Samsung Electronics hari ini mengumumkan bahawa Galaxy A57 5G dan Galaxy A37 5G telah tersedia untuk pengguna di Malaysia bermula 10 April 2026, susulan acara eksklusif menarik yang menampilkan zon pengalaman imersif dan interaktif pada 7 April 2026 yang lalu kepada pihak media yang diadakan di The Campus, Ampang.
Menggabungkan ciri-ciri berkuasa berasaskan AI, keupayaan kamera yang dipertingkatkan dan prestasi harian yang boleh dipercayai, siri Galaxy A terbaharu ini direka untuk memberikan lebih nilai kepada pengguna semuanya pada titik harga yang hebat.
Galaxy A57 5G: Tahap Seterusnya untuk Nightography bagi Foto yang Lebih Tajam, Jelas & Terang
Galaxy A57 5G menetapkan piawaian baharu bagi fotografi mudah alih dalam kelasnya dengan keupayaan Nightography yang dipertingkatkan. Dikuasakan oleh Pemproses Isyarat Imej (ISP) yang dinaik taraf dan pemprosesan AI termaju, pengguna boleh merakam foto dan video yang lebih jelas dan terang walaupun dalam keadaan cahaya rendah.
Kamera utama 50MP miliknya menghasilkan imej yang tajam dan terperinci merentasi pelbagai persekitaran pencahayaan, manakala pengurangan hingar (noise reduction) yang lebih baik dan video HDR memastikan warna serta kontras yang lebih seimbang. Dengan kelajuan pengatup yang lebih pantas dan pemprosesan imej yang dipertingkatkan, Galaxy A57 5G memudahkan rakaman detik-detik singkat dengan jelas – sama ada semasa keluar malam, konsert atau rakaman spontan semasa dalam perjalanan.
Galaxy A37 5G: Prestasi Dipercayai untuk Tugasan Berbilang & Permainan Lancar
Direka untuk memenuhi tuntutan harian, Galaxy A37 5G memberikan prestasi yang lancar dan boleh dipercayai untuk penstriman, tatalan (scrolling), tugasan berbilang (multitasking) dan permainan video kasual di mana sahaja. Dengan kuasa pemprosesan yang dioptimumkan dan pengurusan prestasi yang cekap, pengguna boleh bertukar antara aplikasi dengan lancar, menikmati kandungan, dan bermain permainan mudah alih kegemaran dengan responsif tanpa gangguan (lag).
Dipadankan dengan bateri tahan lama dan paparan yang bertenaga, Galaxy A37 5G memastikan pengalaman yang konsisten lancar sama ada ketika pengguna menonton rancangan kegemaran, melayari media sosial, atau meluangkan masa bermain permainan video.
Awesome Intelligence dan Kebolehpercayaan Harian Merentasi Siri Galaxy A
Berdasarkan visi Samsung untuk mendemokrasikan AI mudah alih, kedua-dua peranti menampilkan Awesome Intelligence yang diperkaya melalui One UI 8.5, menjadikan tugas harian lebih mudah dan intuitif. Daripada Voice Transcription dan AI Select kepada alat penyuntingan foto seperti Object Eraser dan Best Face, pengguna boleh mencipta, menyunting dan kekal produktif dengan mudah. Ciri seperti Circle to Search dengan Google, di samping integrasi Bixby dan Gemini yang dipertingkatkan, mempermudahkan lagi interaksi merentasi aplikasi dan tetapan. Dengan Samsung Wallet sedia ada, pengguna juga dapat menikmati kemudahan tambahan menyimpan kad dengan selamat, membuat pembayaran dan mengakses keperluan digital dengan lancar dari peranti mereka.
Kedua-dua peranti dilengkapi dengan sistem tiga kamera 50MP yang versatil, memberikan visual yang tajam dan terperinci, dilengkapi dengan pengoptimuman babak berkuasa AI untuk potret yang lebih semula jadi dan imej yang seimbang. Bateri besar 5,000mAh menyokong penggunaan yang lama, manakala paparan Super AMOLED menawarkan pengalaman tontonan yang imersif.
Dibina untuk ketahanan, Galaxy A57 5G dan Galaxy A37 5G hadir dengan rintangan air dan habuk IP68, di samping Samsung Knox Vault untuk keselamatan dan privasi yang dipertingkatkan. Dengan sehingga enam generasi peningkatan OS dan enam tahun keluaran penyelenggaraan keselamatan (SMR), pengguna boleh menikmati peranti yang kekal selamat, terkini dan tahan lama.
Galaxy A57 5G dan Galaxy A37 5G boleh didapati di Malaysia bermula 10 April 2026 melalui Kedai Dalam Talian Samsung, Samsung Experience Stores, pengedar sah dan platform e-dagang terpilih. Pengguna juga boleh menikmati promosi pelancaran eksklusif untuk masa yang terhad.
Harga dan Ketersediaan
Galaxy A57 5G akan ditawarkan dalam warna Awesome Navy, Awesome Gray, dan Awesome Icyblue [1], manakala Galaxy A37 5G hadir dalam warna Awesome Lavender, Awesome Charcoal, dan Awesome Graygreen [2].
Untuk meraikan pelancaran di Malaysia, Samsung menawarkan promosi eksklusif merentasi Kedai Dalam Talian Samsung, Samsung Experience Stores, pengedar sah dan platform e-dagang yang mengambil bahagian:
Promosi Pelancaran Samsung Galaxy A57/A37 5G [3]
| Model Terlibat | RAM + Memori | Warna | RRP (RM) | Rebat Pelancaran (RM) | Harga Selepas Rebat (RM) | Rebat Maybank/CIMB/Shopee PayLater [4] |
| Galaxy A57 5G | 12+512GB | Awesome Navy, Awesome Gray, Awesome IcyBlue | RM2,699 | RM300 | RM2,399 | RM200 |
| Galaxy A57 5G | 12+256GB | Awesome Navy, Awesome Gray, Awesome IcyBlue | RM2,399 | RM150 | RM2,249 | RM200 |
| Galaxy A37 5G | 12+256GB | Awesome Lavender, Awesome Charcoal, Awesome GrayGreen | RM1,999 | RM100 | RM1,899 | RM100 |
| Galaxy A37 5G | 8+256GB | Awesome Lavender, Awesome Charcoal, Awesome GrayGreen | RM1,899 | RM100 | RM1,799 | RM100 |
Promo Rebat Pelancaran akan berlangsung dari 25 Mac 2026 – 31 Disember 2026 dan promo Rebat Bank/Shopee PayLater akan berlangsung dari 25 Mac 2026 – 29 April 2026.
(Nota Kaki)
- Ketersediaan warna dan model mungkin berbeza mengikut negara, wilayah atau syarikat pembawa.
- Ketersediaan warna dan model mungkin berbeza mengikut negara, wilayah atau syarikat pembawa.
- Layak untuk pelanggan yang membeli mana-mana Samsung Galaxy A57 5G (“Model Terlibat”) dari Kedai yang Mengambil Bahagian semasa Tempoh Promosi. Promosi ini terhad kepada jumlah 10,000 unit sahaja, atas dasar siapa cepat dia dapat, dan sementara stok masih ada.
- Layak untuk pelanggan yang membeli mana-mana Samsung Galaxy A57 5G (“Model Terlibat”) dari Kedai yang Mengambil Bahagian semasa Tempoh Promosi menggunakan salah satu kaedah pembayaran yang layak: Kad Debit/Kredit Maybank; atau Kad Debit/Kredit CIMB; atau Shopee PayLater. Promosi ini terhad kepada jumlah 10,000 unit sahaja, atas dasar siapa cepat dia dapat, dan sementara stok masih ada.
Tawaran Pembelian Berbilang (MBO) Program Eco Telefon Pintar Samsung Galaxy A57/A37 (Mac – Mei 2026) [1]
Pelanggan yang membeli mana-mana model terlibat yang disenaraikan di bawah dari Kedai yang Mengambil Bahagian sepanjang Tempoh Promosi adalah layak untuk membeli maksimum satu (1) unit model MBO yang disenaraikan di bawah pada harga diskaun dalam satu transaksi/resit yang sama.
| Model Terlibat | Kategori MBO | Model MBO | RRP (RM) | Diskaun (RM) | Harga Selepas Diskaun (RM) |
| Galaxy A57 5G | TWS (Fon Telinga) | Buds Core | 199 | 19.90 | 179.10 |
| Galaxy A37 5G | Buds3 FE | 499 | 49.90 | 449.10 | |
| Buds4 | 699 | 69.90 | 629.10 | ||
| Band (Penjejak Kecergasan) | Fit3 | 299 | 29.90 | 269.10 |
Untuk ketenangan fikiran tambahan, Samsung Care+ menawarkan perlindungan komprehensif yang dioptimumkan mengikut keperluan peranti pengguna, termasuk faedah khusus yang melindungi nilai peranti tersebut. [2]
Untuk maklumat lanjut mengenai Samsung Galaxy A57 5G dan Galaxy A37 5G, sila layari: Samsung Newsroom, SamsungMobilePress.com atau Samsung.com.
(Nota Kaki)
- Layak untuk pelanggan yang membeli mana-mana Samsung Galaxy A57 5G dan Samsung Galaxy A37 5G (“Model Terlibat”) dari Kedai yang Mengambil Bahagian sepanjang Tempoh Promosi. Promosi ini terhad kepada jumlah 2,420 unit sahaja, atas dasar siapa cepat dia dapat, dan sementara stok masih ada.
- Terma dan syarat tertakluk. Perlindungan Samsung Care+, jenis perkhidmatan dan butiran promosi mungkin berbeza mengikut negara/wilayah dan deduktif (yuran perkhidmatan) mungkin dikenakan. Untuk layak mendapat faedah promosi Samsung Care+, pendaftaran mungkin diperlukan. Untuk maklumat terperinci mengenai Samsung Care+, sila layari https://www.samsung.com/samsung-care-plus/

