Kuala Lumpur, 27 Januari 2026 — ST Rosyam Mart milik Kumpulan Sri Ternak, pasar raya borong Halal 24 jam yang dipercayai di Malaysia, hari ini menganjurkan Lawatan Pasar Raya pertamanya bersama media di cawangan Jakel Square, sekali gus memberi peluang eksklusif kepada wakil media untuk melihat dengan lebih dekat konsep pasar raya, rangkaian produk yang luas serta komitmen terhadap penawaran harga mampu milik untuk rakyat Malaysia dan pelancong.
Cawangan Jakel Square, yang merupakan pasar raya kesembilan ST Rosyam Mart dan yang kedua di ibu negara, telah dibuka secara rasmi pada 17 Disember 2025. Berkeluasan 50,000 kaki persegi, ia menampilkan buat pertama kalinya zon ‘Malaysia Selection’ yang menghimpunkan snek, minuman, hadiah dan cenderamata buatan Malaysia, di samping kawasan barangan borong, ST kafe, kaunter layan diri, serta kaunter khidmat pelanggan. Pasar raya ini direka bagi menawarkan pengalaman membeli-belah borong 24 jam yang selesa, mudah dan lancar.
Sepanjang lawatan, para media meneroka beberapa bahagian utama termasuk hasil segar, produk sejuk beku dan daging, barangan keperluan rumah, serta produk berjenama selebriti, yang disusun dalam susun atur mesra pelanggan bagi mengukuhkan janji ST Rosyam Mart: “Berbelanja di ST Rosyam Mart, Dompet Abang Selamat.”
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak, Dato’ Raymond Ho Cheng Hann, berkata, “Kami amat berbesar hati mengalu-alukan rakan-rakan media ke ST Rosyam Mart Jakel Square, di mana rakyat Malaysia dan pelancong dapat menikmati destinasi membeli-belah sehenti yang menggabungkan kemudahan, harga berpatutan serta penghargaan terhadap produk tempatan. Matlamat kami jelas, iaitu membantu individu dan perniagaan menjimatkan wang, menjimatkan masa dan menikmati kehidupan yang lebih baik. Kami berharap lawatan hari ini membolehkan pihak media berkongsi mengenai ST Rosyam Mart ke seluruh negara.”
Turut hadir ialah Datuk Rosyam Nor, Pengarah ST Rosyam Mart Sdn Bhd, yang membawa wakil media melawat keunikan pasar raya tersebut seperti zon Malaysia Selection, Celebrity Corner, kaunter layan diri serta 21 Perkhidmatan Percuma, serta merakamkan penghargaan kepada pihak media atas sokongan terhadap pembukaan dan perkongsian pengalaman ST Rosyam Mart Jakel Square bersama rakyat Malaysia.
Lawatan ini diakhiri dengan Majlis Penyampaian Hadiah Misi Mencari Raja Konten, yang meraikan para pemenang pertandingan penciptaan kandungan anjuran pasar raya ini sempena pembukaan Jakel Square. Para peserta menghasilkan video berdurasi satu minit yang mengetengahkan acara majlis pembukaan, persekitaran pasar raya, Malaysia Selection, kelebihan menjadi ST Member dan pelbagai lagi.
Hadiah utama berjumlah RM10,000 telah dimenangi oleh Muhamad Suhaimi Mohamad Kabid, 32, seorang pencipta kandungan dari Kuala Lumpur. Beliau berkongsi bahawa penghasilan videonya agak mencabar berikutan keadaan lokasi yang sesak serta proses penyuntingan yang dilakukan hingga lewat malam, dan mendedikasikan kemenangan tersebut kepada isterinya atas sokongan tidak berbelah bahagi. Lima pemenang lain masing-masing menerima RM2,000 setiap seorang bagi kategori Paling Banyak ‘Likes’, Paling Banyak ‘Engagement’ [Komen + Share], Paling Kelakar/Menghiburkan, ‘Editing’ Paling Kreatif, dan Konten ‘Education’ Terbaik, sekali gus mencerminkan komitmen ST Rosyam Mart dalam menyokong bakat tempatan.
Datuk Rosyam Nor berkata, “Kami amat gembira melihat rakyat Malaysia menonjolkan kreativiti mereka menerusi pertandingan Misi Mencari Raja Konten. Para pemenang benar-benar mengagumkan kami dengan kandungan yang kreatif serta inovatif, dan kami berbangga dapat meraikan bakat tempatan sambil berinteraksi dengan pelanggan secara menyeronokkan dan interaktif.”
Senarai Pemenang Misi Mencari Raja Konten ST Rosyam Mart
| Kategori | Hadiah | Nama Penuh | Media Sosial |
| Hadiah Utama – Raja Konten | RM10,000 tunai | Muhamad Suhaimi Mohamad Kabid | TikTok Link |
| Hadiah Saguhati / 5 Pemenang | |||
| Paling Banyak ‘Likes’ | RM2,000 tunai | Mohamad Ieman Iezqill Mustafa Kamal | TikTok Link |
| Paling Banyak Engagement [Komen + Share] | RM2,000 tunai | Nur Azroy Amirzan | TikTok Link |
| Paling Kelakar/Menghiburkan | RM2,000 tunai | Cedric Loo Jun Jie | TikTok Link |
| ‘Editing’ Paling Kreatif | RM2,000 tunai | Muhammad Shazwan Jamal | TikTok Link |
| Konten ‘Education’ Terbaik | RM2,000 tunai | Ainul Mardiah Azman | TikTok Link |
Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Sri Ternak dan ST Rosyam Mart, layari laman web: https://www.sriternak.com/, serta platform media sosial Facebook, Instagram, dan TikTok.
