(SEMASA) Pelancaran Inspirasi Raya 2016 Anzel Scarf By Anzalna & Abang Terlajak Laris (ATL)

Spread the love

3M4A0420PETALING JAYA: Kepesatan perniagaan secara atas talian terutamanya hijab membuatkan pelakon Anzalna Nasir memberanikan diri untuk menceburi bidang perniagaan hijab.  Selain ingin memberi ruang kepada pengikut dan peminatnya untuk berniaga, Anzalna juga menganggap idea ini dapat memberikan kesempatan buat dirinya untuk berhijab satu hari nanti.

IMG_1447Kekuatan strategi pemasaran Anzel Scarf dapat dilihat apabila jenama ini menggabungkan dua ikon terkemuka negara Anzalna Nasir dan Dato Aliff Syukri, jutawan kosmetik negara.  Ini memberi peluang yang cerah kepada para pengedar Anzel Scarf bagi mendapat latihan secara percuma dan eksklusif daripada Dato Aliff Syukri dan seterusnya meningkatkan jumlah jualan.

3M4A0199-horz

3M4A0080-tileAnzel Scarf menampilkan dua rekaan iaitu plain dan bercorak dengan perincian kristal dengan sebanyak 75 rekaan. Buat masa ini Anzel Scarf mempunyai tujuh master stokis di Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan.

Sementara itu, majlis turut menampilkan jenama baju Abang Terlajak Laris (ATL) pula dengan koleksi terbaharu jubah dan kurta kasual sempena hari raya Aidilfitri akan datang.

3M4A0038-tileJubah ATL menawarkan tiga rekaan terbaik dengan menggunakan kain jenis cotton viscose, manakala Kurta ATL rekaan Fadli Sidek pula menampilkan dua pilihan corak iaitu polos dan batik bercirikan Islamik moden (motif arabesque). Menurut pengasasnya, Dato Aliff Syukri, Jubah ATL menggunakan kain berkualiti tinggi dan sejuk sesuai untuk dipakai mengikut cuaca di negara ini, manakala kurta batik ATL pula menggunakan kaedah batik tumpat.

3M4A0032-vertSelain itu, ATL turut memperkenalkan jubah untuk wanita dan kanak-kanak perempuan yang menampilkan rekaan polos dengan perincian swaroski.  Tidak ketinggalan juga, ATL menampilkan baju kurung model sedondon ibu dan anak yang menggunakan corak abstrak.

Majlis ini turut memperkenalkan jubah Kurta Zukiee yang merupakan inspirasi daripada selebriti media sosial terkenal Zukiee. Jubah itu juga menggunakan kain berkualiti tinggi dan sejuk dipakai.  Menurut Zukiee, dia mendapat ilham apabila ramai anak muda yang gemar memakai fesyen tersebut yang lebih ringgas dan mudah untuk dipakai di mana-mana majlis.  Kurta Zukiee menawarkan tiga rekaan dengan enam warna berbeza semestinya menarik perhatian golongan muda untuk menggayakannya.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *