(SEMASA) PROGRAM MFORCE.CAS: REBAT RM2,400 PERKASA MOBILITI HIJAU UNTUK RAKYAT MALAYSIA.

Spread the love

PULAU PINANG, 1 APRIL 2026 – Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. memperkenalkan program Mforce.Cas, satu inisiatif bagi menggalakkan penggunaan motosikal elektrik melalui pemberian rebat sehingga RM2,400.00 kepada golongam masyarakat.

Program ini diperkenalkan selaras dengan keperluan semasa, khususnya dalam menghadapi ketidaktentuan harga bahan api yang memberi kesan kepada kos mobiliti harian. Mforce.Cas menawarkan alternatif yang lebih menjimatkan, efisien serta mesra alam kepada rakyat Malaysia.

Program ini terbuka kepada semua golongan masyarakat, sekali gus memastikan manfaat penggunaan motosikal elektrik dapat dinikmati secara meluas tanpa mengira latar belakang pengguna.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia diseru untuk mengambil peluang ini selagi stok masih ada, bagi menikmati insentif yang ditawarkan serta beralih kepada pilihan mobiliti yang lebih ekonomik dan mampan.

Tempoh Pelaksanaan Program

Program Mforce.Cas akan berlangsung bermula 1 April 2026 sehingga 30 Jun 2026.

Alternatif Praktikal untuk Mobiliti Harian

Motosikal elektrik juga merupakan kenderaan alternatif yang sesuai untuk perjalanan jarak dekat, seperti:

  • Ke tempat kerja.
  • Ke sekolah atau institusi pengajian.
  • Urusan harian di kawasan sekitar.
  • Perjalanan dalam bandar.

Pengguna bukan sahaja dapat menjimatkan kos, malah menikmati perjalanan yang lebih lancar, senyap dan mesra alam.

Produk Diluluskan dan Mematuhi Piawaian

Semua motosikal elektrik yang ditawarkan di bawah program ini adalah model yang telah diluluskan dan memperoleh Vehicle Type Approval (VTA) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Kelulusan ini memastikan bahawa setiap model:

  • Mematuhi piawaian keselamatan dan teknikal yang ditetapkan.
  • Layak untuk pendaftaran dan penggunaan di jalan raya Malaysia.
  • Memberikan keyakinan kepada pengguna dari segi kualiti dan keselamatan.

Alternatif Mobiliti Yang Lebih Jimat Dan Mampan

Dengan peningkatan kos sara hidup, motosikal elektrik menjadi pilihan yang semakin relevan kerana:

  • Kos tenaga yang lebih rendah berbanding bahan api konvensional.
  • Penyelenggaraan yang minimum kerana kurang komponen mekanikal.
  • Tidak terkesan secara langsung oleh turun naik harga petrol.
  • Operasi yang lebih senyap dan mesra alam.

Program Mforce.Cas memberi peluang kepada pengguna untuk beralih kepada mobiliti yang lebih lestari sambil mengurangkan perbelanjaan harian.

Akses kepada Jenama Motosikal Elektrik Berkualiti

Melalui program ini, pengguna boleh menikmati rebat bagi pembelian motosikal elektrik daripada jenama di bawah rangkaian Mforce seperti EZI, ZEEHO, YADEA dan QJMOTOR yang menawarkan teknologi moden serta kecekapan tenaga tinggi.

Proses Permohonan Mudah, Percuma dan Pantas

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi dengan kelebihan berikut:

  • Pendaftaran adalah percuma sepenuhnya.
  • Proses kelulusan dalam tempoh 24 jam sahaja.

Langkah permohonan adalah seperti berikut:

  • Layari laman sesawang rasmi di https://mforcecas.my.
  • Daftar akaun menggunakan emel yang sah.
  • Sahkan akaun melalui pautan verifikasi.
  • Lengkapkan maklumat peribadi.
  • Terima kelulusan dalam tempoh 24 jam.
  • Terima kod QR sebagai bukti kelulusan.
  • Gunakan kod QR di pengedar sah untuk pembelian.

Mforce komited untuk:

  • Menyediakan solusi mobiliti yang lebih mampu milik.
  • Menggalakkan penggunaan teknologi kenderaan elektrik.
  • Menyokong pengurangan pelepasan karbon.
  • Memperkasa kesedaran terhadap mobiliti hijau.

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, sila layari: https://mforcecas.my


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *