media, Mforce Premium Outlet, pengedar dan stokis Mforce, rakan perniagaan daripada institusi kredit, para tetamu jemputan serta komuniti dan kelab motosikal Mforce.

Berteraskan konsep pusat sehenti, Mforce Kuala Lumpur menawarkan rangkaian kemudahan komprehensif termasuk ruang pameran Mforce Gallery yang mempamerkan 16 susun atur pelbagai jenama di bawah Mforce, ruang menunggu pelanggan yang luas dan selesa, CR Café, restoran, pusat alat ganti serta gudang penyimpanan alat ganti bagi rangkaian produk Mforce.

Cawangan terbaharu ini turut dilengkapi Motorcycle Inspection Test Bench bernilai RM1.5 juta, yang membolehkan pemeriksaan menyeluruh terhadap aspek keselamatan dan keadaan motosikal termasuk sistem brek, pencahayaan serta penjajaran badan, sejajar dengan piawaian industri.

Kemudahan sokongan lain seperti surau, tandas, ruang menunggu pelanggan serta ruang pameran dan jualan produk LS2 dan Mforce Oil turut disediakan bagi melengkapkan pengalaman pelanggan yang lebih menyeluruh.

Keseluruhan kos pembinaan fasiliti ini mencecah RM40 juta, sekali gus mencerminkan komitmen jangka panjang Mforce dalam memperkukuh rangkaian perkhidmatan serta sokongan selepas jualan. Fasiliti ini dijangka mula beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat.

Dalam majlis yang sama, Mforce turut melancarkan model dwi-fungsi terbaharu, CFMOTO 250 Dual, sekali gus memperkukuh barisan produk syarikat di pasaran tempatan.

Seiring dengan pelancaran tersebut, Ketua Pegawai Operasi Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd., Asri Ahmad, turut mengumumkan cadangan penubuhan program “Mforce Experience Club”, yang bertujuan menyokong aktiviti kelab motosikal Mforce serta menjadi saluran penyampaian maklumat berkaitan produk dan perkhidmatan terkini. Pendaftaran keahlian secara dalam talian akan dibuka bermula 15 Februari 2026.

Mforce juga mengumumkan penganjuran cabutan bertuah khas untuk semua ahli Mforce Experience Club sempena Malaysia Bike Show 2026 yang akan berlangsung pada bulan Mei di MAEP, Serdang. Sebanyak lima unit motosikal pelbagai model akan ditawarkan sebagai hadiah kepada ahli bertuah.

Perasmian Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce Kuala Lumpur ini mencerminkan komitmen berterusan Mforce dalam meningkatkan tahap perkhidmatan, kualiti serta pengalaman pelanggan di Malaysia.

Alamat Pejabat & Pusat Servis Mforce Kuala Lumpur:

46 & 48, Jalan Segambut Tengah,

Taman Segambut, 51200 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *