Pengalaman baru bagi penulis melihat proses pertukaran minyak hitam kenderaan melalui kaedah sedutan. Penulis mendapat jemputan untuk melihat kaedah terkini untuk servis kereta semasa pelancaran pusat service DTox Drive Thru Oil-Change Expert terbaru yang terletak di Wangsa Walk, Kuala Lumpur. DTOX Wangsa Maju mnerupakan cawangan kedua yang dibuka selepas lokasi pertama di Petaling Jaya.
DTOX memperkenalkan pakej-pakej yang berpatutan serendah RM88 untuk minyak mineral sehingga kepada pakej minyak fully sintetik berharga RM268 bagi memenuhi keperluan dan permintaan pemilik kereta yang tidak mempunyai masa yang lama dan sibuk. Waktu yang diperlukan sekitar 10 – 20 minit untuk sebuah kereta yang mana ia meliputi proses pertukaran minyak hitam sehingga lah proses ujian keadaan kereta seperti wiper, lampu, system brek dan tayar kenderaan anda.
Bercakap mengenai proses DTOX, ia merupakan system pertukaran minyak secara sedutan dan bukan seperti kaedah konvensional yang memerlukan kita membuka skru “oil sump” atau tempat takungan minyak hitam untuk membuang minyak hitam yang lama. Kaedah DTOX membolehkan minyak hitam habis di sedut bersama habuk-habuk yang terhasil akibat geseran di dalam enjin kenderaan anda. Untuk makluman pembaca, kereta penulis mempunyai masalah alur skru tangki minyak hitam yang longgar dan dengan menggunakan kaedah DTOX, kereta penulis tidak lagi perlu dibuka skru di bawah takungan minyak kereta dan boleh mengurangkan kerosakan maksima kepada alur lubang skru.
DTox Drive Thru Petaling Jayai dibuka setiap hari seawal jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari bekerja (Isnin sehingga Jumaat) dan jam 8.00 pagi hingga jam 6.00 petang pada hari Sabtu dan Ahad manakala cawangan Dtox Drive Thru Wangsa Maju dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga jam 8.00 malam.
Segala maklumat boleh didapati melalui laman sesawang www.dtox.com.my atau DTox Drive Thru Oil Expert Fanpage https://www.facebook.com/dtoxmalaysia