(SEMASA) Pendakap gigi Angel Aligner Series dan Angel Aligner KiD kini boleh didapati di Malaysia untuk senyuman yang lebih semulajadi

Spread the love

Kuala Lumpur, 23 Ogos 2024 – Kini rakyat Malaysia boleh mendapatkan senyuman impian mereka dengan adanya Angel Aligner dan rangkaian alat ortodontik Angel Aligner KiD mesra kanak-kanak yang baru diperkenalkan sudah boleh didapati di Malaysia.

Dengan lebih daripada 20 tahun pembangunan dan lebih daripada 150 paten yang diintegrasikan dalam rekabentuk inovatifnya, siri Angel Aligner telah menjadi nama yang dikenali dengan hampir satu juta pesakit kini menikmati perubahan senyuman di seluruh dunia sejak diperkenalkan pada tahun 2001. Diperkenalkan di Malaysia oleh Titan Digital Solutions dan dimiliki sepenuhnya oleh Titan Dental Solutions, Angel Aligner Select untuk dewasa dan Angel Aligner KiD yang baharu untuk pesakit kanak-kanak adalah pendakap gigi yang direka khas dan boleh didapati daripada doktor gigi terpilih yang secara perlahan-lahan menggerakkan gigi pesakit ke kedudukan yang betul dalam tempoh tertentu.

Tidak seperti pendakap gigi yang tidak boleh ditanggalkan sepanjang tempoh rawatan, sangat ketara dan tidak selesa dengan risiko makanan terperangkap di antara kerangka pendakap, siri Angel Aligner mudah ditanggalkan untuk makan, direka dengan bahan yang fleksibel justeru menjadikannya selesa dipakai untuk jangka masa yang panjang serta hampir tidak kelihatan apabila dipakai. Ini membolehkan para pengguna tersenyum dengan lebih yakin semasa menggunakannya.

“Siri alat ortodontik Angel Aligner ditujukan untuk orang dewasa yang mencari cara yang selesa dan berkesan untuk membetulkan kedudukan gigi ke standard yang lebih menyenangkan dalam tempoh tertentu manakala siri Angel Aligner KiD yang baru adalah penyelesaian pendakap untuk intervensi awal bagi kanak-kanak,” kata Encik Bruce Arnold, Pengurus Jualan Nasional untuk alat ortodontik Angel Aligner.

Angel Aligner Series dan Angel Aligner KiD yang Baru – Transformasi Senyuman

Ditujukan untuk para remaja dan dewasa, peralatan Angel Aligner Select mampu membetulkan masalah gigi berlapis, gigi jarang, jongang, gigitan silang, gigitan dalam dan gigitan terbuka dengan penggunaan yang teratur dalam tempoh tertentu.

Angel Aligner KiD yang baharu bertujuan untuk digunakan oleh kanak-kanak seawal usia 6 tahun sehingga pertumbuhan gigi kekal mereka dan bertujuan mempengaruhi penjajaran dan pertumbuhan gigi, otot dan rahang yang positif, membetulkan kedudukan gigi yang tidak sejajar atau tidak teratur, memastikan lengkung gigi yang betul, membantu membetulkan pernafasan mulut yang boleh menjejaskan perkembangan rahang dalam tempoh berpanjangan serta memastikan perkembangan otot bibir, lidah dan pipi yang betul untuk penampilan yang baik.

Memandangkan rahang dan gigi kanak-kanak masih berkembang, Angel Aligner KiD boleh digunakan untuk membimbing pertumbuhan normal gigi kekal dan membimbing tulang rahang untuk tumbuh ke arah yang normal, serta membantu membetulkan fungsi lemah yang boleh menjejaskan gigi, tulang muka dan otot.

“Pendakap gigi Angel Aligner KiD yang baru bukan sahaja merupakan penyelesaian pembetulan tetapi juga pencegahan untuk kanak-kanak bagi membantu membimbing pertumbuhan    rahang, gigi dan otot yang ideal,” kata Bruce. “Ibu bapa akan menghargai bahawa pendakap ini hampir tidak kelihatan dan selesa, jadi kanak-kanak boleh memakainya tanpa rasa tidak selesa atau malu semasa di sekolah atau ketika bermain.”

Untuk mencapai keberkesanan dan kesesuaiannya yang unik, Angel Aligner Select dan Angel Aligner KiD yang baharu menggunakan imbasan digital gigi pesakit, foto dan sinar-X bersama dengan pelan rawatan yang telah dimuktamadkan dengan doktor gigi. Selepas pelan rawatan dimuktamadkan, satu set pendakap yang direka khas akan diahasilkan menggunakan teknologi cetakan 3D terkini bersama dengan kecerdasan buatan dan simulasi komputer yang canggih demi memastikan bahawa pendakap itu muat dengan sempurna, memberikan pemakaian yang ketat tetapi selesa serta hampir tidak kelihatan, justeru membolehkan pesakit meneruskan aktiviti harian mereka dengan lebih yakin.

Angel Aligners mampu menggerakkan gigi dengan lembut ke kedudukan ideal dalam tempoh beberapa minggu dengan hasil rawatan yang boleh dijangka dan kelihatan dalam masa enam bulan dengan pesakit menukar kepada pendakap baharu setiap beberapa minggu apabila gigi mencapai kedudukan ideal. Bergantung kepada pelan rawatan, Angel Aligners dipakai setiap hari sekurang-kurangnya 22 jam, hanya ditanggalkan untuk memberus gigi, makan dan minum. Walaupun selepas hasil ideal dicapai, adalah disarankan untuk terus memakai Angel Aligners pada tempoh yang ditentukan oleh doktor gigi bagi memastikan senyuman yang sihat.

Untuk pemakaian terbaik, Angel Aligner Select untuk dewasa mengintegrasikan penggunaan bahan polimer yang boleh menyesuaikan diri dikenali sebagai masterControl S yang fleksibel dan selesa untuk memastikan pemakaian yang lebih baik. Bahan ini bukan sahaja sangat elastik, menghasilkan daya yang berterusan untuk menggerakkan gigi, tetapi ia juga mempunyai permukaan anti-pantulan, menjadikan pendakap tersebut hampir tidak kelihatan apabila dipakai. Pesakit boleh memakainya sepanjang hari tanpa rasa tidak selesa, dan menyatu dengan lancar ke dalam kehidupan harian mereka.

Memandangkan kanak-kanak mempunyai permukaan atas dan saiz gigi yang lebih kecil, Angel Aligner KiD telah direka khas sesuai dengan rahang kanak-kanak serta penyelesaian A6 mandibular advancement pilihan yang membantu membetulkan kedudukan jongang atau rahang bawah yang terlambat.

Ketersediaan Angel Aligner dan Angel Aligner KiD

Pendakap gigi Angel Aligner dan Angel Aligner KiD yang barhau kini boleh didapati di doktor gigi terpilih di Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai siri alat ortodontik Angel Aligner, sila layari https://angelaligner.com.my/

Sila ambil perhatian bahawa siri Angel Aligner tidak tersedia untuk pembelian oleh orang awam dan memerlukan konsultasi dengan doktor gigi. Sila gunakan hanya di bawah bimbingan doktor gigi anda.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *