(SEMASA) RAIKAN RAMADAN 2026 DENGAN JELAJAH KULINARI “SAJIAN 5 RASA” DI MICASA ALL SUITE HOTEL

Spread the love

KUALA LUMPUR, 28 November 2015 –  Raikan Ramadan ini dengan insan tersayang! Jemput hadir ke bufet istimewa kami yang penuh dengan gabungan rasa terbaik dari S negara Asia. Diinspirasikan oleh semangat Sajian 5 Rasa (Melayu, Cina, India, Thailand dan Indonesia), Chef Adrian dan pasukan telah mencipta pengalaman bersantap yang penuh warisan, rasa, dan hidangan yang membangkitkan selera.Dengan kerjasama Mahsuri Dagang Sdn Bhd, kami menjamin anda dapat menikmati pelbagai hidangan dengan rasa yang lebih autentik dan penuh keastlian.

ISTIMEWA BUFFET MAKAN MALAM: SAJIAN AUTENTIK DARI 5 NEGARA ASIA: 

Mulakan dengan Kerabu Maggi dan Kerabu Kerang Tauge yang segar dan pedas. Nikmati salad terkenal seperti Som Tam Thai dan Gado-Gado Indonesia. Untuk hidangan utama, rasai ledakan rasa! Cuba Pad Kra Pao Beef Thai, Ayam Sambal Hijau, Daging Dendeng yang kaya, Lamb Madras berperisa, dan Aloo Masala yang lazat dan semuanya diperkaya dengan sos dan rempah istimewa Mahsuri.

HIDANGAN ISTIMEWA RAMADHAN:

Berbuka puasa dengan kehangatan! Sup Gearbox, Lautan Makanan Laut (kembali atas permintaan ramai) dan pilih sama ada Sup Krim Jagung & Isi Ketam atau Sup Labu & Bayam. Kemudian, saksikan aksi di Stesen Carving yang menyajikan Kambing Panggang yang dihiris segar, diperisa dengan perapan Mahsuri dan akhiri dengan rasa unik “Locing Thai” istimewa.

AKSI MEMASAK SECARA LANGSUNG:

Rasai kemeriahan di stesen India kami! Tonton sendiri chef kami menebar Roti Canai dan Roti Boom yang sempurna. Jangan lepaskan Murtabak, padat dengan inti pedas dan diperkaya dengan adunan autentik Mahsuri dan disediakan segar di hadapan anda!

ANEKA GORENG GORENG:

Rangup dan keemasan Cucur Bakwan serta manis berkaramel Pisang Goreng, snek sempurna yang pasti digemari semua.

PENCUCI MULUT YANG MEMIKAT SELERA: Tiada jamuan yang lengkap tanpa yang manis! Rasai aneka Kuih dan segarkan tekak dengan ABC & Cendol yang sejuk, atau nikmati keenakan Pulut Mangga. Hilangkan dahaga dengan Teh Tarik yang power dan Kelapa Laut berais untuk penamat yang sempurna!.

MiCasa All Suite Hotel menawarkan suasana mesra dan selesa. Ruang makan kami yang luas adalah tempat yang sesuai untuk keluarga dan kumpulan berkongsi keberkatan Ramadan dengan harmoni.

Tempah meja anda hari ini! Raikan semangat Ramadan dengan penuh kemesraan dan nikmati hidangan istimewa kami, yang  menjadi lebih istimewa dengan produk autentik Mahsuri. Tempat letak kereta (RM5 bersih setiap kemasukan) dan kemudahan surau turut disediakan.

TARIKH:  Mulai 26hb Februari 17hb Mac 2026

MASA:   6:30 petang10:00 malam

HARGA:   RM148 bersih bagi dewasa | RM98 bersih bagi warga emas (60 tahun ke atas) dan kanak-kanak (5-12 tahun).

HARGA AWAL (EARLY BIRD):

  • 28 Nov 2025- 10 Jan 2026: RM98bersih bagi dewasa
  • 11 Jan 31 Jan 2026: RM128bersih bagi dewasa, RM98 bagi warga emas dan kanak-kanak (5-12 tahun).

TEMPAH SEKARANGI:

Sila hubungi Restoran Shiso Dining di +6017 219 6126 (WhatsApp) atau e-mel ke fnbkul@micasahotel.com.

Untuk tempahan berkumpulan dan pembelian voucher, hubungi Jabatan Jualan di +6014-757 9866 atau e-mel ke infokul@micasahotel.com


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *