Petaling Jaya, 5 Mac 2018 – Baru-baru ini, Kedai Ayamas melalui jenama ‘Ayamas Kitchen’ telah melancarkan tiga menu baru rangkaian “Ready-To-Eat” (RTE) yang lazat dan menawarkan pelanggan makanan yang berkualiti di mana-mana dan bila-bila sahaja.
Penambahan menu baru adalah Bihun Goreng Istimewa, Nasi Bijan Ayam Bulgogi, dan Nasi Ayam Kari Hijau Thai, seterusnya menambahkan lebih banyak pilihan kepada rangkaian produk RTE.
“Ayamas Kitchen sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan lagi resipinya untuk menghasilkan lebih banyak pilihan hidangan untuk pelanggan, terutamanya dari golongan muda dan generasi milenium,” kata Rafiq Moosa, Ketua Pegawai Operasi, KARA Holdings Sdn Bhd.
“Produk RTE kami disediakan dalam persekitaran yang bersih serta kawalan kualiti yang tinggi dengan kadar nilai nutrisi yang tepat, selaras dengan idea kami untuk menghasilkan makanan yang lebih sihat serta mengekalkan rasa makanan seperti masakan asli,” katanya.
Menu RTE yang sedia ada dipasaran, iaitu Nasi Briyani Ayam Bukhara, Nasi Pilaf Ayam Mentega dan Nasi Kandar Ayam Masala yang telah dilancarkan pada tahun lepas mendapat sambutan yang positif daripada para pelanggan. Dengan bertemakan “Easy and Delicious”, rangkaian RTE Ayamas Kitchen ini adalah mudah untuk disediakan. Apa yang perlu anda lakukan ialah menebuk bungkusan plastik pada bekas dengan garpu dan panaskannya selama 4 – 5 minit dalam ketuhar gelombang mikro.
Bihun Goreng Istimewa dijual pada harga RM5.90 untuk setiap paket, manakala Nasi Bijan Ayam Bulgogi dan Nasi Kari Hijau Ayam Thai dijual pada harga RM7.90 setiap paket. Rangkaian RTE ini boleh didapati di semua Kedai Ayamas di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai Kedai Ayamas, sila layari laman web www.kedaiayamas.my atau Facebook Kedai Ayamas – Ayamas Roasters.