(SEMASA) QJMOTOR PERKUKUH SEGMENTASI SUPERSPORT DENGAN KEHADIRAN SRK450RR DAN SRK250RD DI MALAYSIA.

Spread the love

PULAU PINANG, 16 JANUARI 2026 – QJMOTOR Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam segmen motosikal supersport berprestasi tinggi dengan kehadiran dua model berprestasi tinggi, QJMOTOR SRK250RD dan QJMOTOR SRK450RR, yang kini secara rasmi memasuki pasaran Malaysia. Kedua-dua model ini direka khusus untuk penunggang yang mengutamakan prestasi enjin berkelajuan tinggi, teknologi perlumbaan moden serta pengalaman tunggangan yang menghampiri jentera litar sebenar. Kedua-dua model ini boleh didapati di pasaran Malaysia bermula hari ini dan tersedia di semua pengedar sah Mforce di seluruh negara.

QJMOTOR SRK450RR

QJMOTOR SRK450RR pula ditawarkan pada harga RM25,888.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans) dengan pilihan warna Black, Silver dan Red. Model ini dikuasakan oleh enjin 4-silinder, 16-injap DOHC dengan sistem penyejukan cecair bersesaran 421 cc, yang menjana kuasa maksimum 57 kW pada 14,000 rpm serta tork maksimum 39.0 Nm pada 13,000 rpm. Sistem suntikan bahan api EFI, klac basah berbilang plat, penghidup elektrik serta transmisi pacuan rantai dipadankan dengan tangki bahan api berkapasiti 16.5 liter. Dari aspek pengendalian, QJMOTOR SRK450RR turut menggunakan fork terbalik Marzocchi di bahagian hadapan dan penyerap hentak belakang jenis gegelung teleskopik dengan redaman minyak. Sistem membrek terdiri daripada cakera berkembar Brembo di hadapan bersaiz 300 mm dan cakera belakang 240 mm, disokong oleh ABS dua saluran.

Tayar hadapan bersaiz 120/70 ZR17 dan tayar belakang 160/70 ZR17 memastikan cengkaman mantap pada kelajuan tinggi. Motosikal ini berukuran 2,020 mm panjang, 755 mm lebar dan 1,130 mm tinggi, dengan jarak roda 1,385 mm, ketinggian tempat duduk 808 mm, kelegaan tanah 150 mm, serta berat kering 176 kg. Dari sudut teknologi, QJMOTOR SRK450RR dilengkapi paparan meter TFT, USB TypeA dan Type-C, lampu LED penuh dengan DRL, Traction Control System (TCS) boleh laras, kamera rakaman hadapan dan belakang, Action Camera Control, TPMS, winglet, windshield, dua mod tunggangan (Normal dan Sport) serta Launch Control. Sistem sokongan tambahan termasuk Bluetooth, Carbit Ride, Screen Mirroring Android dan iOS, navigasi terbina, notifikasi mesej, pengudaraan udara kiri dan kanan, suis keselamatan tongkat sisi, serta sistem kunci mekanikal.

QJMOTOR SRK250RD

QJMOTOR SRK250RD hadir dalam tiga pilihan warna iaitu White, Red dan Black, dan ditawarkan pada harga RM21,888.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Model ini dikuasakan oleh enjin 4-silinder, 16-injap DOHC dengan sistem penyejukan cecair bersesaran 249 cc, yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 30.0 kW pada 15,500 rpm serta tork puncak 22.0 Nm pada 12,500 rpm. Enjin ini menggunakan sistem suntikan bahan api EFI, klac basah berbilang plat, sistem penghidup elektrik, serta transmisi pacuan rantai, dengan kapasiti tangki bahan api 16 liter.
Bagi pengendalian, QJMOTOR SRK250RD dilengkapi fork terbalik Marzocchi di bahagian hadapan dan penyerap hentak belakang jenis gegelung teleskopik dengan redaman minyak. Sistem membrek pula menggunakan cakera berkembar Brembo di hadapan bersaiz 320 mm serta cakera tunggal di belakang bersaiz 240 mm, disokong oleh ABS dua saluran. Tayar hadapan bersaiz 110/70-R17 dan tayar belakang 150/60R17 memastikan kestabilan optimum ketika tunggangan berprestasi tinggi.

Dari segi dimensi, motosikal ini berukuran 2,020 mm panjang, 720 mm lebar dan 1,130 mm tinggi, dengan jarak roda 1,375 mm, ketinggian tempat duduk 808 mm, kelegaan tanah 150 mm, serta berat keseluruhan 176 kg. Ciri teknologi yang ditawarkan termasuk paparan meter TFT, port pengecasan USB TypeA dan Type-C, lampu LED penuh termasuk DRL, Traction Control System (TCS) boleh dihidupkan atau dimatikan, kamera rakaman hadapan dan belakang, Action Camera Control, Tyre Pressure Monitoring System (TPMS), winglet, windshield, dua mod tunggangan (Normal dan Sport) serta Launch Control boleh laras. Turut disertakan ialah sambungan Bluetooth, aplikasi pihak ketiga Carbit Ride, Screen Mirroring untuk Android dan iOS, sistem navigasi, notifikasi mesej, pengudaraan udara kiri dan kanan, suis keselamatan tongkat sisi, dan sistem kunci mekanikal.

Waranti & Ketersediaan
Setiap pembelian QJMOTOR SRK250RD dan QJMOTOR SRK450RR disertakan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun dengan perbatuan tanpa had, serta akses kepada alat ganti tulen secara dalam talian melalui platform perkhidmatan Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. Kedua-dua model ini kini tersedia di pasaran Malaysia dan boleh didapati di semua pengedar sah Mforce di seluruh negara.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *