(SEMASA) Pelancaran “Dmel Perfume” Teman Wangi Sepanjang Hari Anda

KUALA  LUMPUR  Dimel Perfume  dilhamkan oleh Sanie Abdul Rahman yang menjadikan minyak wangi  sebagai satu permulaan  beliau melangkah  jauh ke dunia perniagaan. Memilih minyak wangi sebagai produk pertama yang dipasarkan oleh syarikat miliknya Dmel Rahman Resources kerana  beliau sendiri  seorang wanita yang  menyukai wangian.

Untuk  permulaan, Sanie memasarkan enam jenis minyak wangi, tiga untuk lelaki dan tiga untuk wanita.

Men Perfume by Dmel Rahman( RrB 40ml RM 64.90, CHASE 30ml RM 54.90, TRUST 30ml RM 54.90), sementara untuk wanita,  

Women Perfume by Dmel Rahman, (SCENTS 40ml RM 64.90, SHINE 30ml RM 54.90, LOVELY 30ml) RM 54.90).

 

Sebagai pengasas, Sanie menegaskan bahawa sebagai permulaan rangkaian Dmel Perfume memfokus kepada enam jenis wangian wangian untuk lelaki dan wanita sebagai permulaan.

 

“Saya percaya dan yakin bahawa perniagaan ini boleh pergi jauh sehingga ke peringkat antarabangsa kerana minyak wangi ada keperluan sebagai teman yakin diri semua orang walau di mana juga berada.

“Untuk lelaki, rangkaian Men Perfume by Dmel Rahman, Chase, Trust dan RrB adalah inspirasi dari kepercayaan, yakin diri dalam mengejar impian. Sementara rangkaian Women Perfume by Dmel Rahman, Scents, Shine dan Lovely adalah lambang peribadi wanita yang penuh kasih sayang, yakin dengan gerak hati dan sangat menghargai cinta,” jelas Sanie di majlis pelancaran Dmel Perfume di salah sebuah hotel di ibu negara baru-baru ini.

 

Di majlis itu juga, Sanie yakin selain baunya yang harum, Dmel Perfume yang halal dan boleh dibawa untuk solat adalah satu kelebihan untuk pengguna muslim menggunakannya tanpa ragu-ragu.

 

“Ditambah pula, dengan harga yang berpatutan, bau yang tahan lebih lapan jam  dan kemasan botol yang cantik dan mudah digunakan, Dmel sangat berbaloi, ia pasti memikat pengguna minyak wangi tempatan,” ungkap Sanie yakin Dmel Perfume mampu mencuri perhatian dan bersaing secara sihat dengan minyak wangi lain yang ada di pasaran.

 

Ditanya, tidakkah beliau bimbang senario semasa di mana terdapat pelbagai minyak wangi di pasaran sekarang. Sanie mempunyai pandangannya tersendiri, beliau mengambil senario itu sebagai satu cabaran untuknya bersaing secara sihat dalam perniagaan minyak wangi.

 

“Saingan, satu cabaran sihat. Semua ini mendesak saya untuk bekerja lebih kuat dan lebih kreatif  dalam plan pemasaran. Dan saya yakin setiap produk itu ada kelebihan tersendiri.

 

“Lebih penting lagi, bila banyak minyak wangi di pasaran, lebih variasi pilihan pengguna untuk memilih minyak wangi,”ujarnya lagi.

Sebelum mengakhiri majlis, ibu kepada dua cahayamata ini sudah pun mempunyai perancangan untuk mengeluarkan produk seterusnya. Beliau hanya mengatakan, produk tersebut juga berkaitan dengan kecantikan, kerana sebagai wanita tahu bahawa wanita dan kecantikan berpisah tiada.

 

……

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Dmel Rahman Resorces di talian 0129075382 atau terus ke Facebook: Dmelperfume, IG: dmel_perfume, Whatsapp: 019-2761575/ 0129075382 website: www.dmelrahman.com

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *