(SEMASA) SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-55 CHIN HIN JITRA MOTORS       

Spread the love

Sungai Petani, Kedah, 27 Mac 2026: Chin Hin Jitra Sdn Bhd (CHJ MOTORS), antara pengedar motosikal paling lama ditubuhkan di Utara Malaysia, meraikan ulang tahun ke-55 dengan pelancaran kempen penghargaan pelanggan di seluruh negara, menawarkan hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM1.5 juta, termasuk hadiah utama sebuah kondominium.

Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ berlangsung dari 27 Mac 2026 hingga 10 April 2027. Sepanjang tempoh 55 minggu tersebut, sebanyak 55 hadiah mingguan akan diberikan, selain hadiah utama suku tahunan dan hadiah utama berupa sebuah kondominium di Myra Alam, Selangor.

Kempen ini merupakan antara inisiatif penghargaan pelanggan terbesar yang pernah dilaksanakan oleh pengedar motosikal di Utara Malaysia. Ia mencerminkan hubungan kukuh syarikat dengan masyarakat serta komitmen berterusan CHJ MOTORS untuk menyumbang semula kepada komuniti yang telah menyokong mereka selama lebih lima dekad.

Menghargai Sebuah Perjalanan Bersama

Di sebalik kempen ini tersirat sebuah kisah merentas generasi. Selama 55 tahun, CHJ MOTORS telah menjadi sebahagian daripada momen indah dalam kehidupan pelanggan, terutamanya untuk pembelian motosikal pertama.

Bagi masyarakat di Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak, motosikal bukan sekadar alat pengangkutan. Ia merupakan sumber rezeki, kenderaan utama untuk menghantar anak-anak ke sekolah dan penghubung kepada masa depan yang lebih baik.

Menyedari peranan ini, CHJ MOTORS telah menggalas tanggungjawab untuk memenuhi keperluan setiap keluarga selama lebih setengah abad.

“Tanpa sedar, kami telah membesar bersama pelanggan kami,” kata Encik Low Kok Kean, Pengerusi LK FOUNDATION.

“Seorang anak muda pernah membeli motosikal pertamanya dengan kami. Bertahun kemudian, dia kembali untuk membeli motosikal untuk anaknya pula. Kepercayaan yang dibina inilah yang memberi makna sebenar 55 tahun bagi kami. Kami tidak hanya memandang jumlah motosikal yang terjual, tetapi pada peluang bernilai menjadi sebahagian daripada kehidupan para pelanggan.”

Hubungan merentas generasi ini terbina atas nilai kepercayaan. Apabila sebuah keluarga kembali selepas puluhan tahun, ia bukan lagi dilihat sebagai transaksi perniagaan, tetapi sebuah ikatan erat yang akan terus kukuh dan berkekalan.

Dengan prinsip perniagaan yang mengutamakan nilai masyarakat, kempen ini bukan sekadar promosi, tetapi penghargaan terbesar untuk setiap impian rakyat Malaysia. Impian memulakan sebuah perjalanan baharu dan impian memiliki kediaman yang melengkapkan kehidupan.

Kempen Inklusif untuk Semua Pelanggan

Dengan penyertaan mudah, pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM80 bagi layak menyertai kempen cabutan bertuah ini, sama ada melalui pembelian motosikal baharu, servis atau pembaharuan cukai jalan dan insurans.

  • Cabutan Mingguan:

Pemenang akan diumumkan setiap Khamis, jam 6:30 petang melalui siaran langsung TikTok CHJ MOTORS, manakala keputusan rasmi akan dimuat naik di Facebook setiap Jumaat, jam 7 malam. Cabutan pertama akan berlangsung pada 2 April 2026.

Pembiayaan Mudah: 

CHJ MOTORS turut menawarkan kadar faedah serendah 8.68% serta tempoh pinjaman sehingga 7 tahun, bagi meningkatkan pemilikan motosikal serta membolehkan pelanggan menyertai cabutan sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Struktur Hadiah ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’:

  • Hadiah Mingguan: 55 hadiah sepanjang 55 minggu.
  • Hadiah Utama Suku Tahunan Pertama (Julai 2026): Motosikal Yamaha PG-1.
  • Hadiah Utama (10 April 2027): Satu unit kondominium di Myra Alam, Selangor.

55 Tahun Membina Kepercayaan, Memacu Kecemerlangan

Bermula hanya sebagai pusat servis motosikal kecil di Jitra, CHJ MOTORS kini mempunyai 35 cawangan merentasi Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak. Disokong oleh lebih 250 tenaga kerja berdedikasi, syarikat ini telah berkhidmat kepada lebih 500,000 pelanggan.

CHJ MOTORS juga menawarkan rangkaian jenama motosikal bertaraf dunia termasuk Honda, Yamaha, KTM, Zontes, Vespa dan Modenas.

Kerjasama Strategik Melangkaui Mobiliti 

Hadiah utama kondominium di Myra Alam, Selangor dibangunkan oleh Oriental Interest Berhad (OIB), sebuah syarikat di bawah LK FOUNDATION.

Kolaborasi ini membolehkan CHJ MOTORS menawarkan hadiah yang menjadi simbolik perjalanan kehidupan pelanggan, daripada pemilikan motosikal pertama kepada merealisasikan kediaman impian.

Di bawah LK FOUNDATION, CHJ MOTORS memberi tumpuan kepada jualan dan perkhidmatan selepas jualan motosikal, manakala OIB dan CHJ PROPERTY  menumpukan kepakaran dalam pembangunan hartanah serta pelaburan hartanah. Sinergi ini mencerminkan komitmen yang menyeluruh dalam menyokong rakyat Malaysia di setiap fasa kehidupan, daripada industri kepada pemilikan kediaman.

CHJ MOTORS juga merupakan sebahagian daripada rangkaian jenama dipercayai di bawah LK FOUNDATION, termasuk JATI, ecoBrown’s, Brice, C-MART dan Urban Collection, yang industr-sama memenuhi keperluan rakyat Malaysia dalam pelbagai sektor industri.

Melangkah ke Hadapan

Seiring dengan pencapaian 55 tahun, CHJ MOTORS akan terus memperluas kehadirannya di seluruh negara serta memperkukuhkan peranan sebagai penyedia pembiayaan alternatif.

Pendekatan digital dan berasaskan data juga bakal diperkenal bagi meningkatkan akses pelanggan, mempercepatkan proses kelulusan serta menambah baik pengalaman pemilikan secara menyeluruh.

Sambutan Untuk Semua

CHJ MOTORS menjemput semua pelanggan, baharu dan sedia ada untuk mengunjungi mana-mana daripada 35 cawangannya atau melayari www.chj.com.my bagi menyertai kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.chj.com.my atau ikuti laman rasmi media sosial CHJ MOTORS di @CHJ MOTORS dan sebarang maklumat mengenai LK FOUNDATION (dahulunya dikenali sebagai LK LABUAN FOUNDATION) boleh dilayari melalui laman web www.lkfoundation.com.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *