(SEMASA) RASA HALAL ANTARABANGSA (Musim Ke 2)

Spread the love

IMG_7845

Program yang berkonsepkan kembara masakan iaitu RASA HALAL, kini kembali dengan pengisian yang lebih segar dan mantap untuk musim ke-8 dan mencatatkan rekod sebagai antara program siri terpanjang yang masih bersiaran di Astro Oasis (Saluran 106). Bertempat di di Daidomon Japanese BBQ Restaurant, Great Eastern Mall, Jalan Ampang, Kuala Lumpur berlangsungnya sidang media dan majlis berbuka puasa bersama dengan pengacara bersama Rasa Halal Antarabangsa musim kedua iaitu Raja Farah dan Akhtar Sahari. Di musim baru ini, Rasa Halal Antarabangsa akan menjelajah ke New Zealand, Jepun, Sri Lanka dan Indonesia (Bali, Makassar dan Lombok).

rasa halalsmall

KELAINAN & FILIPINA

Bercakap mengenai kelainan pada musim ini, Pengurus Saluran Astro Oasis iaitu Tuan Haji Izelan Basar menjelaskan, pada musim pertama, program ini hanya menggunakan satu pengacara sahaja, tetapi untuk musim kedua ini pihak produksi menerima idea dari peminat program ini untuk mengandingkan 2 orang pengacara untuk memantapkan lagi program Rasa Halal Antarabangsa. Mengikut perancangan pihak Astro Oasis, negara Filipina bakal menjadi destinasi seterusnya tetapi masih lagi di dalam perancangan. Mengenai pemilihan hos dan pemilihan destinasi, Tuan Haji Izelan Basar menambah bahawa, pemilihan dibuat untuk menyesuaikan kemampuan pengacara dalam menjalankan tugasan iaitu masalah yang dihadapi oleh pengacara perempuan untuk melakukan aksi lasak atau untuk melawat tempat-tempat suci seperti masjid di mana ia lebih mudah dilakukan oleh pengacara lelaki. Berkenaan destinasi pula beliau menambah, ia berpandukan cadangan penonton dan kesesuaian dari segi kos yang mengikut kemampuan para penonton untuk melancong setelah dibuat kajian secara terperinci oleh pihak penerbitan program.

IMG_7776crop

PENGALAMAN BERHARGA

Raja Farah dan Akhtar Sahari yang menjadi pasangan pengacara terbaru program Rasa Halal Antarabangsa berkongsi pengalaman berharga mengenai program ini bersama pihak media. Mereka berdua mengagumi budaya masyarakat luar negara di mana amalan hidup mereka yang mirip dengan pendekatan yang Islamik walaupun hakikat sebenarnya mereka adalah orang bukan Islam dan negara yang bukan pada asasnya negara Islam. Mengambil contoh tentang tahap kebersihan tahap tinggi di negara New Zealand dan juga mengenai ketepatan masa dan disiplin di jalan raya di negara Matahari Terbit iaitu Jepun.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *