Kuala Lumpur, 20 Jun 2019 – Kemaskan beg anda dan bersiaplah untuk menikmati musim panas yang menyeronokkan kerana Vietjet telah menawarkan pengembara cara yang mudah dan berpatutan untuk meneroka Vietnam dan bahagian-bahagian lain rantau ini menerusi kempen promosi musim panas terkini ‘Fly for Love – Show your summer version’.
Dari 19–21 Jun 2019, sebanyak 1,000,000 tiket promosi penjimatan super serendah MYR0 (*) ditawarkan semasa waktu emas dari 1pm hingga 3pm (waktu Malaysia). Tawaran ini adalah untuk penerbangan antara 20 Ogos 2019 hingga 31 Disember 2019 (**).
Tiket-tiket promosi adalah untuk semua laluan domestik di Vietnam dan laluan antarabangsa dari Vietnam ke Kuala Lumpur (Malaysia); Bali (Indonesia); Seoul, Busan, Daegu (Korea Selatan); Kaohsiung, Taipei, Taichung, Tainan (Taiwan); Hong Kong; Singapura; Bangkok, Phuket, Chiang Mai (Thailand); Yangon (Myanmar); Siem Reap (Kemboja), dan juga semua laluan domestik dan antarabangsa daripada dan di dalam Thailand.
Anda yang mahu terbang dari Vietnam ke Jepun akan menikmati promosi harga istimewa yang ditawarkan pada setiap jam semasa tempoh promosi. Ini adalah peluang terbaik untuk meraih tiket promosi untuk lawatan pintu masuk di Vietnam dan negara lain menerusi perluasan rangkaian Vietjet ke seluruh Asia.
Tiket-tiket promosi boleh dibeli menerusi semua saluran jualan termasuk laman web syarikat penerbangan Vietjet di www.vietjetair.com, aplikasi mobil – Vietjet Air atau https://www.facebook.com/VietjetMalaysia (hanya tekan butang “Booking”).
Kempen musim panas Vietjet direka khas untuk orang yang suka mengembara dan mahu keluar dari zon selesa mereka dan mengapai impian mereka! Kempen ini juga adalah peluang yang baik untuk orang ramai meninggalkan segala resah bimbang di rumah, menzahirkan diri mereka penuh keseronokan dan menyertai persekitaran festival meriah pada musim panas ini.
Bukan itu sahaja! Mereka yang tidak bimbang melahirkan sisi seronok mereka juga akan mendapat ganjaran berupa hadiah eksklusif sebagai penumpang Vietjet yang berpakaian dalam pakaian cosplay kegemaran mereka semasa menaiki penerbangan Vietjet dari 1 Jun 2019 hingga 31 Julai 2019.
Sejak memulakan penerbangan pertama pada 2011, Vietjet telah menjadi syarikat penerbangan perintis, memenangi hati jutaan pengembara menerusi promosi-promosi menarik, hiburan di dalam penerbangan, terutama pada musim-musim perayaan. Dengan perkhidmatan berkualiti tiket, pelbagai kelas tiket, Vietjet menawarkan para penumpang pengalaman penerbangan di dalam pesawat baharu dengan kerusi selesa dan makanan panas yang enak dan disajikan oleh kru kabin yang menawan, berdedikasi dan mesra, serta banyak lagi perkhidmatan tambahan yang menarik.
Untuk maklumat dan perkembangan terkini mengenai kempen ini, sila lawat – https://www.facebook.com/VietjetMalaysia.
(*) Tidak termasuk cukai, fi
(**) Tidak termasuk cuti umum kebangsaan